Monday, 8 September 2008

Kuih Lapis Cara Mudah

Sumber : tulip77@myresipi.com

Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )

* 1 cawan tepung beras
* 1/2 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
* 1 camt garam
* 2 paket santan serbuk + 4 cawan air @ 4 cawan santan
* 1 camt minyak masak
* 3-4 titik sirap merah @ pewarna kuning/hijau @ ikut suka nak warna apa

Cara-cara

1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

****************
KUIH LAPIS

BAHAN-BAHAN

85g tepung beras kering
25g tepung sagu ubi
135ml santan}
270ml santan kemancar }drpd ½ biji kelapa
110g gula pasir
1 helai daun pandan
garam
pewarna merah
esen ros/pandan-jika perlu
gunakan loyang 17 ½ cmx17 ½ cm

CARA

1. Bancuhkan kedua-kedua tepung dgn santan pekat
2. Masukkan sirap kacau hingga sebati
3. Tapis dengan kain maslin.
4. Bagi adunan kepada dua bahagian,merah dan putih
5. Panaskan loyang didalam pengukus & masukkan sesenduk adunan putih ke dalam loyang.
6. Apabila masak pula adunan merah hingga masak.
7. Ulang hingga habis.
8. Lapis yg akhir hendaklah berwarna merah samada yg lebih tua daripada lapisan merah sama yg lain.
9. Bila masak biarkn betul2 sejuk sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment