Saturday 31 May 2008

Picnic kat Dover - 31 May 2008


Today weather quite good..budak2 dah prepared nak gi fishing sian pulak..Semalam ayahnyer kerja sehari suntuk...mulanyer ingat macam tak jadi pegi jer..maklum ler takut ayahnyer tak cukup tidur!! Kul 11.30 pagi kami bertolak dari rumah bersama Baha & Ana Sekeluarga...Dipendekan cerita jam 2 petang kami sampai kat Dover..hilang nak fishing last-last kami lepak sambil makan nasi lemak kat tepi pantai tu..budak2 dah question bila nak tangkap ikan?..next time lah yer darling....!!???


After picnic we moving to Dover National Park..whilst enjoying the nature si toqi pulak kena kejar ngan kuda..tak cukup tanah lari..panic kejap...layannn!!!!...

Friday 30 May 2008

Doughnuts

Ingredients:
500g high protein flour
75g castor sugar
1 pkt instant yeast
8g salt
40g milk powder
3g baking powder
5g bread improver
1 egg
50g magerine
250 ml water

Put all ingredients except water in a mixer bowl. Mix them under medium speed till breadcrumbs mixture is formed. Slowly add water into it till a dough is formed. Knead till the dough becomes elastic and does not stick to the mixing bowl. Take out and rest for 10 minutes.
Punch the dough to let the air out. Divide the dough to small round shape - 50g each. Rest another 10 minutes. Roll out and shape. Proof it till becomes double in size.

KEK BUAH KUKUS (Chef Asmah Laili)

Bahan2 A :-
500 gm mentega
350 gm gula kaster
6 biji telur

Bahan2 B :-
500 gm tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh serbuk buah pala
500 gm mixed fruits
50 gm candied orange peel
50 gm ceri merah
50 gm ceri hijau

Bahan2 C :-
250 gm gula pasir - dijadikan gula hangus

Cara2 :-
Sediakan loyang (ikut resipi asal leh guna loyang 13 x 13. gris sekeliling & alas dgn kertas kek). Ketepikan.
Sediakan kukusan.
Ayak tepung gandum, soda, cream of tartar & serbuk buah pala bersama. Ketepikan.
Pukul mentega & gula caster hingga kembang/gebu. Masukkan telur satu persatu & pukul lagi hingga rata & kembang.
Bila adunan bahan2 (A) dh cukup kembang, gaul rata semua bahan (B). pastu masukkan bahan2 (B) tu dlm bahan (A) & kaup hingga rata.
Tuang gula hangus & segera kacau hingga rata (NI KENA BUAT CEPAT2 SUPAYA GULANYA X SEMPAT JADI BERKETUL2 DLM ADUNAN TU)Bila dah sebati semuanya, tuang dlm loyang, tutup longgar2 dgn kertas timah & kukus atas api sederhana selama 4 jam (saya kukus 2 jam je sebab dh ngantuk teramat...hehehe!!).
Bila dah siap, sejukkan atas redai kek sebelum dihias ikut citarasa.

Thursday 29 May 2008

Wednesday 28 May 2008

Kuih Lapis


Bahan-Bahan:
150g tepung beras
30g tepung Hoon Kwee
400 ml santan kotak }
160 ml air } disatukan

Untuk Sirapnya
180g gula kaster
150ml air
¼ sudu teh garam
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara:
Masak gula bersama air & daun pandan di dalam periuk hingga gula larut dan mendidih. Sejukkan.

Satukan tpg beras dan tpg Hoon Kwee ke dalam mangkuk besar. Tuangkan campuran air + santan sedikit demi sedikit ke dalammya dan biarkan selama 30-40 minit. Kemudian masukkan garam dan kacau rata. Akhir sekali masukkan sirap. Tapis adunan jika perlu.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dibiarkan putih manakala dua bahagian lagi diwarnakan merah dan hijau.

Panaskan kukusan dan masukkan loyang bulat 9” yg telah digris dgn minyak ke dalamnya dan biarkan 4-5 minit. Kemudian, tuangkan 4 senduk lauk adunan plain (kira-kira 150-160 ml) ke dalam loyang tadi. Kukus sehingga 5–6 minit atau hingga lapisan masak. Setelah itu, tuang pula adunan merah dan selepas itu warna hijau dan kukus lagi. Ulangi proses ini berselang-seli warna sehingga selesai.
Setelah lapisan akhir masak, teruskan mengukus selama 12-15 minit lagi. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum memotongnya.

Tuesday 27 May 2008

Tiramisu'

Hari ni teringin nak makan Tiramisu. Resepi ikut dalam buku 'Desert All Around The World'. So tementelah last week Opi dah buat kat sekolah so..biar dia aje yang membuatnya. Aku jadi supervisor sajer..Macam ni..resepinya..


Bahan-bahannya:
200g cream cheese
1/2 cup icing sugar
100ml strong coffee chilled
1 1/2 cup double cream
15 keping lady finger biscuit
50g grated chocolate
cocoa powder for dusting

Cara membuatnya:
1. Gris loaf tin dengan clear film. Celup 1/2 biscuit dengan air kopi dan susun dalam loyang. Susun 6 keping biskut.
2. Pukul cheese dan gula icing hingga sebati.Kemudian masukkan double cream dan pukul lagi selama 3 minit.
3. Sudukan cream cheese ke atas biskut tadi. Kemudian buat 1 lapisan biskut di atas cream cheese tadi. Dan masukkan baki cream cheese ke atas lapisan biskut yang ke dua.
4. Taburkan dengan cocoa powder dan grated chocolate. Chill for 3 jam. Enjoy!

Monday 26 May 2008

Pizza Malaysia

Hari ni..projek membuat pizza Malaysia dengan Sauqi dan Saiyyidi. Resepinya seperti kat paket mauripan tu...

Bahan untuk doh :

250g tepung gandum
1/2 paket mauripan
2 camt gula + 1 camt garam + 150g air - dicampurkan
2 camb shortening

Toppingnya:

1 tin tuna
sedikit mayonis
mushroom yang telah digoreng sedikit dengan butter
Sosej - dipotong ikut suka
Udang - yang telah dimasak sedikit
Cili sos - ikut suka
cheese - ikut suka nak banyak mana

Cara-caranya :

Campurkan tepung dan mauripan. Masukkan air dan uli hingga adunan tidak melekat kat tangan. Aku guna pembantuku (Kenwood Chef)...jimat tenaga. Perap adunan sehingga naik 2 kali ganda. Lenserkan acuan dengan butter. Kemudian masukkan adunan tadi dan leperkan mengikut ketebalan yang dikehendakki. Taburkan topping ikut kreativiti masing-masing dan bakar lebih kurang 30 minit. Hmmmm yummy!!

Info Mengenai Jenis Tepung

TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE
Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.TEPUNG ROS
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum.

TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.

Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG OPTIMA
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.

TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).

Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.

TEPUNG NAIK SENDIRI?

Apa yg dimaksudkan dgn tepung naik sendiri dan gula kastor?
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

TEPUNG ROSE?

Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

TEPUNG HONGKONG?

Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour sejenis tepung yg
sangat putih, digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek/biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (berkutu/berkulat). Oleh kerana faktor inilah juga maka ia tidak dijual di pasaraya. Jika anda ingin membuat kuih pau, boleh gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lainnya) walaupun hasilnya mungkin tidak sama tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG GLUTINOUS RICE ?
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.

TEPUNG KEK ?
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

TEPUNG OPTIMA ?

Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

Tetapi dalam resipi Kek Marble Blackmore ia adalah salah satu bahan yang kita gunakan untuk buat kek tersebut. Berbanding dengan Kek Marble yang hanya menggunakan tepung gandum/ tepung naik sendiri sahaja, kek marble yang menggunakan tepung optima ini lebih gebu dah halus hasilnya.ila kita ke kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek seperti Bake with Yen di Malaysia misalnya, ia juga dapat digantikan dengan tepung sponge cake mix yang telah sedia ada. Anda boleh beli ready made sponge cake mix, perasa original dan gantikan dengan tepung optima.

Brownie versi 3


250gm butter

1 1/2 cup of sugar

4 eggs

2 tsps of vanilla essence

1/2 tsp of baking powder

1 cup of plain flour

3/4 cup of cocoa powder

1/2 cup of chopped nuts

1) Melt butter over slow fire, turn off the fire and add sugar. Mix with whisk.

2) Add in the eggs and vanilla, continue whisking.

3) Add in flour together with baking powder and cocoa and mix well.

4) Add in nuts ( you can also add in chocolate chips into the batter or sprinkle sliced almonds on top of the batter before baking )

5) Pour into a lined tray ( 12" x10") and bake in a preheated oven for 25 - 30 minutes at 180degrees celcius.

BAHAN CREAM COKLAT

250 gm cooking chocolate
1 sudu besar marjerin
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:

1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil

2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan marjerin

3. Kacau sehingga sebati

4. Tuangkan atas kek dan hiaslah mengikut citarasa sendiri

Brownie versi 2

Bahan A (Kacau sebati semuanya)
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan brown sugar (atau guna 1 cup castor sugar + 1 cup brown sugar)

Bahan B (Pukul sedikit)
2 biji telur
1 camca teh esen vanilla

Bahan C (Ayak 3 kali)
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bicarbonate

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 175 drj cel.
2. Alas loyang 10" x 10" dengan grease proof paper. Atau guna A4 paper putih. Juntaikan sedikit kertas di dua belah tepi yg bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
3. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A. Gaul sebati.
4. Masukkan Bahan C dan gaul rata.
5. Gaulkan walnut dgn sedikit tepung dan masukkan dlm bancuhan. Gaul rata.
6. Ratakan adunan dalam loyang dan bakar selama 45min - 50min.
7. Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong segiempat dan hiaslah ikut citarasa.

Krim Coklat:
250gm cooking chocolate bar
1 sudu besar butter
1 sudu kecil susu cair

Cara-cara:
1. Panaskan coklat secar double boiler.
2. Bila coklat cair, padamkan api. Terus campurkan butter dan kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacu hingga sebati. Salut pada kek dan hias ikut citarasa.

Murtabak Lapis Krim Kraker

Bahan-Bahan

600 gm daging cincang
3 ulas bawang putih }
2 cm halia } kisar/tumbuk
4-5 sudu makan rempah kari daging
(Gaul semua bahan di atas dan perap sebentar)

3 biji bawang besar (potong dadu)
3 sudu makan minyak
garam secukup rasa

Cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang dadu hingga separuh layu. Masukan perapan daging tadi. Bubuh garam dan masak hingga daging kering sedikit. Bahagikan kepada 5 bahagian.

45 keping biskut krim kraker
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air

secukup daun sup/ daun bawang (potong kecil2)
3 batang lada merah (dihiris)
3 batang lada hijau (dihiris)
150 gm keju parut (optional)
10 biji telur (bubuh sedikit garam, dikocok sedikit)

Cara:

Siapkan loyang berukuran 8”x8”. Alaskan dasar loyang dan sekelilingnya dgn kertas kalis minyak (grease-proof) ataupun aluminium foil. Kemudian sapukan dgn mentega.

Satukan santan, susu cair dan air di dalam periuk dan panaskan di atas api. Ambil 9 keping biskut dan celupkan sebentar di dalam campuran santan/susu cair tadi. Jangan terlalu lama agar biskut tak terlalu lembik dan pecah. Setelah itu, susun biskut tadi ke dalam loyang hingga menjadi satu lapisan rata.

Taburkan satu bahagian daging dgn rata ke atas lapisan pertama biskut tadi. Bubuh sedikit lada merah, lada hijau, daun sup/bawang dan sedikit keju parut. Akhir sekali jiruskan sedikit telur rata-rata ke atasnya. Buatlah begini sehingga lapisan ke lima. Jiruskan lebihan telur rata-rata ke dalam lapisan biskut2 tadi. Biarkan sebentar (abt 5-10 minit) sebelum dibakar dalam oven dgn suhu 170 C selama kira-kira 40 minit. Biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.

Karipap Sardin / Telur

Kulitnya

400 gm tepung gandum
2 sudu makan majerin planta
40 ml minyak masak di panaskan
150 ml air hangat
½ sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)

Cara:

Masukkan tepung ke dalam sebuah mangkuk besar. Tuang kedua minyak & majerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit, sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Buatlah bebola-bebola mengikut saiz yg anda perlukan. Kemudian canai, bubuh inti dan kelim kemas-kemas. Goreng dgn kaedah terendam (deep frying) dgn api yg sederhana. Angkat dan toskan atas kertas serviette.

Inti Sardin
1 tin sardin (kalau nak sedap, gunakan Ayam Brand)
3 biji bawang besar (hiris)
2 sudu makan cili kering kisar
1 batang cili merah (hiris)
1 batang cili hijau (hiris)
½ sudu teh gula
secubit garam
jus dari ½ biji limau kasturi
2-3 sudu makan minyak utk menumis

Cara:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis separuh dari bawang hiris. Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga garing. Masukkan pula sardin dgn sedikit jer sos tomatonya, lebihan bawang hiris tadi dan juga cili hijau dan merah. Kacau rata tapi pastikan ikan jgn terlalu hancur/lumat. Biarkan kasar-kasar sedikit. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat dari api.

Inti Telur

1 biji telur
1 biji bawang besar
sedikit hirisan cili merah & cili hijau
secubit garam & serbuk lada putih.
(Kacau semua bahan2 di atas)


Cara Membuat Epok-Epok Telur

Ambil satu bebola adunan yg besar dan canai leper membulat. Buat lagi utk bebola yg kedua. Ambil satu piring yg agak mungkum (gunakan saiz yg sama dgn lebar adunan yg telah dicanai tadi). Ambil satu adunan kulit epok-epok yg telah dicanai tadi dan taruk atas piring yg digunakan. Bubuh inti telur yg telah disiapkan. Ambil adunan kulit epok-epok yg kedua dan tutupkan dgn teliti ke atas inti telur tadi. Cantumkan kedua-dua kulit epok-epok itu dgn kemas dan kelimlah sekelilingnya. Goreng dgn minyak yg banyak. Setelah nasak, angkat dan toskan.

Biskut Gajus Rangup


Bahan-bahan:

2 biji kuning telur
190 g gula halus
280 g mentega
320 g tepung gandum
120 g gajus } dipanggang kemudian dikisar halus
1/4 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit gajus di belah 2 } utk hiasan
1 biji kuning telur } utk sapuan - tambah 1 biji lagi

Cara membuat:
Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla, kacau sebati.
Tepung gandum diayak bersama serbuk penaik.
Masukkan campuran tepung dan serbuk gajus ke dalam adunan, kacau sehingga menjadi doh yg sebati
Canaikan doh setebal 1cm kemudian terapkan menggunakan acuan yg digemari
Letakkan gajus diatasnya kemudian sapu dgn kuning telur
Bakar di dalam oven sehingga masak.
Sejukkan di atas rak wayar kemudian simpan di dalam bekas kedap udara.

Carrot Cheese Cake

Bahan A
125 gm cream cheese - dilembutkan pada suhu bilik
150 gm mentega - dilembutkan pada suhu bilik
230 gm gula castor
5 biji telur

Bahan B
230 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder - kedua bahan ini diayak

Bahan C
50 gm parutan lobak merah - perah buang airnya
1 sudu teh esen vanila

Cara menyediakannya
Panaskan suhu pada 170'C.
Putar bahan A hingga ia menjadi berkrim. Masukkan gula castor dan putar hingga ia kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga ia gebu. Tuangkan bahan B sedikit demi sedikit menggunakan kelajuan perlahan sahaja. Masukkan parutan lobak merah dan esen vanila.
Bakar secara bain marie (iaitu meletakkan bekas kek di dalam bekas yg berisi air) selama 60 minit @ sehingga masak.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong

Kaswi Pandan



Bahan-bahan

Bahan A

100 g Tepong Ubi
300 g Tepong Gandum
1 st Air Kapor
1400 ml Air

Bahan B

450 gm Gula Pasir
300 ml Air + 10 helai daun pandan - Kisar dan ambil jus pandan
* Masak dan tapis
Kelapa parut putih(kukus ngan sedikit garam)

Cara Menyediakan
Cara:
1. Campurkan A & B dan tapiskan.
2. Masak secara double boil hingga pekat
3. Bila masak letakkan dalam loyang & ratakan
4. Kukus loyang 10" x 10" selama 20 minit.

Suji Gajus


Bahan-Bahan
160 gm gajus - panggang dan kisar kasar-kasar
300 gm gula halus
430 gm tepung gandum - ayak
Secubit garam
Minyak sapi - ikut lembut yang di kehendaki

Cawan kertas - secukupnya.

Hiasan
Gula aising - secukupnya
Kacang Gajus - secukupnya. Panggang dan kisar halus.

*Satukan dan gaul gula aising dan kacang gajus.Lalu ayakkan di atas kuih yg telah sejuk.

Cara - caranya:
Dalam sebuah mangkuk satukan tepung,gula,garam dan gajus yg di kisar kasar.
Gaul kesemuanya agar sebati.
Lalu masukkan sedikit demi sedikit minyak sapi.
Gaul adunan hingga menjadi doh yg lembut, yg mudah di bulat-bulatkan.
Masukkan ke dalam cawan kertas yg kecil dan di susun di dalam dulang pembakar.

Panaskan ketuhar anda pada suhu 160c dan bakarlah selama 20 minit atau sehingga masak.

Bila dah siap bakar..biarkan kuih sejuk seketika sebelum anda ayakkan campuran gula aising dan gajus.Simpanlah dalam balang yang kedap udara.

Cream Puff

Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil. Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan(jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.

Krim Kastad
3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

Nota:
Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

Pandan Coconut Blossom

Bahan-Bahan
3 butir telur ayam sejuk
270gm gula halus
300gm tepung hongkong
150ml santan
30gm air daun pandan
21/2 s/teh baking powder
1 s/mkn ovalette
Sedikit perwarna hijau
Secukup mangkuk kertas dan acuan kuih lompang atau acuan tin yang kecil-kecil

Bahan Inti
240gm kelapa parut putih
120gm gula melaka
30gm gula pasir
60 ml air
1 s/mkn tepung jagung
2 helai daun pandan

Cara-caranya:
Semua bahan di satukan, kecuali warna hijau. Pukul sehingga pekat.
Barulah di masukkan warna hijau dan kacau sehingga rata.

Masukkan satu sudu makan adunan kedalam mangkuk kertas dan letakkan sedikit inti di tengahnya.
Timpakan diatasnya satu lagi sudu makan adunan kemudian masukkan ke dalam acuan lompang.
Kukus selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak.
Setelah masak, keluarkan dari kukusan dan sejukkan.

Cara untuk inti:
Masukkan gula melaka, gula pasir, tepung jagung, daun pandan dan air ke dalam periuk.
Masak sehingga mendidih. Masukkan pula kelapa parut dan kacau sehingga rata.
Masak dengan api yang sederhana sehingga kering.

Kuih Pau

Bahan-bahan

1kg Tepung pau
8gm yis kering
18gm Baking powder
100gm Gula
30gm shortening
10gm bread improver
500gm air

Cara membuatnya

Gaul semua bahan kering di dlm mesin penguli....masukkan air dan uli hingga gula dan yis hancur. Pastu masukkan shortening dan uli lagi hingga lembut.
Bentukkan doh kecil2..kalu nak sama besar..kena timbang ler doh2 kecil tu...
Pastu masukkan inti dlm doh kecil tadi dan peram lebih kurang 20-25minit..(bergantung pd suhu bilik)
Baru ler di kukus selama 8-10minit

Sunday 25 May 2008

Bingka Ubi Kayu

Bahan-Bahan:

2 kg ubi kayu - diparut dan disejat
300 g gula pasir
1 camca teh garam Sedikit pewarna kuning, jika perlu
2 biji telur, dipukul sebentar
500 ml santan daripada 1 biji kelapa

Cara:

Masukkan ubi kayu parut di dalam mangkuk. Kemudian masukkan gula pasir bersama garam, pewarna kuning (jika perlu) dan telur. Kacau hingga ia sebati. Masukkan santan, kacau hingga ia sebati dan tidak berketul-ketul. Lengserkan sedikit minyak masak pada loyang bakar dan tuang bancuhan ke dalamnya. Bakar ia pada suhu 300'C, 30 minit atau hingga permukaannya kekuningan. Biar ia sejuk sebelum dipotong.

Kuih Lompang (Rozzan)

Ingredients:
110 gm tepung beras
80 gm tepung ubi
200 ml air
(Satukan dan gaul rata)

250 gm gula pasir
200 ml air
2 helai daun pandan
(Didihkan atas api sehingga gula larut, sejukkan sebentar)

½ biji kelapa parut
(bubuh secubit garam, gaul & kukus sebentar)

Cara:
1) Satukan tepung beras dan tepung jagung. Masukkan air lalu dikacau rata. Ketepikan.

2) Masak gula bersama air dan daun pandan sehingga gula larut. Biarkan sejuk sebentar. Kemudian masukkan air gula ini ke dalam bancuhan tepung tadi, dikacau rata lalu ditapis.

3) Letakkan acuan kuih lompang (Chinese teacups) ke dalam kukusan. Biarkan air dalam kukusan itu mendidih. Setelah itu, tuang adunan kuih ke dalam acuan-acuan tadi sehingga 3/4 penuh. Kukus selama 8 to 10 minit. Bila dah masak, keluarkan.

4) Masukkan acuan kuih yg baru dan ulang proses mengukus sehingga adunan selesai. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut.

Chocolate Moist Cake

Hari ni anak-anak dah mula cuti sekolah 1 minggu...so toqi request nak makan kek coklat...hari ni nak mencuba resepi dari blog Misliha..resepi yang simple untuk dicuba..dan yang penting sekali..sedappp!!

BAHAN-BAHANNYA:

250gm butter
300gm castor sugar
1tbsp ovellate
6 biji telur

250gm tepung ]
2tsp baking powder ] ayak semua bahan
1½tsp soda bicarbonate ]

PASTE

1 cawan coco powder
1¼ cawan air
60gm castor sugar
1tbsp nescape - optional

TOPPING CAKE

300 gm Cooking Chocolate
200 gm Whipping Cream
1 tsp butter

CARA-CARANYA

• Pukul butter + castor sugar + ovellate sehingga kembang masukkan telur satu persatu
• Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate + baking powder
berselang seli dengan paste
• Baker 170 selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 bergantung pada oven masing-masing

Saturday 24 May 2008

Wall Lamp from Laura Ashley


Preparation for rumah baru...
Balik rumah tadi...tengok ada parcel dari Laura Ashley...excited bukak kotak nak tengok wall lamp tu...cantik wooo!!...tak sabar nak pasang kat rumah baru nanti...hmmmm...harap-harap pemaju dapat menyiapkan rumah aku tu..hujung tahun ni..kalu tak....terpaksa ler cari rumah sewa untuk sementara...or another choice...minta kuarters???? boleh dapat ker???

Friday 23 May 2008

Puding Roti


Bahan-bahannya
10 keping roti, dipotong kiub
¼ cawan majerin, dicairkan
½ cawan kismis
1 sudu teh serbuk kayu manis - Jika tak suka jgn letak
4 biji telur
¾ cawan gula
2 sudu teh esen vanilla
½ sudu teh garam
3 cawan susu yang telah dipanaskan

Cara-caranya
1. Panaskan oven pada suhu 190’C.
2. Dalam mangkuk yang besar, campurkan roti, mentega cair, kismis dan serbuk kayu manis. Gaul hingga sebati dan masukkan kedalam loyang pembakar.
3. Menggunakan bekas mangkuk tadi pukul telur. Masukkan gula, esen vanilla dan garam. Kacau sehingga gulanya larut. Masukkan susu panas perlahan-lahan dan kacau hingga sebati. Tuang adunan telur ini diatas roti dan taburkan dengan serbuk buah pala. Ketepikan untuk 5 minit supaya cecair meresap kedalam roti.
4. Bakar didalam oven selama 25 – 30 minit, atau sehingga lidi pengguji bersih menandakan pudding roti telah pun masak.

Santai - Eden Project, Cornwall


Thursday 22 May 2008

Shopping di Walthamstow Market - 22 /5/08

Hari ni lepas hantar sauqi dan saiyyidi pegi sekolah 3 mak dara memulakan perjalanan ke Walthamstow Market. Dari rumah aku kira-kira 1 jam perjalanan...campur traffic jam lagi...At last pukul 11.00 pagi kami sampai...kat market tu..

Hari ni weather cantik so ramai orang berniaga..seperti biasa kedai M&S yang kami tuju dulu..so dapat ler beli 2 seluar slack M&S dan Ana dan Ros beli skirt labuh..'untuk pakai kat rumah!??'. Aku beli blaus BM...hmmm...frust balik rumah terus sarung...ngam-ngam jer...boleh ler pakai tapi tak selesa...nak tukar jauh pulak nak pegi..jawabnye kena sedekah kat sapa-sapa yang muat...ina...ateh..berkenan tak???


Pastu jalan-jalan aku terjumpa cadar ni...warna favourite tu..biru!!...rega?? murah jer £15.00. Yang aku suka dia 100% cotton pastu cadar tu ada 2 pieces sekali dengan duvet serta 2 sarung batal...tanpa berfikir panjang aku terus jer beli...


Kalu dah datang sini aku memang giler memborong buah-buahan, sayur-sayuran..murah giler..seme item 1 bakul £1.00..Ari ni aku beli anggur hijau 4 pek £1.00...kalu kat Tesco 1 pek tu dah £1.50...hmmm...murah tak????

Wednesday 21 May 2008

Roti Mixed Vegi


BASIC BREAD RECIPE (Diana olah dari resipi asal Roshayati)

Bahan A
440 gram tepung roti/ high protein flour
60 gram tepung superfine
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram (2 sudu besar) susu tepung
1 sudu teh bread improver super tex (rotitex)
4 sudu teh (1 paket) yis kering

Bahan B
250 ml air
1 biji telur (pukul sikit)

Bahan C
80 gram shortening

Cara-caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak.

Nota: Untuk buat Mixed Vegetable Bread - 70 gram dan untuk Sardine Buns - 50 gram. Diana juga masukkan kesemua bahan dalam breadmachine dan tekan DOUGH untuk menguli adunan roti.


MIXED VEGETABLE BREAD

INTI SAYUR CAMPURAN
sayur campur
crabstick, disiat-siat
mayonnaise

Bahan diatas digaul rata. Roti yang telah dibentukkan disapu dengan 1 biji telur yang telah dipukul dan dicampur dengan 1 sudu besar susu segar. Kemudian bakar setengah masak. Keluarkan dan letakkan mixed vegetables filling diatas roti dan juga sapu sedikit lagi bancuhan telur ditepi roti. Sambung bakar sehingga warna serata. Bila roti telah masak, keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega. Ini supaya roti lembut. Kemudian pipekan sos cili dan juga mayonnaise. Masukkan kedalam oven selama 1 minit dan keluarkan. Sedia untuk dihidang.

Untuk sos cili, D gunakan sos cili Maggi yang D bancuh dengan air panas dan tambahkan dengan sedikit gula. Agar sosnya tidak terlalu pekat.


SARDINE BUNS

1 tin sardine, ambil isinya sahaja dan sedikit sosnya
1 biji bawang besar, didadu
5 biji cili padi thailand, dicincang halus

Kesemua bahan diatas digaul rata. Bila roti telah pun diperap dan naik dua kali ganda sapukan permukaan roti dengan bancuhan telur dan susu segar. Kemudian boleh letakkan sardine diatasnya dan bakar dalam ketuhar sehingga roti masak. Kemudian boleh disapu dengan mentega dan paipkan mayonnaise jika mahu.


BASIC BREAD RECIPE
Sumber: Roshayati Johari

A
500g tepung roti/high protein flour
100g gula
1 camt garam halus
30g susu tepung
1 camt bread improver (optional)
1 camt bread softener (optional)
4 camt yis kering
Gaul bahan di atas sebati

B
250 ml air
1 biji telur kecil (pukul sikit)

C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.

Caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak.

Mee Rebus (Blog Diana)

MEE REBUS KELUARGA DIANA

Bahan-bahannya
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua


Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Kek Pisang


Bahan2:

2 cwn Tepung Naik sendiri
1 cwn gula
1 cwn Minyak masak
4 biji telur
5 biji pisang
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam

Cara-caranya:

Pukul Telur dengan gula sampai kembang. Masukkan pisang ke dalam adunan telur dan gula dan Pukul sampai semua pisang hancur. Masukkan Tepung yg dah diayak dengan Baking soda ,garam.Last sekali masukkan minyak. Kemudian Masukkan kedalam Loyang dan
bakar

Kek Chiffon Pandan Versi 2

Kek Chiffon Pandan

Bahan-bahannya.

A
7 biji putih telur
3 oz gula halus
1 sudu teh cream of tartar

B
7 biji Kuning telur
4 oz gula halus
7 oz tepung naik sendiri
3 oz minyak masak
3 oz air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk santan
1 sudu kecil perisa pandan
sedikit pewarna hijau

Caranya:
1) pukul bahan A sampai bertanduk (jangan letak gula berlebihan nanti putih telur susah nak ringan)Ketepikan.
2) Pukul semua bahan B kecuali tepung naik sendiri.selepas semua sebati masukan tepung dan pukul lagi,lepastu masukkan kedalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
masukan dalam loyang berlubang dan bakar 140'csampai masak

Nota: semasa mengacau pastikan
1.Kacau perlahan dengan satu arah
2.Pastikan semua putih telur tergaul kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih jadi bila kita potong kek tu jadi tak halus dan tak cantik

Untuk buat Orange Chiffon Kek Campurkan 1sudu besar orange sunkis dan sedikit pewarna orange.
Untuk buat BananChiffon Kek Campurkan 2 biji pisang

Vanilla Slice

Hari ni angin rajin datang melanda...bila mengemas freezer tu..ternampak ready made puff pastry yang beli kat Tesco minggu lepas...so teringat resepi Vanila Slice yang terdapat di internet tu...resepi nyer cut n paste aje ler...malas nak menaip..

Ingredients:

2 sheets ready-rolled puff pastry
1 cup caster sugar
¾ cup cornflour
½ cup custard powder
3 cups milk
1 cup cream
60g butter
2 teaspoons vanilla essence
3 egg yolks
1½ cups icing sugar
¼ cup passionfruit pulp
2 teaspoons lemon juice
15g butter, extra, softened

Step by Step:

1. Preheat oven to hot 240°C. Brush 2 oven trays with oil. Line base and sides of a shallow 23cm square cake tin with aluminium foil, extending over 2 sides. Place pastry sheets on prepared oven trays. Prick all over with a fork. Bake 8 minutes or until golden. Remove from oven; trim each pastry sheet to 23cm square. Place 1 sheet in prepared tin, top side down.

Combine sugar, cornflour and custard powder in medium pan. Gradually add milk and cream; stir until smooth. Stir mixture constantly over medium heat 2 minutes or until mixture boils and thickens. Add the butter and essence; stir until smooth.

2. Remove from heat. Whisk in egg yolks until combined. Spread custard over pastry in tin, cover with remaining pastry, top side down; cool.

3. Combine icing sugar, passionfruit pulp, juice and butter in heatproof bowl. Stand bowl over pan of simmering water and stir until icing is smooth and glossy; remove from heat. Lift slice out of cake tin. Spread icing over top of slice; allow to set .

Tuesday 20 May 2008

Fruit Tartlet (Resepi Kak Liza)



Bahan
125 gm butter
125 gm majerin
60 gm gula halus
1 biji kuning telur A
400 gm tepung gandum

Keju Kerim
250 gm keju kerim
50 gm butter
50 gm gula halus
[Pukul semua bahan dan masukkan dalam tat]

Buah Hiasan
buah peach
epal hijau
anggur merah
jelly apricot [to glaze]

Cara
1. Gaulkan butter, majerin dan gula sehingga sebati
2. Masukkan telur dan kacau rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan adunan dalama cuan tat dan tekan nipis dan potong atas tepi acuan.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 selama 12 - 15 minit.
6. Keluarkan tat dan sejukkan.
7. Masukkan adunan kerim keju dan hiaskan dengan buah peach, epal hijau dan anggur merah yg telah dipotong kecil.
8. Sapukan sedikit jeli apricot dan hidangkan.

sekiranya tak suka Kerim Keju boleh gantikan ngan ..

KERIM KASTAD

Bahan
250 ml susu segar
1 biji telur
3 s/b gula
2 s/b tepung kastad

Cara
1. Gaulkan dan tapiskan semua bahan dalam periuk.
2. Kacau dengan whisker sehingga adunan nampak pekat.
3. Tutup api dan kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
4. Masukkan dalam kulit tat yg telah sejuk.

p/s Terima kasih yer kak liza tepek resepi yang sedap ni....

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru buat Mak Andak Ida, Pak Dak Din, Pak Uda Wahit, Pak Anjang Wat, Mak Dadak, Mak Uda, Mak Nyah Rosnah, Mak Anjang Ita..Segala bakti kalian mendidik anak-anak bangsamu...Allah jua yang dapat membalasnya.

Selamat Hari Ibu





Ini kad hari ibu dari anak-anakku..along, angah, saiyyidi & sauqi.

Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu tersayang...Saedah binti Hj Idris & Puteh bt Rauf, Eisah binti Haji Idris & Mastura Abdul Rahman..Mak Andak Ida...Mak Uda Ita..Mak Su..Mak Tam..Mak Dadak..Mak Uda..serta semua ibu-ibu kat dunia...

Trip to Cornwall - 16-18 May 2008



Akhirnya jam 4.30 ptg, 16 may 2008, lepas anak-anak balik dari sekolah kami sekeluarga bertolak ke Selatan United Kingdom, Cornwall..Percutian kali ni..jangkanya 3 hari tapi tak tahu ler...tengok keadaan..5 hours journey...campur sesat makan ler 6 jam...so pukul 9.30 malam kami tiba di Parkdean Holiday Park, Helston, Cornwall. Kami sewa caravan 2 bilik..complete ngan dapur dan kemudahan lain..ok gak tempat ni..ada indoor/outdoor kolam renang..bak kata pakcik tu...'macam-macam ada..'


17 may 2008 - sessi makan angin ke Land's End..tempat ni..betul2 penghujung UK..scenery kat sana memang mengkagumkan...disebabkan cuaca tak berapa bagus..kul 2 ptg kami balik ke park untuk makan tengahari...menu? apa lagi kalu bukan gulai tempoyak udang..hmm..sungguh menyelerakan...petang aktiviti untuk kanak2 berendam!