Saturday 7 November 2009

Karipap Rangup (30-40 Biji)

Bahan Inti:

1. Kentang - 1 kilo (dipotong dadu)
2. Rempah kari ikan (1/2 rempah baba's + 1/2 rempah adabi)
3. Udang kering - lebih kurang 1/2 genggam (ditumbuk/dikisar)
4. Gula (3 - 4 sudu)
5. Garam secukup rasa

Bahan Kulit Karipap (Doh):

1. Tepung gandum - 1/2 kilo
2. Minyak masak/margerin (dicairkan) - 1/2 cawan - ni bahan rahsianya
3. Air garam - secukup rasa

Cara-caranya:
Inti

1. Panaskan sedikit minyak
2. Tumis rempah (api jangan terlalu besar)
3. Masukkan air + kentang + garam + gula
4. Sekiranya air sudah kering tetapi kentang belum empuk, masukkan air lagi sehingga empuk dan kering. siap!

Kulit (Doh)

1. Gaul rata tepung dan minyak (sehingga boleh dikepal) jika tidak tambah sedikit minyak lagi.
2. Masukkan air garam, dan adun sampai licin permukaannya.

Seterusnya, masukkan inti dalam tepung yang diuli (kalau guna mesin tu ambil saiz 4 baru..rangup!).. dan goreng dalam api yang sederhana.

Jelly Kelapa Muda

Bahan-bahannya:

1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ ikut citarasa masing2
3 helai daun pandan

Cara membuatnya:

Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.