Sunday, 7 September 2008
Kuih Tepung Bungkus
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan
1/2 camt garam
Daun pisang
Intinya:
½ biji kelapa muda parut
1 keping gula melaka
4 sudu besar tepung pulut
Sehelai daun pandan
Cara:
1. Kelapa dimasak bersama gula melaka hingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
2. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau atas api sehingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan tiga biji inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment