Sunday 31 August 2008

Pau


Dah lama anak-anakku request nak makan pau...so hari ni aku terlebih rajin so boleh ler membuat pau untuk mereka. Mulanya nak buat pau inti kelapa..tetapi last minit kena tukar inti ayam + mushroom sebab inti kelapa dah hangus kerana opie panaskan terlalu lama dalam microwave...disini aku letak resepi dari yani - myresepi..dan telah dicombine bahan-bahannya dengan resepi chef li....Best resepi ni...pau jadi lembut dan gebu...

** Resepi ni sesuai utk sesiapa yang susah nak cari tepung pau kat UK ni...

Bahan-bahan (20biji - berat 25g setiap biji)

* 300g tepung gandum
* 6g baking powder
* 2g garam
* 160g air suam
* 6g dry yeast
* 30g gula halus
* 18g lemak sayur (shortening - jenama trex kat tesco UK)
* 1/2 camt ovellete
* 1/2 bread improver

Cara-cara

1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin.
5. Timbang 50g setiap satu. Letakkan inti dan biarkan ia naik 2 kali ganda.
6. Untuk inti anda boleh letak inti kari ayam, sardin, kelapa, kaya atau apa-apa yang anda suka. Hari ni aku buat 7 biji pau berinti ayam + mushroom + sayur-sayuran dan 5 biji aku letak inti nuttela.
7. Bila pau dah naik 2x ganda...bolehlah dikukus selama 15-20 minit. Semasa mengukus dilarang membuka penutup kukusan kerana ini akan mengakibatkan permukaan pau berkedut.
8. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment