Tuesday, 11 November 2008

Bahulu Cermai Bonda

Aku buat kuih ni semalam sebab..ada order dari seorang rakan. Aku menggunakan resepi bonda. Sukatannya menggunakan penyukat yang ada di rumah seperti mangkuk atau cawan. Petua membuat bahulu ni...ialah tepung tidak boleh dicampur sekali. Anda perlu mencampurnya sedikit demi sedikit or by batch...pendek kata kalu nak try membuat bahulu perlukan daya kesabaran yang tinggi. Jika sesiapa nak mencuba silalah..


(Menghasilkan lebih kurang 100 biji)

Bahan-bahannya:
1 mangkuk telur (lebih kurang 10 biji)
1 mangkuk gula
Anggaran 500g tepung - diayak
Sedikit esen vanila
Sedikit minyak

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven. Lengser kan acuan dengan minyak dan masukkan ke dalam oven.
2. Kemudian pukul telur dan gula sehingga kembang.
2. Ambil 6 senduk adunan tadi dan campurkan 2 senduk tepung gandun. Kacau sehingga sebati. Keluarkan acuan dan masukkan 1 sudu adunan ke dalam acuan. Bakar sehingga kekuningan.
3. Buat proses ini sehingga adunan tersebut habis.

Petua buat bahulu:

1) Pastikan acuan betul-betul panas
2) Tepung hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit.
3) Bahulu akan melekat di acuan jika adunan terlalu manis.
4) Bahulu akan menjadi keras jika adunan terlebih tepung.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment