Saturday, 15 November 2008

Shortbread Cookies

Sumber : Blog maklang & cari.com

Bahan biskut:

240g tepung gandum
100g gula castor
100g serbuk badam
200gm mentega
70g susu tepung

Hiasan diatas

500g coklat masak
125g coklat putih

Cara :

Sapu sedikit mentega diatas loyang cutter. Kemudian alas dengan kertas minyak. Sapu lagi mentega diatas kertas minyak. Ketepikan.

Gaulkan kesemua bahan biskut dengan perlahan-lahan sehingga menjadi sebuku doh yang lembut. Kemudian masukkan ke dalam loyang cutter. Tekan perlahan sehingga rata permukaannya. Tekan ‘cutter’ ke atas adunan tadi. Bakar dengan suhu 180 C selama 12-15 min.

Bila masak, cabutkan alat pemotong biskut (cutter) dan sejukkan biskut. Cairkan coklat masak dan tuang diatas permukaan biskut sehingga rata. Coklat putih yang telah dicairkan dimasukkan dalam piping beg dan lorekkan bentuk zig zag diatas permukaan coklat masak tadi. Kemudian lorekkan dengan lidi untuk hasilkan corak celorang celoreng.

Masukkan semula alat ‘cutter’ ke dalam biskut dan dinginkan biskut dalam peti sejuk selama 10 min. Apabila coklat telah keras, cabut ‘cutter’ dan simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Nota : Adunan ini dapat sedikit sahaja, eloklah digandakan jika ingin shortbread itu tebal sedikit.

1 comment:

  1. nak tambah sikit...loyang cutter tu x payah sapu minyak & tracing paper tupun x payah sapu minyak...saya dah buat utk raya ni & ok je..just letak tracing paper kat loyang tu...siap boleh angkat lagi tracing paper tu after shortbread dah masak...

    slmt mcuba...

    ReplyDelete