Friday 31 October 2008

Anakku jadi 'antu'

31 Oktober ialah Hari Halloween...kat sini depa celebrate Hari ni dengan macam-macam cara...anak-anakku pun sibuk merenggek nak jadi 'antu'...nasib ada kedai £1 so aku pun beli ler topeng2 ni...Ini ler rupanya 'antu-antu' tu...tugas depa malam ni...ialah bagi gula-gula kepada 'antu-antu' yang datang malam ini...tunggguuuu!!!

Monday 27 October 2008

Jamuan 3 in 1

Hari ni..tiba giliran aku buat open house cum farewell party...sajer aku pilih akhir bulan Syawal sebab nak buat sekali dengan majlis hari lahir Saiyyidi...senang sikit 3 in 1 gitu...

Menu hari ni...Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Opor Daging, Acar Tanjung Puteri dan Lemang. Desert Agar-agar Santan dan Puding Lemon hasil buatan sahabatku, Roha Longford. Ditambah pula dengan Roti Jala & Kari Ayam oleh Anizan Putney serta Kek Carrot serta Cheese Topping oleh Nor Croydon. Terima kasih daun keladi...next time boleh bawa lagi! Dengan adanya juadah-juadah korang...bertambah meriah ler juadah open house aku hari ni...Alamak! Gambar tak der ler...itu ler dok ralit melayan tetamu aku terlupa nak snap gambar makanan tersebut...so tak dapat nak tepek gambar kat sini..hu..hu..hu..


Ni..group pertama datang bertandang...Izan + Firdaus & co , Mas + Fadhil & co, Roha & Halim, Ros & co serta En. Bakar. Rumah aku kat UK ni..kecik so kena ler jemput tetamu ikut syif..kalau serentak tak muat ler pulak...


Group ke-2, Ratna & Jai serta Fauziah & Suami. Group ke-3 dari Homer Green...Kak Wan, Julia, Ena + Andy & Co, Suriani+Hanif & co. Group ke-4 dari Croydon, Zarina + Shamsul & Co.




Last sekali group terakhir dari Putney, Anizan + Faiz & co, Farid dan anaknya Aira serta Mazni + Kamal & co dari Slough.

Happy 9th Birthday...Saiyyidi!

Hari ni...genap umur anakku no-3, Saiyyidi 9 tahun...awal bulan dia dah sibuk suruh aku buat party untuk dia...nak jemput kawan-kawan satu kelas...so untuk itu aku buat Kek Padang Bola untuk dia (dia yang request ni...) tak cantik pun tak per...yang penting aku puas dapat mengembirakan hati anak-anak...


Ni pula kad jemputan harijadi Saiyyidi..


Ni rupanya Kek Padang Bola aku..dalam aku letak kombinasi Kek Butter dan Kek Coklat..Icing guna resepi Chef Celebriti..


Aku buat juga cupcakes tema bolasepak...Saiyyidi peminat Manchester United... budak-budak paling suka tengok cupcakes yang colourful ni...berebut-rebut nak satu!..


Happy Birthday to you..Happy Birthday to you..Happy Birthday to youuuuu...


Bersama kawan-kawan sekelas...semua lelaki...yang pompuan Saiyyidi tak jemput pun!???!!


Saiyyidi bersama dengan hadiah-hadiah yang diberi oleh kawan-kawannya dan sahabat-handai yang datang...

Thursday 23 October 2008

Decorated Cookies for Saiyyidi 9th Birthday

Hari Ahad ni...Anakku yang ketiga menyambut ulangtahun ke-9..so aku teruja untuk mencuba membuat cookies yang dihias dengan royal icing....so untuk projek decorated cookies pertamaku ini aku menggunakan resepi di sini.


Cookies ku yang telah siap dihias dan dibungkus untuk dihadiahkan pada kawan-kawan Saiyyidi hari Ahad nanti...

Monday 20 October 2008

Opor Daging

Sumber : Hanieliza

Bahan-bahannya:

1 kg daging [hiriskan nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan] / 1 tin santan
2 s/b kerisik
1 s/b gula perang atau gula merah
3 s/b rempah kari daging
1 s/k ketumbar ]
1 s/k jintan manis ]
1 s/k jintan putih ]digoreng hingga garing
2 bunga lawang ]dikisar halus dan gaul dengan rempah kari
1 batang kayu manis ]
3 cengkih & bunga lawang ]
3 keping asam keping
minyak, garam, gula dan serbuk perasa


Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan Mesin:

20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin & rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.
3. Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.
4. Masukkan santan dan biarkan reneh dengan api yg kecil sehingga mendidih dan daging lembut.
5. Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dan kacau lagi. Biarkan naik minyak.
6. Hidangkan dengan nasi putih/minyak atau ketupat atau pulut kuning.

Rumahku Syurgaku


Rumah Semi-D ni..kami beli awal tahun 2008. Sekarang ni dah siap 80%. Insya-Allah tahun depan kami sekeluarga dapat duduk di rumah baru ini. Sesiapa yang bercadang nak berjiran dengan aku bolehlah beli rumah kat sini.

Karipap Pusing Sedap & Inti Daging

Sumber : Mekarmewangi.blogspot

Untuk 60 biji

*Doh berminyak* :
80gm veg fat-(crisp n dry)
80gm margerin(stoke)
300gm tepung gandum

*Doh biasa* :
700gm tepung gandum
4 camb margerin
2 cwn air suam
2 camt garam
2 camt gula

Cara:

* gaul *Doh berminyak* sampai lembut & berminyak, bahagi 8 biji, bulat2kan
* gaul *Doh biasa* sampai lembut dan licin. juga bahagi 8 biji, bulat2kan
* bungkus *Doh berminyak* dgn *Doh biasa* cam dlm gambar. buat sampai habis.
* leperkan dan canai sampai nipis, bahagi 2. dan gulung.dapat 2 gulung.
* canaikan lagi, dan gulung lagi. dan potong 4.
* ambil 1 potong, canai nipis, isikan dgn inti dan kelim.


Inti Karipap Sedap

(Untuk 60 biji karipap)

Bahan:
600gm kentang - potong dadu
150gm carrot - potong dadu
500gm bawang besar- potong dadu
3/4 cwn daging - potong halus
3/4 cwn minyak
3 camb rempah kari
1 camb bawang putih kisar
2 camb gula
1 1/2 camb garam
1 asam keping

1. dlm kuali , panaskan minyak. masukkan potato & carrot. masak sampai lembut ,angkat. ketepikan.
2. kuali yg sama, masukkan bawang & bawang putih. masak sampai wangi & lembut. masukkan rempah kari. daun kari jika ada. dan masukkan daging. kacau kekejap. masukkan potato & carrot. kacau lagi.
3. masukkan gula & garam & asam keping. bila dah rasa. tutup api. sejukkan

Strawberry Chocolate French Maccaroons

Ingredients:

1 1/2 cups icing sugar
180 gm. ground almonds
3 large egg white = 100 to 120 gm.
1/8 tsp. salt
50 gm. fine sugar
a drop of pink colouring

Filling:

100 gm. dark chocolate - melted
75 gm. dairy cream
1 Tbsp. Strawpberry Jam
1/8 teaspoon of strawberry essence

Method:

(1) Mix icing sugar and ground almonds together till well mixed.
(2) Whisk egg white till frothy and then add in fine sugar gradually and continue beating till thick.
(3) Fold egg white with ground almonds mixture and the pink colouring.
(4) Put batter into a piping bag. Snip the tip and pipe into rounds onto a baking tray. Let it rest for 30 mins. before baking.
(5) Bake at 180C for about 15 - 20 mins. Macaroons are supposed to be baked till chewy soft and not crispy.
(6) Meantime, prepare filling. Melt dark chocolate with dairy cream over a pot of simmering hot water and stir till chocolate melts.
(7) Add in strawberry jam and mix till well combined.
(8) Spread filling onto macaroons and sandwich together.

Saturday 18 October 2008

Jom Beraya...Siri 6

Raya lagi!..Hari ni..aku dan Ros pergi beraya ke rumah Sham @ Mazni & Kamal di Slough. Menu yang Sham sediakan ialah Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Acar Timun, Lemang dan Kuih raya. Sori ler tak dapat nak tunjuk gambar sebab dok ralit makan tak sempat nak snap gambar.

Ni gambar kenangan bersama Sham yang berbaju kebaya warna peach tu..



Bersama ibah, ros dan Sham

Sunday 5 October 2008

Jom Beraya...Siri 5

Hari giliran beraya ke rumah Chef Jai dan Ratna...kali ni Chef Jai masak steak dan roast chicken...Sate, nasi impit+kuah kacang, nasi lemak + sambal sotong...bessttt!!!


Hmmm...sate pun ada....


Ni pula gambar kenangan bersama tuan rumah - Ratna (baju kurung oren tu)...


Tetamu lelaki yang hadir...


Lagi gambar tetamu yang hadir...

Jom Beraya...Siri 4

Pagi-pagi lagi kami sekeluarga konvoi dengan Ana & Famili beraya di rumah Shamsul dan Zarina di Croydon. Menu yang dihidangkan ialah Laksa Johor, Nasi Minyak, Lemang dan rendang (Import dari Malaysia gitu...) dan pelbagai jenis kuih raya...


Ni..antara kuih raya yang ada kat sini...


Tetamu lelaki bersama dengan Shamsul yang hensem berbaju Melayu peach tu..


Ni pula gambar kenangan dengan Zarina berbaju kurung oren...




Haa...yang ini...future pengantin...Yaya dan Aqsa...

Saturday 4 October 2008

Jom Beraya...Siri 3

Hari ni pula aku dan Ros beraya kat rumah 'Cik Kiah'..Izan dan Mas di Egham...Kami merupakan tetamu terakhir...Pelbagai jenis juadah Izan sediakan..antaranya Nasi Dagang, Laksa Johor, Nasi Impit + Kuah Kacang + Rendang, Popia Goreng serta macam-macam jenis biskut raya..homemade gitu! (sori ler tak sempat nak snap gambar)..Ni antara gambar makanan yang telah disajikan...


Aku sempat bergambar dengan Izan yang keletihan melayan tetamu...


Dari rumah Izan kami menuju ke rumah...Mas...kat sini aku cuma minum teh tarik special jer...nak makan pun perut dah full...so sembang-sembang sambil minum teh tarik. Banyak juga menu Mas hari ni..iaitu Roti Jala + Kari Ayam, Nasi Impit + Kuah Kacang + Rendang, Meehoon Goreng...

Friday 3 October 2008

Jom Beraya...Siri 2

Malam ini...ada tetamu datang beraya...iaitu Kak Ani & Famili serta Anizan & Famili...Menu untuk malam ni..ialah Soto Ayam, Nasi Impit + Kuah Kacang + Rendang, Kuih Cara Berlauk dan Tiramisu. Ni..adalah sebahagian juadah yang dihidangkan..


'Cik kiah' sempat berposing dengan Kak Ani dan Anizan...


Terima kasih Faiz dan Anizan..sudi datang ke rumahku...

Wednesday 1 October 2008

Jom beraya...Siri 1

Hari kami beraya kat rumah Kak Wan Husna di Homer Green. Kami pergi berlima jer...anak-anak tak ikut sebab depa semua pegi sekolah...Kak Wan masak Nasi Tomato, Rendang, Kurma dan pelbagai jenis dessert.


Gambar kenangan bersama tetamu yang hadir..


Aku, Ana dan Suriani (Isteri Haniff)...


Kak Wan, My hubby and Peter(Haniff)...