Saturday, 7 June 2008

Kuih Lompang - Mesra.Net

Bahan-Bahan:

½ biji kelapa
1 cawan gula putih
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung ubi Sedikit kapur
½ cawan gula merah,untuk dicampur dengan gula putih menghasilkan warna coklat

Cara:

Masak air gula dengan 3 cawan air, tapis masukkan dalam bekas, sejukkan sedikit. Satukan tepung & bancuh dengan 3 cawan air & sedikit air kapur, kacau rata. Tuangkan air gula yang masih panas, kacau. Celupkan jari, kalau melekat bolehlah digunakan. Panaskan pengukus & juga acuan lompang. Tuangkan adunan kedalam mangkuk lompang & kukus hingga masak (40 minit), kalau mahukan kuih lompang yg berwarna-warni, asingkan ke dalam 2/3 bekas & titikkan warna yang disukai.

No comments:

Post a Comment