Tuesday, 2 September 2008

Serimuka Durian

Sumber: Hanieliza

Bahan Lapisan Bawah

2 cawan pulut
2 cawan santan cair + sedikit garam

Caranya

1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
2. Alas dengan plastik loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi.
3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan Lapisan Atas

3 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung atau tepung kastad
1 camt garam
2 biji telor

Caranya

1. Masukkan semua bahan ke blender dan kisarkan.
2. Panaskan bahan lapisan atas dalam periuk sehingga naik wap.
6. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
7. Bila telah masak, sejukkan betul2 [dalam 4 -5 jam] baru dipotong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment