Wednesday, 21 May 2008
Roti Mixed Vegi
BASIC BREAD RECIPE (Diana olah dari resipi asal Roshayati)
Bahan A
440 gram tepung roti/ high protein flour
60 gram tepung superfine
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram (2 sudu besar) susu tepung
1 sudu teh bread improver super tex (rotitex)
4 sudu teh (1 paket) yis kering
Bahan B
250 ml air
1 biji telur (pukul sikit)
Bahan C
80 gram shortening
Cara-caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak.
Nota: Untuk buat Mixed Vegetable Bread - 70 gram dan untuk Sardine Buns - 50 gram. Diana juga masukkan kesemua bahan dalam breadmachine dan tekan DOUGH untuk menguli adunan roti.
MIXED VEGETABLE BREAD
INTI SAYUR CAMPURAN
sayur campur
crabstick, disiat-siat
mayonnaise
Bahan diatas digaul rata. Roti yang telah dibentukkan disapu dengan 1 biji telur yang telah dipukul dan dicampur dengan 1 sudu besar susu segar. Kemudian bakar setengah masak. Keluarkan dan letakkan mixed vegetables filling diatas roti dan juga sapu sedikit lagi bancuhan telur ditepi roti. Sambung bakar sehingga warna serata. Bila roti telah masak, keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega. Ini supaya roti lembut. Kemudian pipekan sos cili dan juga mayonnaise. Masukkan kedalam oven selama 1 minit dan keluarkan. Sedia untuk dihidang.
Untuk sos cili, D gunakan sos cili Maggi yang D bancuh dengan air panas dan tambahkan dengan sedikit gula. Agar sosnya tidak terlalu pekat.
SARDINE BUNS
1 tin sardine, ambil isinya sahaja dan sedikit sosnya
1 biji bawang besar, didadu
5 biji cili padi thailand, dicincang halus
Kesemua bahan diatas digaul rata. Bila roti telah pun diperap dan naik dua kali ganda sapukan permukaan roti dengan bancuhan telur dan susu segar. Kemudian boleh letakkan sardine diatasnya dan bakar dalam ketuhar sehingga roti masak. Kemudian boleh disapu dengan mentega dan paipkan mayonnaise jika mahu.
BASIC BREAD RECIPE
Sumber: Roshayati Johari
A
500g tepung roti/high protein flour
100g gula
1 camt garam halus
30g susu tepung
1 camt bread improver (optional)
1 camt bread softener (optional)
4 camt yis kering
Gaul bahan di atas sebati
B
250 ml air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.
Caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment