Monday, 8 September 2008

Popia Simpul Kasih & Serunding Udang Kering

Bahan-bahannya:

1 paket kulit popia size 8" X 8" (50 keping) - Boleh dapat 1 kg popia simpul

** inti
200 g udang kering, direndam
400 g kelapa parut
3 camb minyak
200 ml air } diambil air asam jawa
1 camt asam jawa}
1 camb ketumbar } disangai
2 camt jintan manis}dikisar halus
1 camt jintan putih }
1/2 camt serbuk kunyit
2-3 camb pes cili
1 helai daun kunyit, dikoyak
garam, gula secukupnya

Bahan kisar
1 labu bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
1 btg serai

Cara membuat inti:

Kisar atau tumbuk udang kering hingga hancur. Goreng kelapa tanpa minyak hingga keemasan. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, rempah kisar, serbuk kunyit dan pes cili hingga wangi. Tuangkan air asam jawa, garam dan gula. Bila mendidih, masukkan daun kunyit dan udang kering. Kacau tanpa henti hingga agak kering kemudian bubuh kelapa goreng. Kacau lagi hingga menjadi seperti serunding.

Cara membuat popia simpul:

Kulit popia di bahagi kepada 8 bahagian. Ambil 1 bahagian kulit popia yang telah dipotong tadi dan ceraikan. Ambil 1 lapisan...letak inti 1g kemudian gulung dan simpul. Buat sehingga semua kulit popia habis.

Selamat menyimpul.

5 comments:

  1. boleh tak bagi gambar popia tue saya nak tengikmacam maner rupa dia

    ReplyDelete
  2. waaa tahniah.. tahniah. mmg terer.. saya punye plk berisi ikan bilis... kat sini
    http://www.popiasimpul.com :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,serondeng ni tak payah letak santan ke..

    ReplyDelete
  4. sye nak tengok gambar mcm mn awk simpul popia tu boleh x??

    ReplyDelete
  5. berapa lame boleh simpan ya,klu xgoreng lagi..

    ReplyDelete