Friday, 30 May 2008

KEK BUAH KUKUS (Chef Asmah Laili)

Bahan2 A :-
500 gm mentega
350 gm gula kaster
6 biji telur

Bahan2 B :-
500 gm tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh serbuk buah pala
500 gm mixed fruits
50 gm candied orange peel
50 gm ceri merah
50 gm ceri hijau

Bahan2 C :-
250 gm gula pasir - dijadikan gula hangus

Cara2 :-
Sediakan loyang (ikut resipi asal leh guna loyang 13 x 13. gris sekeliling & alas dgn kertas kek). Ketepikan.
Sediakan kukusan.
Ayak tepung gandum, soda, cream of tartar & serbuk buah pala bersama. Ketepikan.
Pukul mentega & gula caster hingga kembang/gebu. Masukkan telur satu persatu & pukul lagi hingga rata & kembang.
Bila adunan bahan2 (A) dh cukup kembang, gaul rata semua bahan (B). pastu masukkan bahan2 (B) tu dlm bahan (A) & kaup hingga rata.
Tuang gula hangus & segera kacau hingga rata (NI KENA BUAT CEPAT2 SUPAYA GULANYA X SEMPAT JADI BERKETUL2 DLM ADUNAN TU)Bila dah sebati semuanya, tuang dlm loyang, tutup longgar2 dgn kertas timah & kukus atas api sederhana selama 4 jam (saya kukus 2 jam je sebab dh ngantuk teramat...hehehe!!).
Bila dah siap, sejukkan atas redai kek sebelum dihias ikut citarasa.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment