Sunday 31 August 2008

Puding Cendol


Bahan-bahan (10 x 10 x 1 inci)

Lapisan Bawah
* 200ml air
* 180gm gula pasir - 160g kalu nak kurangkan manis
* 500ml santan pekat
* 10gm agar - agar powder
* 300gm cendol
* sedikit garam

Lapisan Atas
* 500ml air
* 180gm gula merah
* 300ml santan pekat
* 10gm agar - agar powder
* 1 biji kuning telur
* sedikit garam

Cara-cara

Lapisan Bawah
1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
3. Tuangkan ke dalam acuan. Kemudian masukkan cendol dengan menggunakan sudu ke dalam adunan tadi.
Tips : Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Lapisan Atas
1. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
2. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
2. Kacau kuning telur dengan santan. Tuangkan santan ke dalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap.

Tips :
1. Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
2. Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

Pau


Dah lama anak-anakku request nak makan pau...so hari ni aku terlebih rajin so boleh ler membuat pau untuk mereka. Mulanya nak buat pau inti kelapa..tetapi last minit kena tukar inti ayam + mushroom sebab inti kelapa dah hangus kerana opie panaskan terlalu lama dalam microwave...disini aku letak resepi dari yani - myresepi..dan telah dicombine bahan-bahannya dengan resepi chef li....Best resepi ni...pau jadi lembut dan gebu...

** Resepi ni sesuai utk sesiapa yang susah nak cari tepung pau kat UK ni...

Bahan-bahan (20biji - berat 25g setiap biji)

* 300g tepung gandum
* 6g baking powder
* 2g garam
* 160g air suam
* 6g dry yeast
* 30g gula halus
* 18g lemak sayur (shortening - jenama trex kat tesco UK)
* 1/2 camt ovellete
* 1/2 bread improver

Cara-cara

1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin.
5. Timbang 50g setiap satu. Letakkan inti dan biarkan ia naik 2 kali ganda.
6. Untuk inti anda boleh letak inti kari ayam, sardin, kelapa, kaya atau apa-apa yang anda suka. Hari ni aku buat 7 biji pau berinti ayam + mushroom + sayur-sayuran dan 5 biji aku letak inti nuttela.
7. Bila pau dah naik 2x ganda...bolehlah dikukus selama 15-20 minit. Semasa mengukus dilarang membuka penutup kukusan kerana ini akan mengakibatkan permukaan pau berkedut.
8. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1429H

Apam Balik

Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar / air pun boleh tapi rasanya kureng sedap
sedikit pewarna kuning

Filling:

1 tin jagung krim -for homemade cream corn refer to *** below
1 cawan kacang tumbuk
1 cawan gula
sedikit mentega

Cara membuat:

* Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
* Pukul lagi hingga sebati.
* Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 hr.
* Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
* Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
* Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan 1/2 camca teh mentega.
* Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.

***homemade cream corn:

1 tin sweet corn + 1/2 cup freshmilk + 2 tbs gula+ 1 biji kuning telur + 2 tbs tepung kastard.

* masukkan semua bahan dalam periuk, masak sampai pekat, sambil lenyek2kan jagung dengan senduk atau hand blender.

~~~~~~~ apam balik versi Garing dan Nipis~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahan-bahan:

170gm tepung serbaguna
100gm tepung beras
30gm tepung jagung
150 gm gula castor
2 tsp baking power
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp kecil garam
2 biji telur grade A
1 tsp esen vanilla
200ml air

Cara membuatnya sama seperti di atas.

Merdeka Fair 2008

Hari ni aku join kawan-kawan pegi Merdeka Fair di Tun Abdul Razak Research Centre, Brickendonbury, Hertford (south London). Seronok juga pergi ramai-ramai...macam rasa pergi piknik le pulak...Jom kita tengok gambar-gambar kat event tu....

Ni adalah pentas utama...hari ni..banyak juga persembahan kebudayaan seperti Silat, tarian dan nyayian..


Bangunan Tun Abdul Razak - pandangan dari sisi bangunan...


Ni..lah..kawan-kawan rapat kat UK ni merangkap geng pergi shopping...tanpa mereka aku tak sampai di Merdeka Fair ni...Tenkiu! tenkiu...kengkawan...


Shauqi tengah asyik melompat kat Bouncy Castle...


Dua sahabat baik..saiyyidi dan Adam...kepenatan selepas melompat sepanjang hari...


Ni pulak...3 sekawan kepenatan..


Aka dan Shahida baru selesai sesi 'Face Painting'...


Ni pulak..tempat rehat kami hari ni...selepas membeli juadah di gerai-gerai yang disediakan kami berkumpul disini makan beramai-ramai...meriahhh!..


Antara gerai-gerai yang ada hari ni...


Gerai BABAS pun ada...segala jenis rempah ada dijual disini...


Balik dari Merdeka Fair kami singgah di rumah Hanani (Kawan cik abang)..beliau tengah sarat mengandung..so sempat lagi berposing dengan 'mak yong' sebelum beliau dioperate hari selasa ni...

Thursday 28 August 2008

Mari Belajar Kuih Tradisional

Hari projek mengajar kuih tradional kepada 2 cik kiah...resepi hari ni ialah Kuih Popia Basah, Kuih Bingka Kemboja dan Kuih Cara Berlauk. Kuih yang paling susah sekali ialah Popia Basah. Mana tak nyer...ada 3 step kena buat..Mula-mula kena buat sos pekat. Kedua kena siapkan inti dan last sekali yang paling mencabar ialah membuat sendiri kulit popia tu...meskipun susah membuatnya....tapi outputnya kami letak 5 bintang...Mari kita tengok gambar kuih-muih kelas hari ni...

Ini rupanya Popia Basah yang telah siap dimekap.


Cara Berlauk Goreng - Kita selalu makan kuih cara berlauk versi bakar...kali ni..buat versi goreng pulak..hmmm...sedap! ranggup dan FREE COLESTROL gitu...


Kuih Bingka Kemboja - request dari Mas nak buat kuih ni...disebabkan Cik Kiah terlalu asyik bersembang hingga terlupa nak letak bijan atas kuih tu...last sekali tabur aje ler bijan kat atas kuih yang telah siap dimasak...


Bubur Jagung ni..menu selingan...sajer nak perabihkan jagung yang dipetik kat Garson minggu lepas...

Wednesday 27 August 2008

Kek Lapis Vanila

Bahan2 (untuk loyang 4x4)

225g mentega
125g gula halus
4 biji telur Gred A
150G tepung superfine/tepung kek
1/4 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanila
250g aiskrim vanilla
1/2 sudu teh ovallete
Pewarna pink,hijau,biru,merah

Cara2

Putar gula & ovallete. Kemudian,masukkan mentega & putar hingga kembang hingga kembang. Masukkan telur satu persatu, esen Vanilla & susu pekat. Kemudian masukkan tepung halus sedikit demi sedikit.Lepas tu masukkan aiskrim tu. Gaul rata. Bahagikan kepada kaler pink, hijau & merah+biru..atau apa2 jer kaler yg anda suka!

Lengserkan loyang dgn mentega. Alas dgn baking sheet.Masukkan 4 sudu setiap layer & bakar dgn api panggang (api atas).Bakar sehingga siap.

Kek Lapis Sisik Ikan

Bahan2:

225g mentega
95g gula halus
5 biji telur Gred A
150g biskut marie - kisar halus
1/2 tin kecil condensed milk
45g horlick (resepi asal kena bubuh serikaya)
1/2 camca teh esen vanilla
1 bungkus hawflakes (10 gulung)
Pewarna hijau

Cara2:

Lengser tin dgn butter.Panaskan oven guna api grill.

Pukul mentega dgn gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.Pukul lagi hingga rata. Kemudian, masukkan serbuk horlick & susu pekat manis.Putar rata.Masukkan biskut marie yg sudah dikisar tadi.Tuang esen vanila.Apabila sudah sebati,bahagikan kepada 2. Aku buh kaler hijau & natural jer. Pesan pakar kek, kek lapis sisik ikan xyah kaler maler sgt, sbb nanti sisik dia x nampak.

OK...acara melapis pulak.Bubuh 4 sudu adunan dimulai dgn kaler natural. Bakr dlm 7 minit atau sehingga bhgn atas kelihatan perang. Kemudian, bubuh lagi 4 sudu kaler hijau pulak. Teruskan melapis sehingga lapisan ke 4.Bila lapisan ke 4 sudah masak, amik sekeping hawflakes tu, cucuk serong kedlm kek. Skill ni aku belom obtain sbb aku cucuk pun x sekata. Bantai jer laa...Kemudian teruskan melapis sehingga lapisan ke 4 lagi...dan cucukkan lagi hawflakes tu. Kek ni aku buat dpt 3 kali cucuk hawflakes.

Kuih Tiram

Bahan-bahannya:

500 gram tepung gandum
1 biji telur - dikacau sedikit
2 camca besar marjerin
1/2 camca teh garam
160 - 170 ml air - lebih kurang ler

Untuk lapisan tgh:

6 camca besar tepung jagung
6 camca besar minyak masak

Bahan salut:

Gula kastor secukupnyer

Cara2:

Step 1: Adunkan tepung gandum,telur,marjerin,garam & air. Aku campak semua dlm breadmaker. Kalo guna tangan, adunkan sehingga adunan x melekat kat tgn.Bahagikan kepada 5 bhgn (utk saiz finishing product yg kecik sedikit)

Step 2: Gelek adunan tepung tadi nipis2.

Step 3: Bancuh tepung jagung dgn minyak masak. Gaul sampai tepung tidak berketul2 dan berbentuk paste.

Step 4: Letakkan secara nipis diatas tepung tadi.

Step 5: Gulung rapi2 mcm wat swiss roll tuh

Step 6: Potong dlm 1 cm setiap satu

Step 7: Gelek setiap potongan kecil tu di bahagian tepi.

Step 8: Goreng dlm minyak sederhana panas. Make sure rajin terbalik2 kan. Senang & cepat bertukar kaler. Angkat bila sudah kuning keemasan. Ini kuih tiram yg belum di salut dgn gula kastor.

Vadai UK version

Bahan2:

1 cawan kacang Urid Dhall Washed
Segenggam beras
Seulas Bawang Merah Besar
2-3 btg cili kering
Garam secukupnyer

Cara2:

Rendam kcg dgn segenggam beras semalaman atau sekurang2nya 4 jam. Lepas tu, blender kering sehingga halus. Potong baji bwg meras dan gunting halus cili kering. Masukkan dlm adunan dan perisakan dgn garam.
Panaskan kuali. Goreng dlm minyak penuh.

Bulatkan adunan kat atas tapak tangan yang diminyakkan dahulu. Buat macam bentuk donut dan lurutkan terus ke dalam minyak yang panas. goreng hingga garing dan sedia untuk dihidangkan.

Tuesday 26 August 2008

Brownie Kukus

Ingredients:
200 g egg whites
1/8 tsp salt
110 g caster sugar
50 g margarine
65 g dark chocolate, finely chopped
85 g cake flour
15 g cocoa powder
1/2 tsp double acting
chocolate meises for filling

How to make:

1. Preheat the steamer and grease a loaf pan (24 x 10 x 7cm) with margarine and line with parchment paper.
2. Heat margarine until melted, add dark chocolate, stir until melted. Set aside.
3. Beat the egg whites until foamy, add salt and sugar in 5 steps. Beat until soft peaks form.
4. Add the sifted flour, cocoa powder and double acting to the egg mixture, stir gently until just combined.
5. Pour the chocolate mixture, strirring until all combined.
6. Pour half of the batter to the loaf pan, and steam for about 5 minutes. Sprinkle with chocolate meises.
7. Pour the remaining batter into loaf pan, and continue steaming for about 15 minutes.

Soup Tomyam Thai (Bersantan)

Bahan-Bahan:

500 gram udang - dibersihkan
1 cm lengkuas, dihiris nipis
2 batang serai, diketuk
5 lembar daun limau purut
750 cc santan
4 sendok makan sos ikan
4 sendok makan air limau nipis
15 biji cili api - diketuk
1 biji bawang besar - dihiris

Cara Memasak:

Panaskan santan, masak hingga mendidih, lalu masukkan lengkuas, serai,bawang, dan daun limau purut, didihkan.

Masukkan udang, sos ikan, air limau nipis dan cili api, kacau sehingga masak. Angkat dan hidangkan.

Pes Tomyam

Bahan-bahan Paste

150 g cili kering dikisar
50 g udang kering dikisar
50 g belacan
50 g asam jawa dibancuh dengan sedikit air
50 g bawang putih dikisar
50 g bawang merah dikisar
50 g gula
25 g garam
25 ml perahan limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat paste
1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Kuih Lapis Pandan

Sumber : myperiukbelanga.blogspot.com

Bahan-bahan A:

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 sudu kecil garam
1/2 cawan jus pandan
pewarna hijau
1/2 cawan air

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna hijau dan jus pandan dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal / putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Tambahkan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan warna hijau.
5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
6. Masukkan 1 senduk adunan hijau dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
8. Lapiskan adunan hijau dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
9. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

Kek Coklat Kukus versi 2

Sumber : Nor My resipi

Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )

* 250gm butter
* 1 cawan gula castor
* 1 cawan gula perang
* 4 biji telur (A)
* 1 sudu teh esen vanila
* 1 cawan susu segar suam
* 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
* 3/4 cawan serbuk koko
* Utk choc ganache:
* 150gm coklat masakan
* 1 sudu besar susu pekat
* 1/4 cawan air panas
* 1 sudu besar butter

Cara-cara

1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

Popia Basah


Bahan untuk inti:

1/2 biji kobis - dihiris halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
1 biji timun
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
* Kacang tanah yang telah ditumbuk - untuk ditabur

Cara Membuatnya :

Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang diblend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam + gula. Kemudian masukkan sayuran dan kacau serta masak selama 10 minit jer jangan sampai layu.

Bahan untuk sos pekat

1 cawan cili kering yang telah dimesin
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula melaka
2 sudu besar kicap manis
1 cawan bawang goreng
1 cawan betik masak - untuk memekatkan sos
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:-

Blend semua bahan diatas dan masak sehingga pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Bahan untuk kulit:

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Cara-cara membuat kulit:

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam

2. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper dan buat dari arah jam
mulakan dari tepi dulu, kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan

3. Setelah rata - bulat. Biarkan sampai tepung masak sebentar dan angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)

Cara menyediakan popia basah:

1. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sos pekat. Letak satu sudu besar inti dan taburkan bawang goreng dan kacang tanah yang telah ditumbuk.

2. Lipat macam biasa dan gulung. Sedia untuk dimakan.


==============================================================================

POPIA BASAH NYONYA

Kulit Popia
150 g tepung gandum
1 camt tepung ubi kayu/arrowroot
sedikit garam
2 biji telur Gred A, dipukul
400 ml water
1/2 camb minyak

Bahan Inti
60 ml minyak
8 ulas bawang putih, ditumbuk
2 camb taucu
300 g udang, dibersihkan
2 kg sengkuang, dihiris halus
2 camb kicap cair
1 camt kicap pekat
2 camb gula
sedikit garam
2 liter air
110 g tauhu, dihiris memanjang & digoreng

Bahan Sampingan
20-30 helai daun salad, dibuang batang tengah
4 ulas bawang putih} ditumbuk
3 camb cili merah }
1 biji timun, dihiris 2.5cm & dipotong halus
140 g taugeh, dibuang ekor & dicelur
200 g isi ketam, jika suka
3 tangkai daun ketumbar
1 biji telur, dibuat dadar & dihiris nipis
100 g bawang merah goreng
100 g kacang tanah, digoreng & ditumbuk

Bahan Sos
200 g tepung gandum
200 g gula melaka, dihancurkan
330 ml air
sedikit garam
2 camt gula pasir
1 camt kicap pekat

Untuk membuat kulit.
Kacau semua bahan hingga sebati dan tidak bergentel. Lengser kuali leper non-stick dengan sedikit minyak. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan.

Bahan Inti.
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga terbit bau. Masukkan taucu dan udang, kacau hingga ia berubah warna. Bubuh sengkuang, kacau 3 min. Campurkan dengan bahan perisa. Tuangkan air, masak hingga mendidih. Masak hingga kuahnya tinggal sedikit. Bubuh pula tauhu. Angkat dan biar sejuk.
Untuk menggulung. Letak sekeping kulit popia di atas pinggan besar. Alas dengan daun salad, diikuti sos, cili merah dan inti sengkuang. Bubuh timun, taugeh, isi ketam, daun ketumbar, telur dadar, bawang goreng dan kacang tumbuk. Gulung kemas dan hiris sebelum disajikan.

Bahan Sos.
Goreng tanpa minyak tepung hingga keemasan. Ayak ke dalam mangkuk dan biar sejuk. Satukan semua bahan lain dan jerang hingga gula larut. Tapiskan sirap ini. Tuangkan sirap panas ke dalam tepung sambil dikacau tanpa henti hingga sos tidak bergentel

Monday 25 August 2008

Kuih Bingka Kemboja


Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum
1 cawan telor - dalam 4 biji
1 tin santan
1 cawan jus pandan
3/4 cawan gula
1/2 camt garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit bijan - disangai terlebih dahulu tanpa minyak
Sedikit margerin/minyak

Cara membuatnya:

1. Panaskan Oven 150 darjah.
2. Blend semua bahan di atas sampai sebati.
3. Panaskan acuan kuih bakar di atas dapur. Lenserkan acuan dengan margerin/minyak.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan dan tutup. Biarkan selama 5-8 minit. Kemudian taburkan bijan.
5. Kemudian masukkan acuan tadi ke dalam oven dan bakar hingga kekuningan.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Sunday 24 August 2008

Opor Daging

Sumber : Hanieliza

Bahan
1 kg daging [hirskan nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan]
2 s/b kerisik
1 s/b gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]
3 s/b rempah kari daging ]
1 s/k jintan manis ] gaulkan
1 s/k jintan putih ]
3 keping asam keping
minyak
garam


Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin & rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.
3. Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.
4. Masukkan santan dan biarkan reneh denagan api yg kecil sehingga mendideh dan daging lembut.
5. Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dn kacau lagi. Biarkan naik minyak.
6. Hidangkan dengan nasi putih/minyak atau ketupat atau pulut kuning.

Kerutub Ayam

Sumber - Hanieliza

Bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit & potong kecil]
2 s/b rempah kari ] dibancuh
2 s/b rempah kurma ]
2 cawan santan
1 s/b gula merah
1 s/b kerisek
3 s/b minyak untuk menumis

bahan kisar..
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih

Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

Serimuka Lapis Jagung

Sumber : Hanieliza

Bahan-bahan:
Lapisan Bawah(Kukus hingga masak)
2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
2 1/2 cawan santan cair
1 sudu teh garam

Lapisan Tengah(Gaulkan dan masak sekejap atas api)
2 cawan santan pekat
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung kastad
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan jagung cream
sedikit garam

Lapisan Atas(Gaulkan dan masak sekejap atas api)
2 cawan santan pekat
1 biji telur
1/4 cawan jus pandan
1/4 tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1/4 cawan gula sedikit garam


Cara:
1. Masukkan semua bahan lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan. 2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang lain yg dilapikkan pelastik sehingga mampat.
3. Lapiskan dengan lapisan tengah [adunan jagung].
4. Masakkan anggaran 15 minit.
5. Bila dah masak masukkan pula lapisan atas [adunan hijau pandan] dan kukuskan lagi selama 15 minit.
6. Bila dah masak, sejukkan betul-betul baru di potongkan dgn pisau pelastik dan hidangkan.

Friday 22 August 2008

Making Roses New Technique

25 Tip Menghias Kek

Dipetik dari Majalah Rasa Bulan Ogos 2004.

Untuk rujukan kita bersama "25 Tip Hias Kek".

Mana lebih menarik, kek tanpa aising atau kek beraising? Menghias kek sememangnya penting jika kita ingin meraikan hari istimewa. Kata orang, biar cantik dipandang mata dan sesedap rasa. jika kek yang dihidangkan bertelanjang kosong, ia mungkin tidak menarik minat sesiapa yang memandangnya. Apapun citarasa anda, biarlah hidangan kek dapat memenuhi selera dan menepati tujuan asal majlis anda.

25 tip menghias kek yg patut diketahui:

1) Untuk menghias makanan seperti kek misalnya, apa yang harus difikirkan terlebih dahulu adakah majlis itu dikhususkan untuk orang dewasa ataupun kanak-kanak? Jadi,setelah memahami konsep, anda perlu sesuaikan hiasan kek mengikut konsep asal majlis yang akan diadakan.

2) Misalnya untuk majlis hari jadi kanak-kanak, buatlah kek kelihatan lucu, indah dan menggunakan warna-warna ceria.

3) Tambahkan hiasan kek dengan pelbagai hiasan coklat warna-warni. Lumrahnya, kanak-kanak sukakan coklat. Contohnya hiaskan dengan coklat cip dan marshmallows.

4) Siapkan hiasan bermacam-macam, berwarna-warni dan barangan permainan kecil.

5) Sesuaikan bentuk kek mengikut konsep yang diperlukan. Jika dianggarkan ramai tetamu yang datang, lebih senang anda memilih untuk membuat kek berbentuk empat segi panjang sahaja supaya senang dipotong dan dibahagikan.

6) Menghias aising atau krim pada kek sangat penting bagi menarik perhatian. Jangan dibiarkan kek anda kosong, hiaslah dengan dekorasi aising penuh corak dan warna-warni.

7) Memilih warna untuk aising kek itu juga sangat penting. Biar sama mengikut tema asal majlis anda. Misalnya kek perkahwinan, jika tema anda ungu dan putih, sama juga dengan pakaian pengantin berwarna ungu, eloklah anda serasikan kek anda berwarna senada. Jangan pula anda mengenakan kek berwarna kuning pula. Bukankah janggal kelihatannya semasa memotong kek perkahwinan?

8) Warna kek merah menyala, biru, atau kuning terang mungkin sesuai untuk kanak-kanak menyambut hari jadi.

9) Warna kek untuk orang dewasa pilihlah yang lembut seperti pink, hijau muda, putih atau coklat.

10) Jika anda ingin memulakan hiasan kek utk kanak-kanak, gunakanlah aising berwarna ceria & cuba menutup dgn hiasan lucu spt gambar kartun & sebagainya.

11) Letakkan hiasan manis yg anggun spt bunga utk kek org dewasa

12) Banyak pilihan kek utk kanak-kanak. Cubalah kelainan dlm membentuk kek spt barang permainan contohnya kek yg berbentuk jam bulat yg mempunyai mata & mulut tersenyum, kek keretapi yg mempunyai mata, kek kereta, kek badut & sebagainya.

13) Utk kek pilihan dewasa, sesuaikanlah dgn majlisnya. Kek lucu tidak sesuai dikenakan jika majlis berbentuk formal. Kek berbentuk hati @ cinta sangat sesuai utk anda menyambut hari kekasih, hari ulangtahun perkahwinan & sebagainya.

14) Utk hidangan org dewasa juga sangat sesuai menyediakan kek kecil spt muffin. Tetapi hiaskanlah muffin dgn sedikit bunga aising yg berwarna agar kelihatan lebih menarik.

15) Utk pilihan kanak-kanak, kek mufin juga boleh disediakan tetapi pastikan potongannya kecil & dipenuhi hiasan ceria spt coklat utk menarik minat mereka.

16) Ikatan reben pada sekeliling kek juga kelihatan lebih menarik & menyerlah.

17) Kek buah mungkin lebih disukai orang dewasa berbanding kanak-kanak. Buah-buahan campuran sangat sesuai dihiaskan di atasnya.

18) Hiasan aneka biskut di atas kek pula menarik minat kanak-kanak.

19) Penggunaan bendera dgn ucapan 'Selamat Hari Jadi' sangat sesuai ditegakkan sahaja di atas kek yg terlalu banyak hiasan.

20) Utk kek perkahwinan bertingkat, pastikan gubahan aising & corak hiasan sama bagi setiap tingkat kek & sesuaikan pada warna konsep asal majlis.

21) Kek bertingkat perlu diseimbang agar susunannya kemas & selamat utk mengelak dari risiko mudah terjatuh.

22) Penggunaan gelas bagi kek bertingkat juga memberi lebih keyakinan utk memastikan berat kek dpt diselia dgn baik.

23) Utk sambutan hari istimewa bagi dua org dewasa, sediakanlah kek bersaiz 1.4 kg sudah memadai.

24) Lenih istimewa lagi jika kek bersaiz kecil dibuat sendiri bercorakkan cinta agar sambutan majlis lebih bermakna lagi romantik.

25) Sekali-sekala biarkan anak-anak membuat sendiri dekorasi kek mengikut keinginan mereka.

Tip Mewarna Icing

HITAM:
Kombinasi royal blue + merah + oren + kuning lemon boleh menghasilkan hitam. Pewarna hitam sendiri tidak dapat menghasilkan warna hitam sebenar. Tip diberi dalam zatidhati fotopages adalah dengan mencampurkan warna cokelat ataupun cokelat emulco dengan warna hitam.

GOLD:
10 bahagian lemon yellow + 3 bahagian oren +
1 bahagian merah

COKLAT:
Merah + hijau dapat menghasilkan warna cokelat. Kadang-kadang warna hijau akan terlebih ton kerana asid dalam ising (jus lemon & cream of tar tar sebagai contoh), jadi elakkan penggunaan asid. Campurkan 1/4 sudu teh air ke dalam bancuhan warna sebelum dimasukkan ke dalam buttercream untuk menghapuskan ton hijau. Nak senang, gantikan aje penggunaannya dengan melted cooking chocolate ataupun serbuk koko.

MERAH:
Campurkan pewarna merah dalam buttercrean dan disimpan 24 jam sebelum digunakan. Disarankan semakin lama disimpan semakin terang warnanya.

UNGU:
Pastikan susu dicampurkan dalam pewarna untuk mengelakkan buttercream menjadi warna biru pudar.

PASTEL:
Campurkan 2 bahagian putih +
1 bahagian mana-mana warna pilihan

APRIKOT:
2 bahagian oren campur + 1 bahagian golden yellow

AQUA:
5 bahagian sky blue + 1 bahagian hijau daun/leaf green

AVOCADO:
4 bahagian lemon yellow + 1 bahagian leaf green +
sedikit warna hitam

BURGUNDY:
5 bahagian rose pink + 1 bahagian violet

CHARTREUSE:
5 bahagian lemon yellow + 1 bahagian hijau daun

RUST:
8 bahagian oren + 2 bahagian merah + 1 bahagian brown

COPPER:
1 bahagian golden yellow + 1 bahagian brown +
1 bahagian christmas red

CORAL:
3 bahagian rose pink + 2 bahagian lemon yellow

LAVENDER:
5 pink + 1 bahagian violet

SILVER/GRAY:
1 bahagian hitam + 1 bahagian biru

TURQUISE:
6 bahagian biru + 1 bahagian lemon yellow

TEAL:
9 bahagian sky blue + 1 bahagian lemon yellow

MAUVE:
5 bahagian rose pink + 2 bahagian oren + 2 bahagian merah +
1 bahagian hitam

PLUM:
1 bahagian violet + sentuhan christmas red

MAROON:
4 bahagian merah + 1 bahagian burgundy

MOSS GREEN:
3 bahagian lemon yellow + 2 bahagian violet

NAVY BLUE:
1 bahagian sky blue + 1 bahagian violet

GRAPE:
1 bahagian sky blur + 6 bahagian rose pink

Graduation Cake Mas

Hari ni Mas tamat belajar basic cake decorating...inilah hasil dia punyer Graduation Cakes...Base ialah Carrot Cake berserta dengan Cheese Frosting...manakala untuk bunga ros kami menggunakan resepi Wilton Buttercream Icing.

Thursday 21 August 2008

Rainbow Marble Pudding


Sumber : Blackmore

Bahan2nya

1 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
675ml air paip
180g gula pasir
65gm mentega
4 biji telur bersaiz sederhana
1/2 tin susu cair Carnation
1 sudu makan tepong custard
1 sudu makan serbuk koko - aku ganti dengan pewarna hijau
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya..

Caranya

Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.

Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...

Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 (aku gunakan mangkuk pyrex yang bulat)

Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.

Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Fudge Brownies

Sumber : Mak Lang

Ingredient
1 cup butter, melted
1 cup cocoa
2 cups sugar
1 1/2 tsp vanilla
4 eggs
1 1/3 cups flour
1 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 cup nuts or chocolate chips (optional)

Method

Mix cocoa in well with the melted butter. Add sugar, vanilla, and eggs, mixing well. Add flour, baking powder, salt, and nuts or chocolate chips. Pour mixture into a greased 9 by 13 inch pan. Bake in a preheated 350F oven for 25 - 30 minutes, until a toothpick inserted comes out almost clean, you do not want to overbake!

Wednesday 20 August 2008

Buttercream Susu Pekat Icing

Bahan-bahannya:

500 g krimwell
250 g shortening (resipi asal guna butter, tapi, saya nak icing putih, jadi ganti butter dgn shortening)
1/2 tin susu pekat (lebih-kurang 225g)
3 sudu makan membumbung gula aising yg telah diayak
1/2 sudu teh garam halus

pukul krimwell & shortening guna mixer (guna whisk, bukan k-beater) pada kelajuan tinggi sehingga kembang. perlahankan mixer, masukkan susu pekat , gula aising & garam. pukul pada kelajuan perlahan hingga semuanya sebati

Kek Coklat Kukus 5 Bintang

Sumber : Zaiima

Bahan-bahannya:

1 cawan Serbuk Koko
1 cawan Gula Castor
1 cawan Susu Cair
1 cawan minyak masak atau guna mentega, dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum /guna tepung kek
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh Ovalette
1 sudu kecil Esen Vanila

Campurkan koko, gula, susu cair, susu pekat dan mentega cair ke dalam periuk dan masak hingga semua larut. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.

Tepung, Baking Powder dan Soda dicampur dan diayak. Ketepikan.

Telur dipukul hingga kembang (dlm anggaran 10 minit pada high speed mixer) - jgn lupa masukkan ovalette dan esen vanila.

Campuran koko tadi digaul sebati dengan telur menggunakan whisker. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan whisker sahaja. Biar semuanya bergaul sebati. Tuangkan ke dalam adunan 3/4 penuh sahaja, kerana adunan akan naik. Tutup bekas dengan aluminium foil atau bungkus penutup kukus dengan kain bersih. Sejukkan kek terlebih dahulu di dalam bekas sebelum dikeluarkan.

Utk topping:-

1 tin susu pekat (boleh kurangkan ikut suka)
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko
Sedikit Garam

Semua bahan dicampur dan dikacau atas api kecil hingga pekat. Sejukkan dahulu sebelum dituangkan di atas kek.

Tuesday 19 August 2008

Carrot dan Walnut Cupcakes

Ini merupakan projek menghias cupcakes yang pertama. Aku membuat kek carrot dan walnut berserta cheese frosting. Cupcakes ni merupakan hadiahkan dari kami sekeluarga untuk kawan cik abang yang menyambut harilahir semalam.

Monday 18 August 2008

Kek Carrot 5 Bintang


Bahan
4 biji telur asingkan putih n kuning
1 1/2 cawan minyak jagung @ minyak sayur / butter dicairkan (Lagi sedap!)
200g gula castor
1 1/2 cawan carrot yang telah diparut

250 g tepung tepung gandum }
1 sudu kecil serbuk kayu manis } Ayak semua bahan
1 1/2 sudu kecil baking soda }
1 sudu kecil garam }

100g chop walnut cincang

Cara

Pukul kuning telur di dalam mangkuk dengan menggunakan pemukul telur.
Kemudian tambahkan minyak, gula, carrot. Gaul hingga sebati.
Kemudian masukkan walnut dan akhir sekali gaulkan ia ke dalam bahan-bahan kering menggunakan spatula kayu.
Pukul telur putih sehingga stiff and gaulkan ke dalam bancuhan kek.
Bakar pada suhu 180 C selama 45 min ( bergantung pada oven tersendiri)
Tips : bila dah masak dan cucuk dgn lidi tengok betul2, kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak pada lidi maksudnya kek belum masak betul, kena betul2 licin lidi tu baru masak.

Frosting

120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar

1. Pukul semua bahan hingga ringan dan kembang
(sumber Sifu Suria)

Puding Roti Pelangi

Bahan-bahan:
1 pkt agar2 (25g cap burung layang2)
1 ltr air
Gula ikut manis
Susu cair – I tin
7 kpg roti - gune roti yg dekat nak expired
1 biji telur
1 sudu kecik esen vanilla

Bahan tambahan:
1 sudu kecik esen strawberry
1 sudu kecik esen chocolate

bCara:

1. Blend roti, telur & susu + esen vanilla – sampai halus.
2. Lepas tu masukkan serbuk agar2, air and gula dalam periuk lain masak hingga mendidih (rasakan manis ikut tekak masing2 )
3. Masukkan adunan roti dan susu tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan.Masak sampai mendidih sket - keluar bubble2 kecik.
4. Lepas tu angkat and bahagikan 2 warna (merah & coklat), kalu yg merah tu bubuh skali esen strawberry and yg coklat tu esen coklat la....
5. Masukkan dlm loyang (masukkan sekali tak payah tunggu keras satu2..) - part yg nie boleh masukkan gune senduk (memule letak yg plain, pastu coklat last sekali merah - ulang sampai habis, baru dapat efek cam pelangi)

Sunday 17 August 2008

Fruit Picking at Garsons Farm, Esher

Garsons Farm mempunyai lebih 100 ekar ladang untuk pick-your-own (PYO) harvesting. Terdapat 40 jenis pilihan dan 5 jenis bunga yang boleh di petik sepanjang musim panas ini.

Kami memulakan aktiviti dengan ladang Jagung Manis...sajer nak bagi anak-anak mengenali pokok jagung dan merasa bagaimana memetik jagung di ladang. Jagung yang baru dipetik boleh dimakan terus dan rasanya lemak & manis.


Lepas tu anak-anak sibuk nak petik buah blackcurrant...tapi bila dimakan buahnya masam...kami batalkan hasrat nak petik buah tu...so pegi posing aje ler kat ladang tu...


Ni ladang yang paling digemari oleh anak-anakku...Strawberries....seronok depa memetik strawberries yang gemuk-gemuk tu sambil ngap.. hmmm sedap rasanya strawberries UK ni...manis...



Last sekali kami ke ladang epal..terdapat 2 jenis apple di sini iaitu Bramley (epal yang selalu digunakan untuk buat pie dan apple crumble) dan Katy..


Ni gambar apple jenis Katy...sedap makan apple yang baru dipetik..rangup dan manis...


Ni pula apple Bramley iaitu apple yang selalu digunakan dalam masakan.


My heroes sedang berposing di ladang apple...

Double Coklat Chip Cookies

Sumber : Chef khairi

Ingredient:
150g Salted Bulter
150g Brown Sugar
150g Castor Sugar
100g Egg
350g Flour
13g Baking Soda
200g Collata Dark Choc Chips (any choc chips)
150g Walnut
100g Dark Choc Compound (melted)

Method:
1. Blend butter, brown sugar & sugar until fluffy
2. Pour egg slowly
3. Add in flour, baing soda, choc chips, melted choc compound & walnut.
4. Take 10g each dough & arrange on baking greased baking tray
5. Bake 160C at 20 min
6. Dip in dark choc compound as decoration

Saturday 16 August 2008

Kek Oren

Sumber : Mamazieza

Bahan2nya

300 gm butter
300 gm gula
5 biji telur (guna 4 biji putih sahaja)
320 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar fresh orange juice
2 sudu besar sunquick (kalau takde pun takpe)
1 sudu teh orange paste
setitik warna kuning telur/oren(ikut suka arrr)
parutan kulit limau (zai parut 2 bijik) rasa2 ni tak derhaka

Cara Membuatnya:

Mula-mula putar butter ngan gula sampai kembang. Pastu masukkan telur satu-satu sampai kembang dgn high speed.

Masukkan tepung tadi... (ayak lerr dulu n gan baking poder tu), kaup rata..
masukkan segala jus tadi dan bakar sampai masak.....

Snickers Cheese Cake

Crust
* 150 gm Digestive biscuits, dihancurkan
* 70 gm Butter, dicairkan

Cheesecake Filling
* 500 gm cream cheese
* 1/4 cup castor sugar
* 2 (A) eggs
* 1tsp vanilla essence
* 3 snickers bar ( 1 batang dipotong 4 bahagian. kemudian dipotong kecik2)

Topping
Choc Ganache
* 150 gm whip cream
* 200 gm Dark Choc

* 100 gm peanuts, roasted, chopped

Caramel Sauce
* 1/2 cup brown sugar
* 1 cup whip cream (saya guna emborg. Brand lain ada guna tapi dia jadi cair sgt)
* 1 tbsp butter

Cara-cara

1. Prepare crust. Chill in fridge
2. Beat cream cheese and sugar
3. Add eggs and vanilla essence
4. Spoon enough cheesecake batter to cover the crust.
5. Place cut up snickers into cheesecake batter. Press it down to avoid air bubbles.
5. Spoon the rest of the cheesecake batter on top and bake150 C for 20-25 mins
6. Once cool place in fridge until ready to use
7. Prepare choc ganache. Double boil whip cream and dark choc until thicken
8. Prepare caramel sauce. Place brown sugar, whip cream and cook until thicken. Stir in butter. Let cool.
9. Remove cheesecake from fridge and let it come down to room temperature.
10. Spoon choc ganache and sprinkle with chopped peanuts
11. Then spoon caramel sauce on top.

Kek Butter Microwave

Sumber : manual microwave nasional

Bahannya
3 biji telur [180gm]
90 g gula
90 g tepung
2 sudu kecil susu segar]*satukan
15 g butter ]*
sedikit esen vanilla

Caranya
1. pukul sekejap telur didalam bekas yg bwhnya ada air panas,pukul dengan copstisk atau garfu.bile telur tu agak2 suam sekitar suhu 40 darjah.
2. selepas itu langkah 1,pukul pula dgn hand mixer sehingga kembang.
3. dlm bekas yg tahan microwave satukan susu n butter,panaskan dgn 500W selama 30-50 saat.
4. langkah 2,campurkan vanilla esen dan gandum gaul hingga sebati menggunakan spatula or senduk kayu.
5. langkah 4 dicampur dengan butter td.butter yg lekat n tak cair jgn dimasukkan.
6. langkah 5 masukkan dalm loyang saiz 7 inci yg telah dialas dengan kertas minyak.
7. langkah 6 goyang2 dan hentak2 sedikit.
8. microwave oven tak perlu dipanaskan dahulu,masukkan loyang td,kemudian set pada suhu 150 darjah selama 35-45 minit.
9. bila dah masak cucuk dgn lidi utk pastikan bhgn dlm masak betul2. apabila keluar dr oven jatuhkan setinggi 20cm ke lantai.sejukkan.

Kaswi Pandan

Bahan-bahannya:-

1 1/2 cawan gula.
5 cawan air
1 1/2 cawan tepong gandum
1/2 cawan tepong kanji/ubi
1/2 cawan tepong beras
3 sudu makan air kapur
Beberapa helai daun pandan
Pewarna Hijau.
Acuan/loyang disapu minyak sikit.
Kelapa parut dan Sedikit garam

Cara buatnya:

1. Masak gula pasir dengan 2 cawan air.
2.Blender daun Pandan dengan 3 cawan lagi air.
3.Campurkan air daun Pandan dan air gula kemudian bubuh pewarna.
4.Masukkan semua adunan tepong dan juga air kapur.
5.Kacau rata dan tapiskan adunan.
6.Kacau adunan tanpa henti atas api perlahan selama 5 minit.
7.Masukkan kedalam loyang atau acuan lompang.
8.Kukus sehingga masak.

(Note: Biasanya dlm acuan kecil macam ini kukus lebih kurang 10 minit dah masak. Kalau guna loyang kukus lebih kurang 35-45 minit)

Oh ya...dah masak gaul dengan kelapa parut yg telah digaul dgn sedikit garam.

Apam Indon

Bahan:

5 Biji Telur
1 sudu teh Ovallette
1/2 sudu teh essen vanilla
300gm tepong gandum
300gm gula castor
250ml santan (daripada 1 kotak santan)
1/2 sudu teh baking powder
sedikit garam
Tiga pewarna

Caranya:

1. Panaskan kukusan.
2.Sediakan loyang alaskan dgn kertas kek.
3.Masukkan telur dan ovalette ke dalam mixer pukul dgn kelajuan tinggi sehingga kembang
4.Masukkan gula sedikit demi sedikit dan kemudian masukkan esen vanilla.
5.Tepong dan baking powder diayak bersama.
6.Masukkan santan 1 kotak dlam measuring jug dan tambah sikit air hingga samapai 250ml dan tambahkan garam.
7.Perlahankan sikit kelajuan mixer dan masukkan adunan tepong sedikit demi sedikit diselang selikan dgn santan tadi. buatlah hingga habis dan sebati semuanya.
8.Kemudian bahagikan kepada 3 equal parts ..kita guna warna hijau,kuning dan merah.
9.Ratakan adunan pertama dalam loyang..kukus for 10 minit..lepas tu angkat kalau tak melekit kira masaklah dan curahkan adunan warna kedua....ratakan..dan kukuskan 10 minit..cara sama macam tadi..last sekali adunan ketiga curahkan dan kali ini biarkan lama sikit agak-agak dlm 25-30 minit ..api perlahankan sikit...Bila masak angkat...siap.

Puding Pelangi

[sumber Blackmore dari forum cari)

Bahan2nya
2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
1350 ml air
450 gm gula pasir
130 gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna (Kita guna hijau dan merah dan warna asal puding (dah kuning pun) )

Caranya
1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 4 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan hijau dan merah dan 1 mangkuk warna puding asal(tak dicampur sebarang warna)
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung pun boleh.
Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
6. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya . Biarkan ia sejuk dan keras barulah dipotong. (letak dalam peti aois lagi cepat dia keras)

Best Choc Moist Cake/Sugar syrup buttercream

From: Allrecipe.com

Ingredients :
1 cup margarine
1 3/4 cup sugar ( I used 1 1/2 cup)
3 eggs
2 1/2 cups multi-purpose flour
6 tblspn unsweetend cocoa powder
1 1/2 teaspn baking soda
1 1/2 cup fresh milk
1 1/2 teaspn vanilla essence
1 teaspn salt

Instructions :
1. Preheat oven to 175 Deg Cel.
2. Grease and line 9x13" pan ( I used 9" round pan)
3. Sift together flour, baking soda, cocoa powder and salt.
4. Cream together margarine and sugar until light and fluffy.
5. Beat in eggs one at a time, then stir in vanilla.
6. Beat in flour alternately with milk, mixing just until incorporated.
7. Pour batter into pan and bake for 40-45 mins. Allow to cool on a wire rack. Garnish as desired.

Topping Coklat {hanieliza]

BAHAN CREAM COKLAT:

250 gm cooking coklat
1 sudu besar majerin
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking coklat secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan sfresh cream/whipping cream dan majerin dan kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan atas kek dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.

Sugar Syrup Butter Cream
250 gm gula castor
1 cawan air
250 gm cream margarine
2 tsp vanilla

Masak gula dan hingga menjadi syrup.Pukul butter dan margarine hingga pekat gebu.Kemudian masukkan air gula dan ese vanilla dan pukul lagi sehingga halus da gebu.

Kek Coklat Lembab

(Sumber dari: Betty Saw)

180gm mentega
360gm gula halus
3 biji telur ayam grade A
1 sudu teh kopi segera (kita guna Nescafe)
1 sudu besar air panas
1 sudu teh esen vanila
1 cawan air

Disatukan dan diayak:

240 gm tepung gandum
75 gm koko serbuk
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh sod bicarbonat
1/2 sudu teh garam

Griskan tepi acuan kek segiempat sama saiz 20cm dan alaskan dasarnya dengan kertas minyak yang bergris.
Putar mentega dan gula halus sehingga ringan dan gebu.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukulnya.
larutkan kopi segera dengan air panas.Campurkan esen vanila dan masukkan dan masukkan lebihan air dan kacau.
Masukkan campuran kopi bersilih ganti dgn bahan diayak (sepertiga bahagian setiap kali) kedalam campuran mentega.Kacau rata-rata dan tuangkan adunan kedalam acuan.

Bakar didalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 175'C selama 55-60 minit.Biarkan kek sejuk di dalam acuan selama 20-30 minit,kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya diatas redai.

Untuk Topping:

150gm cooking chocolate
90 gm fresh Cream
30 gm mentega
2 sudu kecil gula (kalau suka)

Caranya:
Campurkan kesemua bahan didalam mangkuk cairkan mengguna teknik double boil.
Kacau rata selama 5-10 minit. Sapu atau tuangkan atas dan tepi kek.

Cake Icing:

Mentega - 100gm
Creamwell - 200gm
Gula 250gm -(didihkandgn sedikit air higga likat,sejukkan)

Pukul kedua-dua bahan hingga kembang dan masukkan air gula yang likat tadi sedikit-sedikit dan pukul lagi hingga jadi gebu dan ringan. Bolehlah dihias atas dan tengah serta sekeliling kek.

Apam Tepung Beras (Eno)

Sumber dari: Puan Norzailina Nordin

Bahannya:
2 1/4 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
2 cawan air
1 cawan nasi sejuk
1 paket eno
1 1/2 keping ragi

Caranya:
Letakkan ragi didalam tapis kecil/ayak.Hancurkan dan tabur pada nasi. Gaul rata.
letak dalam bekas bertutup dan simpan selama 24 jam(buat tapai) (Note nak sedap simpan sampai 3 hari pun boleh).Lepas tu campurkan nasi dengan gula,tepung beras
dan air hingga sebati. Biar selama 6 jam.Masukkan Eno dan kacau sebentar. Bubuh pewarna jika suka.

Panaskan Pengukus,letak acuan yang sudah dilengser didalamnya. Panaskan selama
2-3 minit kemudian tuangkan adunan apam ke paras 3/4 penuh. Tutup pengukus dan
biar masak hingga nampak kembang. Sajikan dengan kelapa.

Kuih Lompang versi 2

Kuih Lompang
Sumber: Aires (F&R dari Cari)

2 cawan tepung beras
2 sudu tepung kanji/ubi
1 cawan gula pasir
3 cawan air

daun pandan
pewarna

Kelapa Parut Putih saja

(Modified - Note: setiap kali buat kita akan bubuh air kapur 1 sudu kecil dalam adunan)
Rasanya lebih sedap bila ada air kapur sikit)

Caranya:
1 cawan air dimasak dengan gula campur daun pandan hingga larut.....sejukkan sebentar. Kemudian masukkan lebihan air tadi dan tepung..gaul hingga sebati.

Bahagikan kepada beberapa warna dan masukkan dalam acuan kecil.Kukuskan agak-agak dalam 20 minit atau sehingga masak kemudian angkat.

Friday 15 August 2008

Raspberry Cheese Brownies

Sumber: Amy Heng

Ingredients :

Brownies
315g unsalted butter (dice)
125g chocolate powder
270g castor sugar
300g raspberry jam or Strawberry jam
5 eggs (lightly beaten)
1 1/2 tsp vanilla essence
230g plain flour
1/4 tsp baking soda

Cheese topping
325g cream cheese ( at room temperature)
90g castor sugar
1 egg
1 egg yolk
1/2 tsp vanilla essence
160g fresh raspberries (optional, I omit this)

Garnishing ( I omit this)
Some chocolate cream
Some almond flakes ( toasted)

Method:
Brownies
1. In a saucepan, melt butter over low heat.
2. Add in chocolate powder and cook until mixture bubbles.
3. Removes from heat and stir sugar and jam.
4. Gradually, add in eggs and essence and stir until well combined.
5. Fold in flour and soda.
6. Pour batter into prepared cake tin. Meanwhile, prepare cheese topping.

Cheese Topping
1. Beat cheese and sugar until light and creammy.
2. Add in essence and eggs.
3. Place batter into a piping bag. Pipe batter over no.6 ( brownies batter).
4. Drop in raspberries/ strawberries ( optional).
5. Use a skewer or satay stick to swirl cheese mixture into the chocalate mixture to create a marble effect.
6. Baked for 40 minutes or until baked through.
7. Cut and serve brownies while still warm. Place a dollop of ice cream on top of brownies and top with sauce and almond flakes. Brownies can be stored in a air-tight container and kept chilled. Heat up in a microwave before serving.

Kek Coklat / Buttercream/Ganache

Kek Coklat Kukus

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula - gula pasir dikisar halus
1 cawan serbuk koko - boleh kurangkan kalau tak suka pahit
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
1 tin kecil susu pekat / kalau krimer pakai setengah tin saja
1 cawan air mendidih
5 biji telur
1 cawan minyak masak

Panaskan kukusan, ayak tepung, baking powder, soda dan serbuk koko.
Campurkan dengan gula, minyak, susu pekat, air panas dan telur, kacau
dengan senduk saja hingga semua sebati, tuang dalam loyang yang dialas dan
dilengser dengan butter, kukus selama 1-1 1/2 jam atau bila bilah penguji
kek keluar bersih. Semasa mengukus pastikan air kukusan ditambah dng air
panas. actually waktu kukusan bergantung kepada saiz loyang, loyang kecil,so masa kukusan dalam 30 ke 40 minit saja.
-------------------
Rolled Fondant

100 gm shortening (melt in warm temperature)
15 g gelatine powder ) steam until
60 g water ) dissolve
100 g liquid glucose
50 ml glycerina
750 gm - 1000 g icing sugar

Cara2
1. Steam (air & gelatin)
2. Bila cair, masukkan glucose
3. Bila glucose cair masukkan shortening - kacau hingga cair
4. Keluarkan mixture dari double boiler masukkan glycerine
5. Masukkan icing sugar (ayak dahulu) sedikit demi sedikit
6. Putar hingga mendapat doh yg diinginkan

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ----

BUTTERCREAM SUSU PEKAT

500 g krimwell
250 g shortening (resipi asal guna butter, tapi, saya nak icing putih, jadi ganti butter dgn shortening)
1/2 tin susu pekat (lebih-kurang 225g)
3 sudu makan membumbung gula aising yg telah diayak
1/2 sudu teh garam halus

pukul krimwell & shortening guna mixer (guna whisk, bukan k-beater) pada kelajuan tinggi sehingga kembang. perlahankan mixer, masukkan susu pekat, gula aising & garam. pukul pada kelajuan perlahan hingga semuanya sebati

---------------------------
Choc Ganache

1 liter non-dairy whipped topping (I used Anchor brand as it is certified halal by JAKIM)
1.4 kg cooking chocolate (chop into small pieces so that it'll melt faster)

Heat whipped topping in a heavy-based pot on low heat until tiny bubbles appear on the edges. Add in the cooking chocolate & continue stirring until all the chocolate has melted. Let cool (uncovered, at room temperature) overnight.

Thursday 14 August 2008

Mari Mendeko Kek

Hari ni aku mengajar Mas mendeko Lesson 1,2 dan 3...ni kursus express! Inilah hasil deco Mas yang kedua...



3 anak dara siap berposing ngan kek yang baru siap di deko...


Terdapat 2 orang lagi student cilik yang turut sama memeriahkan kelas pada hari ni...


Lepas Mas habis mendeko...kelas dibuka pula kepada student-student cilik ni...sukahati ko ler LABU nak buat bentuk apa...layannn..

Wednesday 13 August 2008

Dinner di Frangos, Hounslow

Malam ni...kami ke Hounslow untuk dinner di Frangos.. Makanan utama kat sini ialah Ayam Panggang macam Kenny Rogers tu...


Inilah juadah dinner kami...


Sebelum masuk ke Frangos ni..aku sempat singgah di kedai sebelah untuk beli Sos Cili Maggi ni..almaklum ler...kat UK ni...ada tomato sos jer...dan sos cili yang disediakan kat Frangos ni..tak kena pulak ngan selera aku...


Sebelum balik kami sempat lagi shopping buah-buahan...

Monday 11 August 2008

Rombongan Cik Kiah melawat Kilang Queen Anne,Wednesbury dan Bicester Village

Seawal pagi aku dah bangun menyiapkan sarapan untuk anak-anakku sebab ari ni aku nak join 'rombongan cik kiah' pegi Kilang Queen Anne di Wednesbury. Jam 8.00 pagi Mas dan Izan datang dan kami terus ke sana. Tepat pukul 12.00 tengahari rombongan Cik kiah tiba kat kilang tu...


Ni gambar kat dalam showroom kat kilang tu...masa kami sampai...stok dah tinggal sikit sebab kilang tersebut akan ditutup mulai minggu depan sempena summer holiday...


Ni pula gambar barang-barang Queen Anne yang aku borong ari ni.


Selesai memborong di Queen Anne kami singgah di Outlet Boundary Mill. Dekat 1 jam juga kami 'window shopping'..di sini...On the way balik kami singgah kat services untuk lunch...masing-masing kelaparan di tahap maksima...ni juadah lunch kami...Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah + Tiramisu.


Kemudian rombongan cik kiah singgah kat Bicester Village pula...first time aku datang sini...kebanyakan barangan disini adalah jenama terkemuka...dan harganya pun mahal juga..ramai orang-orang kaya dari Mesia shopping di sini...ari ni kami datang untuk menjamu mata je...

Jom kita tengok koleksi pinggan-mangkuk di outlet wegdwood ni...layannn....


s
Pilih 'cik kiah' pilih!...jangan balik nanti termimpi-mimpi pulak!...

Friday 8 August 2008

Chocholate Chip Almond Muffin

Sumber : rinchan

Bahan A (diayak)
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca teh garam

Bahan B (Dipukul hingga kembang)
2/3 cawan majerin
1 1/3 cawan gula castor
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar

Bahan C ( Digaul dengan sedikit tepung)
1/2 cawan choc chips
1/2 cawan kismis
1/2 cawan almond cincang (mklang tak letak)

* Sedikit choc chips dan almond slices utk ditabur atas muffin

Cara-cara :
1. Satukan A dan B. Kacau sebati. Masukkan C, Kacau guna spatula setakat sebati sahaja.
2. Masuk adunan ke acuan muffin 3/4 penuh. Tabur sedikit choc chips dan almond slices.
3. Bakar pada suhu 190 darj cel selama 25min -30min, bergantung kepada oven masing-masing

Strawberry Cheese Tart


Ingredients for Pastry: (Makes about 30 nos.)

100 gm. Butter
60 gm. icing sugar
30 gm. beaten egg
200 gm. Plain flour
1/8 tsp. salt
1/2 tsp. vanilla essence

Ingredients for Cream cheese filling:

300 gm. Cream cheese
80 gm. icing sugar
1 tsp. lemon paste
15 gm. vanilla essence
50 gm. whip cream
25 gm. cornflour - sieved
2 nos. large eggs

Some Strawberry Puree for topping

Method:

(1) Cream butter, icing sugar till slightly creamy.
(2) Add in beaten eggs, salt, and vanilla essence.
(3) Fold in flour and mix into a dough. Leave in the fridge for 20 mins.
(4) Press dough into tart mould and cut off excess dough.
(5) Bake the tart mould till half-baked and let it cool slightly.
(6) Cream cream cheese and icing sugar till creamy.
(7) Add in lemon paste and vanilla essence.
(8) Add in eggs one at a time , beating well after each addition.
(9) Add in whip cream and mix evenly.
(10) Pour filling into half-baked tarts, scoop a little blueberry jam topping on top of filling and then use a skewer to swirl into a marble effect and bake in preheated oven at 180C for 10 to 15 mins. or till set.
(11) Leave to cool before serving.