Sunday, 3 August 2008

Apam Eno

Sumber: Zira (Forum Cari.com)

Bahan-bahannya
300g tepung beras
10 sudu besar gula pasir
1 sudu besar yeast
300ml air
3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
pewarna merah, hijau

Cara-cara
1. tepung dibancuh dgn air sdikit². kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.
2. bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi)
3. bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.
4. masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
5. sementera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
6. bolehlah dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi)

No comments:

Post a Comment