Tuesday 20 May 2008

Fruit Tartlet (Resepi Kak Liza)



Bahan
125 gm butter
125 gm majerin
60 gm gula halus
1 biji kuning telur A
400 gm tepung gandum

Keju Kerim
250 gm keju kerim
50 gm butter
50 gm gula halus
[Pukul semua bahan dan masukkan dalam tat]

Buah Hiasan
buah peach
epal hijau
anggur merah
jelly apricot [to glaze]

Cara
1. Gaulkan butter, majerin dan gula sehingga sebati
2. Masukkan telur dan kacau rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan adunan dalama cuan tat dan tekan nipis dan potong atas tepi acuan.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 selama 12 - 15 minit.
6. Keluarkan tat dan sejukkan.
7. Masukkan adunan kerim keju dan hiaskan dengan buah peach, epal hijau dan anggur merah yg telah dipotong kecil.
8. Sapukan sedikit jeli apricot dan hidangkan.

sekiranya tak suka Kerim Keju boleh gantikan ngan ..

KERIM KASTAD

Bahan
250 ml susu segar
1 biji telur
3 s/b gula
2 s/b tepung kastad

Cara
1. Gaulkan dan tapiskan semua bahan dalam periuk.
2. Kacau dengan whisker sehingga adunan nampak pekat.
3. Tutup api dan kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
4. Masukkan dalam kulit tat yg telah sejuk.

p/s Terima kasih yer kak liza tepek resepi yang sedap ni....

1 comment: