Saturday, 14 June 2008

Projek Barbie Doll Cake

Bagi anda yang ingin sekali membuat Barbie doll cake untuk anak tercinta tapi masih belum mempunyai loyang/pan yang khusus untuk membuat barbie. Anda masih boleh membuatnya menggunakan loyang2 cake biasa. Berikut disediakan cara-cara dan tips untuk membuat Barbie Doll Cake :-

1.Sebelumnya itu kenali dulu nozle yang akan kita guna utk membuat skirt barbie. Nozzle yang biasa digunakan ialah nozzle utk membuat roses flower. Masukan nozzle dalam piping bag.


2.Warnakan Buttercream (BC) satu bagian warna pink, satu bagian lagi biarkan warna putih(warna asal).dalam gambar ini diperlihatkan cara memasukan BC nya.masukan dahulu sedikit BC dengan warna putih kemudian disebelahnya isikan warna pink. Letak BC saling bersebelahan.


3.Untuk membuat Barbie doll yang ideal.anda memerlukan 3 buah cake dengan size yang berbeza. Bahagian bawah selalunya lebih besar. Utk bahagian tengah..setengah besar dan size ukuran paling kecil dibahagian paling atas. Lapiskan semua cake jadi satu (sebelumnya dilapiskan dengan BC setiap lapisan).


4.Trim cake menyerupai seperti gunung..dari arah atas kebagian bawah.potong sedikit demi sedikit dengan menggunakan pisau cake. Hati2..potong menyerupai gunung.


5. Sapu cake dengan BC.tidak perlu terlalu rapi. Cukup melapis dengan nipis sekadar untuk menutupi kek sahaja.


6.Mulailah membuat renda/ruffles disekeliling skirt barbie.mulailah dari bahagian paling bawah.jangan lupa nozzle agak digerak2kan secara naik turun secara perlahan2 sewaktu mulai berjalan


7.buatlah ruffles sebahagian demi bahagian dengan naik turun membentuk setengah lingkaran.


8.Kemudian sambung ruffles/renda tadi sampai menyelimuti sekeliling skirt barbie dan teruskan naik sampai ke bahagian atas.


9.Buatlah ruffles bertingkat2 seperti ini. Anda boleh juga menggunakan nozzle berbentuk star untuk menutupi bahagian yang kosong.


10.Setelah skirt selesai dibuat. Bolehlah anda membuat baju dengan menggunakan nozzle bentuk bintang/star. Tutup badan barbie dengan BC. Barbie Doll Cake yang sudah siap.

No comments:

Post a Comment