Monday, 2 June 2008
Kuih Lompang
Bahan-Bahannya :-)
250 g tepung beras*
120 g tepung ubi*(disatukan dan diayak)
2 cawan air daun pandan
1 cawan gula*
1 cawan air*
2 helai daun pandan*(*dimasak hingga larut dan biar sejuk sedikit)
Pewarna makanan mengikut kegemaran
Kelapa parut putih + secubit garam, gaul rata
Cara membuatnya :-)
1. Panaskan kukusan. Lenser acuan dengan sedikit minyak masak. Ketepikan.
2. Masukkan tepung tadi dalam satu bekas, tuang air kelapa, air dan juga air gula. Kacau hingga rata dan tapis. Letak pewarna kegemaran dan kacau hingga sebati.
3. Panaskan acuan sekejap dalam kukusan. Tuang bancuhan kuih 3/4 penuh. Buat hingga siap dan kukus 10 - 15 minit. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa parut tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment