Showing posts with label Koleksi. Show all posts
Showing posts with label Koleksi. Show all posts

Tuesday, 3 June 2008

Country Cottage - Corelle

Koleksi pinggan mangkuk aku yang ketiga ialah Country Cottage - Corelle. Nak tahu citer macam mana aku terbeli set ni...satu hari aku meneman Ana pegi Tesco Slough..tiba-tiba ternampak offer buy 1 free 1..dengan rega £40 dapat dinner set untuk 8 orang..balik tu..tak tido malam aku dibuat nyer..teringat kat pinggan tu..terus search kat internet rega pinggan tu kat US..selepas dikira..ditolak dan dicampur aku rasa berbaloi kalu beli pinggan tu..

Pagi esoknya lepas anto anak-anak ke sekolah aku pergi semula ke Tesco dengan Ana..aku beli 6 set (2 set untuk sahabatku enah dan 2 set lagi untuk adikku Ida). Habis hati dapat pinggan corelle ni..aku beli untuk guna tiap-tiap..maklum ler...selalu anak bujangku yang basuh pinggan..senang sikit..ringan dan tak mudah pecah..



Rasanya cukup ler 3 set pinggan ni...kalu beli banyak-banyak pun letak dalam almari tak guna juga...dapat dosa lagi!!!...

Kenwood Chef Mixer

Dulu kalu tengok chef wan dan chef zaida buat biskut & kek kat TV macam best jer..sebab depa guna Kenwood Chef..mudah betul..menyebabkan aku pun teringin nak membeli KM ni..tapi bila tengok rega dia kat kedai..impian tinggal impian...kat Mesia KM ni...RM2 ribu lebih rega dia..walaupun aku mampu nak beli tapi rasanya banyak benda lain yang perlu jika dibandingkan dengan beli KM ni...


Bila aku jadi full housewife...tahun 2007 cik abang belikan KM ni..kat sini rega dia £100 jer..kalu tukar dengan RM tak sampai seribu pun..seronok nyer impian untuk memperolehi KM ni..akhirnya terlaksana jua...terima kasih abang!

Royal Doulton - Regency Gold

Satu lagi koleksi pinggan mangkuk aku ialah Regency Gold. Aku dan suami minat set ni sebab warna biru..dan design dia simple jer..Sajer nak citer kronologi untuk menlengkapkan set ni...

2007 - Beli dinner set utk 4 kat Debennham masa Boxing Day Sale. Less 75% so dapat £35.00. Time tu ingat nak beli 2 set tapi dah abis..tak per beli 1 set dulu..1 set lagi kemudian..



2008 - Masa time mother days aku dapat email dari Royal Doulton. Depa buat promotion untuk seme mother kat UK ni..so dapat offer 25% dari rega kat website dia...apalagi terus masuk website dan order 1 set of 4 dan set teko. Rega kedua-dua item tu selepas diskaun dapat £65.oo. Hooray! cukup dah dinner set aku ni untuk 8 orang makan gitu...

Royal Albert - Old Country Roses

Last year aku beli set of 8, Old Country Roses...tapi tekonye aku jual kat my cousin dulu..so hari ni...berjaya mendapatkan teko dan cake tier dari ebay. Puas membid...at last berjaya..juga akhirnya...nak beli yang baru kat website Royal Doulton mahal giler..tambahan bila harga minyak dah naik ni...rega pinggan mangkuk pun naik dekat 2 kali ganda juga...so semalam aku melawat ebay.co.uk...terserempak dengan dua item tu..yang best tu..dua-dua tu..masih baru lagi....bertambah lagi koleksi Royal Albert aku...



Placemate ini pulak aku beli masa pegi jalan-jalan kat Slough High Street...ternampak benda tu kat Roseby's - £10.00 (RRP49.00) so apa lagi mengangkut ler 6 set..(untuk linda 2, kak andak 2 dan aku punya 2) huhhh...berattt giler....



Target lepas ni..nak beli tempat letak juadah pulak...tunggu...!!!


Saturday, 24 May 2008

Wall Lamp from Laura Ashley


Preparation for rumah baru...
Balik rumah tadi...tengok ada parcel dari Laura Ashley...excited bukak kotak nak tengok wall lamp tu...cantik wooo!!...tak sabar nak pasang kat rumah baru nanti...hmmmm...harap-harap pemaju dapat menyiapkan rumah aku tu..hujung tahun ni..kalu tak....terpaksa ler cari rumah sewa untuk sementara...or another choice...minta kuarters???? boleh dapat ker???