Wednesday 20 August 2008

Kek Coklat Kukus 5 Bintang

Sumber : Zaiima

Bahan-bahannya:

1 cawan Serbuk Koko
1 cawan Gula Castor
1 cawan Susu Cair
1 cawan minyak masak atau guna mentega, dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum /guna tepung kek
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh Ovalette
1 sudu kecil Esen Vanila

Campurkan koko, gula, susu cair, susu pekat dan mentega cair ke dalam periuk dan masak hingga semua larut. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.

Tepung, Baking Powder dan Soda dicampur dan diayak. Ketepikan.

Telur dipukul hingga kembang (dlm anggaran 10 minit pada high speed mixer) - jgn lupa masukkan ovalette dan esen vanila.

Campuran koko tadi digaul sebati dengan telur menggunakan whisker. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan whisker sahaja. Biar semuanya bergaul sebati. Tuangkan ke dalam adunan 3/4 penuh sahaja, kerana adunan akan naik. Tutup bekas dengan aluminium foil atau bungkus penutup kukus dengan kain bersih. Sejukkan kek terlebih dahulu di dalam bekas sebelum dikeluarkan.

Utk topping:-

1 tin susu pekat (boleh kurangkan ikut suka)
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko
Sedikit Garam

Semua bahan dicampur dan dikacau atas api kecil hingga pekat. Sejukkan dahulu sebelum dituangkan di atas kek.

No comments:

Post a Comment