Wednesday 28 May 2008

Kuih Lapis


Bahan-Bahan:
150g tepung beras
30g tepung Hoon Kwee
400 ml santan kotak }
160 ml air } disatukan

Untuk Sirapnya
180g gula kaster
150ml air
¼ sudu teh garam
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara:
Masak gula bersama air & daun pandan di dalam periuk hingga gula larut dan mendidih. Sejukkan.

Satukan tpg beras dan tpg Hoon Kwee ke dalam mangkuk besar. Tuangkan campuran air + santan sedikit demi sedikit ke dalammya dan biarkan selama 30-40 minit. Kemudian masukkan garam dan kacau rata. Akhir sekali masukkan sirap. Tapis adunan jika perlu.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dibiarkan putih manakala dua bahagian lagi diwarnakan merah dan hijau.

Panaskan kukusan dan masukkan loyang bulat 9” yg telah digris dgn minyak ke dalamnya dan biarkan 4-5 minit. Kemudian, tuangkan 4 senduk lauk adunan plain (kira-kira 150-160 ml) ke dalam loyang tadi. Kukus sehingga 5–6 minit atau hingga lapisan masak. Setelah itu, tuang pula adunan merah dan selepas itu warna hijau dan kukus lagi. Ulangi proses ini berselang-seli warna sehingga selesai.
Setelah lapisan akhir masak, teruskan mengukus selama 12-15 minit lagi. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum memotongnya.

No comments:

Post a Comment