Bahan Inti:
1. Kentang - 1 kilo (dipotong dadu)
2. Rempah kari ikan (1/2 rempah baba's + 1/2 rempah adabi)
3. Udang kering - lebih kurang 1/2 genggam (ditumbuk/dikisar)
4. Gula (3 - 4 sudu)
5. Garam secukup rasa
Bahan Kulit Karipap (Doh):
1. Tepung gandum - 1/2 kilo
2. Minyak masak/margerin (dicairkan) - 1/2 cawan - ni bahan rahsianya
3. Air garam - secukup rasa
Cara-caranya:
Inti
1. Panaskan sedikit minyak
2. Tumis rempah (api jangan terlalu besar)
3. Masukkan air + kentang + garam + gula
4. Sekiranya air sudah kering tetapi kentang belum empuk, masukkan air lagi sehingga empuk dan kering. siap!
Kulit (Doh)
1. Gaul rata tepung dan minyak (sehingga boleh dikepal) jika tidak tambah sedikit minyak lagi.
2. Masukkan air garam, dan adun sampai licin permukaannya.
Seterusnya, masukkan inti dalam tepung yang diuli (kalau guna mesin tu ambil saiz 4 baru..rangup!).. dan goreng dalam api yang sederhana.
Showing posts with label Kuih Tradisional. Show all posts
Showing posts with label Kuih Tradisional. Show all posts
Saturday, 7 November 2009
Sunday, 16 November 2008
Kaswi
Resepi ni..ku jumpa semasa melawat ke blog Rinchan...tengok semua bahan-bahan ada...so apa lagi...aku pun mencuba resepi ni...hmmm...sedap betul kuih ni...lembut dan cair di mulut. Aku buat setengah adunan sahaja sebab anak-anak tak suka kuih manis...

Sumber: Rinchan
Bahan-bahan :
1 cawan gula
1 cawan gula merah
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu makan air kapur
Daun pandan
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
Kelapa parut + garam
Cara-cara :
1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan.
2. Ayak semua tepung. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
3. Masukkan air kapur. Tapis air gula ke dalam tepung. Gaul rata.
4. Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
5. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
6. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
7. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
8. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
9. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
10. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.

Tuesday, 11 November 2008
Bahulu Cermai Bonda
Aku buat kuih ni semalam sebab..ada order dari seorang rakan. Aku menggunakan resepi bonda. Sukatannya menggunakan penyukat yang ada di rumah seperti mangkuk atau cawan. Petua membuat bahulu ni...ialah tepung tidak boleh dicampur sekali. Anda perlu mencampurnya sedikit demi sedikit or by batch...pendek kata kalu nak try membuat bahulu perlukan daya kesabaran yang tinggi. Jika sesiapa nak mencuba silalah..

(Menghasilkan lebih kurang 100 biji)
Bahan-bahannya:
1 mangkuk telur (lebih kurang 10 biji)
1 mangkuk gula
Anggaran 500g tepung - diayak
Sedikit esen vanila
Sedikit minyak
Cara membuatnya:
1. Panaskan oven. Lengser kan acuan dengan minyak dan masukkan ke dalam oven.
2. Kemudian pukul telur dan gula sehingga kembang.
2. Ambil 6 senduk adunan tadi dan campurkan 2 senduk tepung gandun. Kacau sehingga sebati. Keluarkan acuan dan masukkan 1 sudu adunan ke dalam acuan. Bakar sehingga kekuningan.
3. Buat proses ini sehingga adunan tersebut habis.
Petua buat bahulu:
1) Pastikan acuan betul-betul panas
2) Tepung hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit.
3) Bahulu akan melekat di acuan jika adunan terlalu manis.
4) Bahulu akan menjadi keras jika adunan terlebih tepung.

Friday, 7 November 2008
Kuih Cara Manis
Hari ni aku terlebih rajin...so aku mencuba resepi Banana Cupcakes dari buku The Cupcake Book and Baking Kit dan buat Kuih Cara Manis untuk hidangan minum petang. Resepi seperti di bawah....

Bahan-bahannya:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan santan
1/2 cawan air daun pandan
1/2 camt garam
sedikit minyak utk melengser acuan
Sedikit gula
sedikit pewarna hijau
Cara membuatnya :
1. Masukkan santan, air daun pandan, telur, tepung dan garam dalan blender. Jika adunan pekat sangat tambah sedikit air sejuk sedikit demi sikit hingga bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
2. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, lengserkan acuan dengan minyak masak, bila dah panas tuang adunan ke dalamnya, dan masukkan setengah sudu kecil gula.
3. Tutup acuan kuih cara dan biarkan 2 - 3 minit. Keluarkan kuih cara yang dah masak dan tangkup dua kuih cara dan hidangkan.

Monday, 20 October 2008
Karipap Pusing Sedap & Inti Daging
Sumber : Mekarmewangi.blogspot
Untuk 60 biji
*Doh berminyak* :
80gm veg fat-(crisp n dry)
80gm margerin(stoke)
300gm tepung gandum
*Doh biasa* :
700gm tepung gandum
4 camb margerin
2 cwn air suam
2 camt garam
2 camt gula
Cara:
* gaul *Doh berminyak* sampai lembut & berminyak, bahagi 8 biji, bulat2kan
* gaul *Doh biasa* sampai lembut dan licin. juga bahagi 8 biji, bulat2kan
* bungkus *Doh berminyak* dgn *Doh biasa* cam dlm gambar. buat sampai habis.
* leperkan dan canai sampai nipis, bahagi 2. dan gulung.dapat 2 gulung.
* canaikan lagi, dan gulung lagi. dan potong 4.
* ambil 1 potong, canai nipis, isikan dgn inti dan kelim.
Inti Karipap Sedap
(Untuk 60 biji karipap)
Bahan:
600gm kentang - potong dadu
150gm carrot - potong dadu
500gm bawang besar- potong dadu
3/4 cwn daging - potong halus
3/4 cwn minyak
3 camb rempah kari
1 camb bawang putih kisar
2 camb gula
1 1/2 camb garam
1 asam keping
1. dlm kuali , panaskan minyak. masukkan potato & carrot. masak sampai lembut ,angkat. ketepikan.
2. kuali yg sama, masukkan bawang & bawang putih. masak sampai wangi & lembut. masukkan rempah kari. daun kari jika ada. dan masukkan daging. kacau kekejap. masukkan potato & carrot. kacau lagi.
3. masukkan gula & garam & asam keping. bila dah rasa. tutup api. sejukkan

Monday, 29 September 2008
Cara Berlauk
Lepas bersahur tadi...aku sempat menyiapkan tempahan kuih cara ni..tapi kuihku hari ni..tak ceria...sebab gara-gara lampu kat dapur aku terbakar pagi ni..so aku letak pewarna kuning pakai agak-agak je ler..bila dah siang baru nampak yang kuih aku tu pucat jer warnanya...kali ni aku guna inti ayam jer...kepada sesiapa yang teringin nak makan...boleh ler mencuba resepi ni...

BAHAN-BAHAN
100g tepug gandum
200ml susu/santan + pewarna kuning
1 biji telur
garam
INTI:
50g udang hidup/daging cincang
1 ulas bawang merah
½ ulas bawang putih
1 camt rempah kari daging-jadikan pes
sehiris halia
1 camb minyak
HIASAN:
½ cili masak-dadu halus
1 helai daun bawang-mayang halus
CARA
1. Sediakan batter dengan mengadun telur,santan./susu,pewarna kuning dan garam.
2. Rehatkan sebentar.
3. Panaskan minyak,tumis bawang merah+bawang putih serta masukkan rempah kari,kacau hingga garing.
4. Masukkan daging,garam,gula,sesuaikan rasa.Masak hingga kering dan angkat.
5. Panaskan acuan atas dapur,lenserkan lemak,masukkan batter dalam acuan.
6. Masukkan inti dan hiasan di atasnya.
7. Angkat apabila masak.

Friday, 19 September 2008
Kuih Buah Put
Ini adalah Kuih Tradisional Negeri Pantai Timur...dari segi rupanya sebiji macam Kuih Cucur Badak cuma yang membezakannya ialah ubi yang digunakan untuk membuat kulitnya. Buah Put menggunakan ubi kayu dan berintikan serunding ikan...sesiapa yang ingin mencuba..resepinya sama seperti resepi kuih cucur badak.

Tuesday, 16 September 2008
Kuih Buah Melaka

Bahan-bahan ( 20 biji )
10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
2 ketul gula melaka
2 cawan tepung pulut
1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja
secubit garam- digaulkan bersama kelapa
Cara-cara
1. Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut dan tidak melekat di tangan. (agak2 boleh dicubit)
2. Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
3. Masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
4. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm digaul dgn kelapa yang telah digaul dengan garam terlebih dahulu.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Saturday, 13 September 2008
Kuih Lompat Tikam
Lapisan Bawah:
500ml air daun pandan
120gm tepung beras
20gm gula
1 camt air kapur
garam secukup rasa
Lapisan Atas:
330ml air
80gm tepung beras
30gm gula
1/2 camt air kapur
garam secukup rasa
Air Gula:
200g gula melaka
80g gula
250 air
2 helai daun pandan
Cara membuat:
1. Lapisan bawah: Satukan semua bahan dalam kuali, kacau di atas api yang perlahan sehingga keras dan berkilat. Adunan sepatutnya tidak 'melekat' pada kuali.
2. Tuang adunan dalan tin berukuran 18cm yang disapukan minyak. ketepikan.
3. Lapisan Atas : sama seperti lapisan bawah tadi. Tuangkan ke atas lapisan hijau tadi dan sejukkan.
4. Air Gula : Satukan semua bahan ke dalam periuk dan masak air gula sehingga hancur dan pekat.
5. Potong kuih dan hidangkan dengan air gula melaka.

90 g tepung pulut
1 camca besar air pandan
pewarna hijau
Inti:
1 keping gula kerek (Melaka)
3 camca besar kelapa parut putih
garam halus
8 helai daun pisang ( 7.5cm x 7.5cm ) untuk dibuat kelongsong atau bakul.
CARA
1. Potong atau racikkan gula melaka.
2. Campurkan air pandan dan pewarna hijau dengan secukupnya ke dalam tepung pulut. Gaul rata untuk mendapatkan doh kental. Sediakan air rebusan.
3. Gelekkan doh menjadi sosej panjang dengan diameter 12 mm dan potong.
4. Bentukkan tiap-tiap keping menjadi bulat, bentukkan lubang dan masukkan inti di tengah. Tutup inti dan golekkan menjadi bulat semula.
5. Msukkan ke dalam air rebusan yang mula mendidih dan angkat apabila ia timbul di permukaan air.
6. Toskan dan golekkan dalam kelapa parut. Masukkan dalam kelongsong dan hidangkan.

Tauhu Sumbat

Bahan-bahan (2 orang makan)
2 keping tauhu lembut
1/4 batang timun
50 g taugeh
*****bahan kuah istimewa*
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 camb gula pasir
1 camt cuka
1/4 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
Cara-cara
1. Gorengkan tauhu dan biarkan sejuk. Timun dipotong halus memanjang dan taugeh dibuang ekornya dan dicelur.
2. Tauhu goreng dibelah dua kepada bentuk segitiga..kemudian,dipotong bahagian tengah tauhu lalu disumbatkan campuran timun dan taugeh tadi.
3. Untuk kuah - Kisar semua bahan dan masak diatas dapur sehingga pekat. Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Sedia untuk dihidangkan bersama tauhu sumbat
Gerodok Telur
Kuih ni.memang terkenal kat Negeri Cik Siti Wan Kembang...sepatutnya kuih ni bila masak dia akan jadi 2 layer..tapi yang aku buat ni tak jadi ler pulak..sebab aku guna santan dalam tin...maka kurang ler lemaknya..dan stok gula Melaka aku dah abis...so aku letak sikit jer...tu yang warna dia jadi satu color jer...namun begitu..rasanya sipi-sipi macam kuih yang sebenar...

Bahan-bahannya: (Anggaran 10 bekas plastik bulat saiz kecil)
250 ml pati santan - dari 1 biji kelapa (aku guna santan dalam tin jer)
125 g gula Melaka - dihiris nipis-nipis
5 biji telur
3 helai daun pandan
1/2 camt garam
Sedikit minyak
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan ramas sehingga gula Melaka hancur. (Nota : Jangan guna pemukul telur). Kacau perlahan-lahan.
2. Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan plastik bersaiz kecil dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
3. Sedia untuk dihidangkan.

Friday, 12 September 2008
Cara Berlauk Goreng

Bahan-bahan (20 biji)
***** utk kuih cara********
1 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 helai daun bawang dihiris nipis
1 biji telur
2 cawan santan/susu fresh milk
sedikit garam dan pewarna kuning/serbuk kunyit
***** Untuk inti******
200g daging cincang
1 biji cili besar (merah)
1 biji bawang besar di potong dadu
1 ulas bawang putih
2 hirisan halia
1 camb serbuk kari daging
Sedikit Daun bawang dihiris halus
Sedikit daun sup dihiris halus
Garam dan serbuk perasa
Cara-cara
1. ADUNAN KUIH CARA : Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati. (Nota : Adunan cara berlauk goreng cair sedikit jika dibandingkan dengan cara berlauk yang biasa. Ini akan menghasilkan cara berlauk yang ranggup dan sedap)
2. INTI : Panaskan minyak kemudian masukkan bawang,b.putih dan halia. Tumis sehingga wangi dan masukan serbuk kari yang dicampur sedikit air. Masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging dan biarkan seketika. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan sehingga inti tadi kering.
4. CARA MEMBUAT KUIH CARA : Panaskan acuan kuih cara di atas dapur. Tuang minyak ke dalam acuan sehingga menutupi 3/4 lubang kuih tersebut. Bila minyak dah panas..tuangkan adunan tadi dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
5. Ambil kuih cara yang telah masak tadi dan buatkan lubang ditengah dan letakkan 1/2 camt inti dan hias dengan cili merah, daun bawang dan daun sup. Sedia untuk dihidangkan.
Kuih Lopis Pulut
Resepi ni..sesuai kepada sesiapa yang berada di perantauan...yang teringin nak makan kuih lopis tetapi tiada pengkukus dan daun pisang. Anda boleh memasak kuih ini dengan menggunakan microwave sahaja.

Bahan-bahan (saiz sedang 10 ketul)
* 1 cawan beras pulut
* 1 cawan santan cair
* 1/4 cawan air daun pandan
* sedikit garam
* beberapa titik pewarna hijau
* kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
**** air gula ***
* 3 ketul gula melaka
* 5 sb gula
* 1 cawan air
* sehelai daun pandan
Cara-cara
1. Cuci beras pulut dan rendam selama 6 jam.
2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.
3. Masukkan pulut ke dalam mangkuk pyrex yang bertutup. Kemudian masukkan santan cair, air daun pandan, pewarna hijau dan sedikit garam.
4. Masukkan mangkuk pyrex tadi ke dalam microwave. Set 'high' dan masak selama 25 minit.
5. Ambil sehelai plastik kemudian letakkan pulut tadi dan gulung. Ikat di kedua-dua hujung gulungan tadi. Masukkan ke dalam peti ais selama 1 jam.
6. Kemudian potong gulungan tadi menggunakan pisau yang telah dicelup dengan air terlebih dahulu. Golekkan ke dalam kelapa parut.
7. CARA MEMBUAT AIR GULA. Masukan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga gula cair dan biarkan air gula itu pekat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
Tips : Jika anda menggunakan saiz gula melaka yang besar..bolehlah dikurangkan sukatan gula pasir.

Thursday, 11 September 2008
Talam Ubi Kayu

Ari tu aku beli seketul ubi kayu...teringin lak nak makan talam ubikayu dan lepat ubi kayu. Akhirnya hari ni baru aku berjaya membuat kedua-dua kuih kegemaranku ini.
BAHAN-BAHAN
Lapisan Bawah:
150 g ubi parut dan perah
50 g gula melaka }dijadikan air gula
25 g gula pasir }dengan 30 ml air
30 ml air
30 ml santan cair
½ camca besar sagu dari ubi diparut - jika ada
Lapisan atas:
125 ml santan pekat
30 g tepung gandum
½ camca teh garam
CARA
1. Panaskan pengukus
2. Masak air dengan air gula dan santan cair serta 1 camca besar sagu dari ubi yang diperahkan.
3. Masukkan adunan ubi ke dalam loyang anggaran ¼ inci tebalnya dan kukus sehingga masak.
4. Buat lapisan atas, bancuhkan santan dengan tepung gandum serta garam. Tekapkan atas ubi yang telah masak dengan kain maslin, tuangkan adunan santan tadi anggaran ½ inci tebal, kukus hingga masak.
5. Angkat dan sejukkan.
***************************
Lepat Ubikayu
Adunannya sama dengan resepi lapisan bawah talam ubi...cuma lepat ubi kayu ni dibungkus dalam daun pisang dan diletakkan inti kelapa ditengahnya. Aku buat 8 ketul lepat ubi untuk juadah berbuka ari ni. Ni gambarnya...

Wednesday, 10 September 2008
Kuih Bakar Durian

Bahan-bahannya: (Dapat 1 acuan kuih bakar)
1 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan
1/2 cawan isi durian
3/4 cawan gula pasir
3 biji telor
1/2 camt garam
Sedikit pewarna kuning telor
Sedikit mentega/margerin/minyak
Sedikit bijan - disangai tersebih dahulu
Cara membuatnya:
1. Panaskan oven.
2. Blend kesemua bahan di atas hingga sebati.
3. Panaskan acuan kuih bakar di atas dapur. Lenserkan dengan sedikit butter/minyak. Apabila acuan telah panas, tuangkan adunan tadi sehingga penuh acuan tersebut. Tutup acuan dan biarkan selama 3 minit. Kemudian taburkan bijan dan bakar lagi selama 5 minit.
4. Kemudian pindahkan acuan tadi ke dalam oven dan bakar sehingga kekuningan.
5. Sejukan dan sedia untuk dihidangkan.
Cik Mek Molek
Bahan-bahannya:
600g ubi keledek
270-280g tepung gandum
80g gula
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1. Rebus keledek hingga empuk dan lecek hingga hancur.
2. Bila keledek agak suam, campurkan dengan tepung gandum dan garam. Uli menjadi doh yang lembut.
3. Bahagikan adunan kepada bebola kecil. Ambil satu bebola, leperkan dan bubuh sedikit gula dan tutup kembali. Bentukkan seperti buah kana dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.

Tuesday, 9 September 2008
Karipap Pusing

Bahan-bahan (Menghasilkan lebih kurang 60 biji)
Doh berminyak:
* 150 gm (margerin + shortening)
* 300 gm tepung gandum
Doh biasa:
* 700 gm tepung gandum
* 1 camb butter
* 1 camb gula
* 1 camt garam
* 2 cawan air (anggaran dlm 2 cawan, kalu doh lembik tambah sedikit tepung)
Cara-cara
1. Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
2. Ambil margerine + shortenig, di uli dgn 300 gm tepung. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
3. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
4. Campurkan 700gm tepung gandum + air + gula + garam + butter + air garam.
5. Uli hingga licin dan bahagikan kepada 8 doh.
6. Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
7. Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. Memandangkan saya tak boleh nak upload gambar step seterusnya sila ke link di sini utk penerangan gambar yg lebih jelas.
8. Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong)spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya.(Proses menggulung adalah sbyk 2 kali di sini).
9. Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
10.Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
11. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.
* Untuk gambar step by step sila ke http://www.freewebs.com/recipe2u/kuihmuih.htm
Kuih Bakar Berlauk
BAHAN-BAHAN
70g tepung gandum
200ml santan
2 biji telur
20g minyak sapi
2 camt rata rempah korma/kari daging
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang-mayang halus
1 tangkai daun sup-mayang halus
1 biji cili merah-cincang
50 g daging/ayam-dicincang
sehelai daun pandan
sedikit bawang goreng
sehiris halia
sehiris lengkuas
sedikit garam
CARA
1. Ramas telur dan daun pandan,masukkan santan dan garam.Tapis dan masukkan adunan ke dalam tepung dan jadikan bancuhan batter.Rehatkan seketika.
2. Kisarkan halia,bawang merah dan bawang putih.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan pes kari/kurma.
4. Apabila rempah agak masak,masukkan daging cincang dan sesuaikan rasa.Kemudian angkat.
5. Tumiskan daun bawang,daun sup dan cili merah dengan minyak sapi.Ketepikan untuk hiasan.
6. Panaskan acuan kuih bakar dan masukkan sedikit butter/margerin. Tuang adunan ke dalam acuan dan masukkan inti yang telah dimasak tadi. Bakar dalam oven pada suhu 180 c
8. Angkat dan hiaskan dengan bahan hiasan dan bahan goreng.

Kuih Kole Kacang
BAHAN-BAHAN
¼ cawan tepung kacang hijau.
375ml santan
60 g gula melaka }
30 g gula pasir } dimasak menjadi sirap
1 helai daun pandan}
125 ml air
sedikit garam
sedikit daun pisang – alas piring
Tahi minyak - hiasan
125 ml santan pekat - untuk buat tahi minyak
½ biji kuning telur – pukul rata
CARA
1. Sediakan tahi minyak
a) Pukul telur sedikit, masukkan pati santan, jerang dan masak di atas api sederhana kuat. Kacau sekali sekala hingga pekat dan bergentel dan keluarkan minyaknya.
b) Angkat dan asingkan tahi minyak dari minyaknya. Minyaknya digunakan untuk sapu di atas koleh.
2. Masakkan sirap gula melaka hingga pekat sedikit. Angkat dan tapis dengan kain maslin.
3. Bancuh tepung kacang dengan santan kemancar dan bubuh secubit garam.
4. Masukkan sirap gula melaka dan kacau rata.
5. Jerang dan masak adunan koleh dalam periuk tebal. Sentiasa kacau hingga pekat.
6. Angkat dan tuangkan di dalam piring yang beralas daun pisang. Ratakan permukaannya dengan daun pisang atau belakang camca besar yang dicelup dalam minyak.
7. Taburkan tahi minyak di atas kuih koleh.

Subscribe to:
Posts (Atom)