Thursday, 4 September 2008
Kuih Tepung Pelita
Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
Lapisan Bawah: (Hijau)
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
1/2 camt air kapur
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
Lapisan atas:(Putih)
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
1/2 camt air kapur kapur
1 camt garam
Sedikit gula untuk ditabur
Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai yang telah ditabur dengan 1 camt gula. Kalau daun pisang lagi sedap.
4. Perah santan, masukkan tepung 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati. Masak dan kacau sehingga pekat. Kemudian tuang atas lapisan bawah (hijau) tadi.
5. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment