Wednesday 21 May 2008

Kek Chiffon Pandan Versi 2

Kek Chiffon Pandan

Bahan-bahannya.

A
7 biji putih telur
3 oz gula halus
1 sudu teh cream of tartar

B
7 biji Kuning telur
4 oz gula halus
7 oz tepung naik sendiri
3 oz minyak masak
3 oz air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk santan
1 sudu kecil perisa pandan
sedikit pewarna hijau

Caranya:
1) pukul bahan A sampai bertanduk (jangan letak gula berlebihan nanti putih telur susah nak ringan)Ketepikan.
2) Pukul semua bahan B kecuali tepung naik sendiri.selepas semua sebati masukan tepung dan pukul lagi,lepastu masukkan kedalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
masukan dalam loyang berlubang dan bakar 140'csampai masak

Nota: semasa mengacau pastikan
1.Kacau perlahan dengan satu arah
2.Pastikan semua putih telur tergaul kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih jadi bila kita potong kek tu jadi tak halus dan tak cantik

Untuk buat Orange Chiffon Kek Campurkan 1sudu besar orange sunkis dan sedikit pewarna orange.
Untuk buat BananChiffon Kek Campurkan 2 biji pisang

No comments:

Post a Comment