Tuesday 3 June 2008

Country Cottage - Corelle

Koleksi pinggan mangkuk aku yang ketiga ialah Country Cottage - Corelle. Nak tahu citer macam mana aku terbeli set ni...satu hari aku meneman Ana pegi Tesco Slough..tiba-tiba ternampak offer buy 1 free 1..dengan rega £40 dapat dinner set untuk 8 orang..balik tu..tak tido malam aku dibuat nyer..teringat kat pinggan tu..terus search kat internet rega pinggan tu kat US..selepas dikira..ditolak dan dicampur aku rasa berbaloi kalu beli pinggan tu..

Pagi esoknya lepas anto anak-anak ke sekolah aku pergi semula ke Tesco dengan Ana..aku beli 6 set (2 set untuk sahabatku enah dan 2 set lagi untuk adikku Ida). Habis hati dapat pinggan corelle ni..aku beli untuk guna tiap-tiap..maklum ler...selalu anak bujangku yang basuh pinggan..senang sikit..ringan dan tak mudah pecah..



Rasanya cukup ler 3 set pinggan ni...kalu beli banyak-banyak pun letak dalam almari tak guna juga...dapat dosa lagi!!!...

No comments:

Post a Comment