Monday, 26 May 2008

Biskut Gajus Rangup


Bahan-bahan:

2 biji kuning telur
190 g gula halus
280 g mentega
320 g tepung gandum
120 g gajus } dipanggang kemudian dikisar halus
1/4 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit gajus di belah 2 } utk hiasan
1 biji kuning telur } utk sapuan - tambah 1 biji lagi

Cara membuat:
Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla, kacau sebati.
Tepung gandum diayak bersama serbuk penaik.
Masukkan campuran tepung dan serbuk gajus ke dalam adunan, kacau sehingga menjadi doh yg sebati
Canaikan doh setebal 1cm kemudian terapkan menggunakan acuan yg digemari
Letakkan gajus diatasnya kemudian sapu dgn kuning telur
Bakar di dalam oven sehingga masak.
Sejukkan di atas rak wayar kemudian simpan di dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment