Friday 12 September 2008

Kuih Lopis Pulut

Resepi ni..sesuai kepada sesiapa yang berada di perantauan...yang teringin nak makan kuih lopis tetapi tiada pengkukus dan daun pisang. Anda boleh memasak kuih ini dengan menggunakan microwave sahaja.


Bahan-bahan (saiz sedang 10 ketul)

* 1 cawan beras pulut
* 1 cawan santan cair
* 1/4 cawan air daun pandan
* sedikit garam
* beberapa titik pewarna hijau
* kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam

**** air gula ***
* 3 ketul gula melaka
* 5 sb gula
* 1 cawan air
* sehelai daun pandan

Cara-cara

1. Cuci beras pulut dan rendam selama 6 jam.
2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.
3. Masukkan pulut ke dalam mangkuk pyrex yang bertutup. Kemudian masukkan santan cair, air daun pandan, pewarna hijau dan sedikit garam.
4. Masukkan mangkuk pyrex tadi ke dalam microwave. Set 'high' dan masak selama 25 minit.
5. Ambil sehelai plastik kemudian letakkan pulut tadi dan gulung. Ikat di kedua-dua hujung gulungan tadi. Masukkan ke dalam peti ais selama 1 jam.
6. Kemudian potong gulungan tadi menggunakan pisau yang telah dicelup dengan air terlebih dahulu. Golekkan ke dalam kelapa parut.
7. CARA MEMBUAT AIR GULA. Masukan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga gula cair dan biarkan air gula itu pekat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.

Tips : Jika anda menggunakan saiz gula melaka yang besar..bolehlah dikurangkan sukatan gula pasir.

1 comment: