Bahan-bahan ( Untuk 25 orang makan )
* Untuk nasi:
* 1 gantang(2.7kg) beras wangi (eg: brand Sunwhite) dibasuh dan direndam selama 8 - 9 jam
* Segenggam bawang merah setelah dimayang ( lebih kurang 12 ulas)
* 1 - 2 inci halia (dihiris halus-halus panjang)
* 1 - 2 sudu besar halba
* Santan dari 3 biji kelapa ( santan pekat satu cetong(lebih kurang 900ml) dan santan cair satu setengah cetong)
* 1 sudu besar gula
* segenggam garam
* Untuk lauk:
* 4 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama satu keret besar nisan, segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa, air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti
* Untuk Kuah:
* 1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
* 1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
* segenggam lengkuas setelah dihiris
* 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
* 1 labu bawang putih (yang besar)
* 2 inci halia
* 3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
* 1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
* kerisik dari 1/2 biji kelapa
* 4 keret besar nisan
* santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
* 2 inci kulit kayu manis
* Untuk Acar: 3 biji timun 1 batang karot 3 biji cili merah besar 2 potong nenas 1/4 kobis (setelah dipotong-potong digaul bersama garam gula dan cuka secukup rasa)
* Telur rebus: 12 - 13 biji
Cara-cara
1. Cara-cara memasak kuah: semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
2. masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
3. masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)
4. Cara-cara memasak nasi: beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.
5. kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap.
6. Bagi siapa yang kesuntukan masa boleh ikut cara saya memasak kuah, tapi kuahnya tak segelap yang original dan tulang tak sempat menjadi lembut.
Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts
Wednesday, 10 December 2008
Sunday, 28 September 2008
Nasi Impit
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan beras
6 cawan air
1/4 sudu teh garam
3 helai daun pandan - utk sedap baunya
Cara membuat:
1. Masak nasi dlm rice cooker spt biasa bila masak ketika masih panas tekan2/lenyek dengan senduk bulat hingga hancur
2. Masukkan dalam bekas empat segi atau apa2 bekas, tekan-tekan biar sekata dan padat
4. Potong dadu bila nak dihidangkan.

Ketupat Daun Palas
Bahan-Bahan:
4 tin susu beras pulut
1 biji kelapa (ambil santan pekat) Sedikit garam
Daun palas secukup kegunaan
Cara:
Beras pulut dibersih, kemudian direndam, dibasuh dan toskan airnya. Setelah itu dikukus separuh masak. Angkat & gaulkan dengan santan yang dicampur garam, kukuskan semula. Bila pulut telah masak angkat & sejukkan setelah itu bungkuskan didalam daun palas & rebus didalam air panas yang telah mendidih sehingga cukup tanak. Setelah itu keluarkan & gantungkan supaya sejuk.
Cadangan Hidangan:
Potongkan dan hidangkan bersama rendang daging @ ayam.

Saturday, 13 September 2008
Nasi Dagang Terengganu
Sumber : minami133@myresipi.com
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
***NASI**
4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
1/2 tin santan
garam dan gula
1 sudu besar halba
bawang dan halia (hiris halus2)
air
***GULAI IKAN TONGKOL**
1 tin santan
1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
15-20 tangkai cili kering
2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
6 keping asam keping
garam dan secubit ajinomoto
gula
5-6 biji cili padi
1 ekor ikan tongkol
1 cm belacan
***ACAR**
2 batang timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 biji lada besar
cuka, garam, gula
Cara-cara
1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.
2. GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
3. ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

Nasi Kerabu
Bahan-bahannya:
300g beras
675ml air
15 kuntum bungan telang/Sedikit pewarna biru
Bahan sampingan : Keropok, telur masin dan limau nipis
Bahan sambal kelapa:
1/2 biji kelapa parut - goreng hingga perang
1 ekor ikan kembong - bakar dan tumbuk
5 ulas bawang + 2 batang serai + 1 camt lada hitam - ditumbuk halus
garam gula dan serbuk perasa
Bahan ulam:
100g taugeh - buang ekor
50g daun selom
5 tangkai daun kesom
3 helai daun kunyit
1 batang serai
1 biji timun
Bahan sambal budu:
300ml santan
10-12 cili kering }- kisar
2 ulas bawang putih }
1 cm halia }
1 keping asam gelugur
4 camb budu
1 camb gula pasir
Cara membuatnya:
1. Nasi : Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak macam biasa.
2. Sambal kelapa : Campurkan semua bahan dan kacau hingga rata.
3. Sambal budu : Masak santan hingga keluar minyak. Masukkan bahan kisar dan asam gelugur, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga pekat.
4. Hidangkan nasi dengan keropok, telur masin, ulam-ulam, sambal kelapa dan sambal budu.

Wednesday, 2 July 2008
Nasi Minyak + Kurma Daging + Acar Rampai
Ari ni..teringin nak makan nasi minyak...so tengok blog hanieliza jumpa resepi nasi minyak warna warni...apa lagi aku cut n paste jer resepi ke sini.
NASI MINYAK PELANGI
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi [basuh dan toskan]
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau, merah dan kuning
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin
Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]
Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]
Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, beras, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.
Untuk lauknya aku buat daging masak kurma dan acar rampai...resepi daging kurma...ikut sebiji kat belakang paket rempah tu aje...manakala resepi acar rampai aku ambik dari mesra.net
Bahan-Bahan:
1 biji timun
1 biji lobak merah
10 biji bawang kecil (dibelah dua)
6 biji bawang putih
4 biji cili merah
4 biji cili hijau (dihiris memanjang)
150 gm halia (dihiris halus)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar biji sawi
4 biji bawang kecil - dihiris
20 biji cili kering
2 ½ cm kunyit hidup
½ cawan cuka
¼ cawan air
2 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
1 sudu besar bijan
Cara:
Masukkan timun, lobak merah, bawang kecil, bawang putih, cili merah, cili hijau dan halia ke dalam bekas. Gaulkan bersama-sama garam, gula dan serbuk kunyit. Biarkan selama 1 jam. Panaskan minyak dan masukkan biji sawi. Kemudian masukkan pula bawang kecil, cili kering dan kunyit hidup yang telah dikisar berserta cuka dan air. Setelah itu, tutupkan api dan biarkan selama 3 minit. Kemudian barulah dicampurkan dengan sayur-sayuran yang digaul tadi. Untuk mencantikkan lagi acar, bolehlah ditaburkan ia dengan bijan yang digoreng tanpa menggunakan minyak. Sedia untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)