Tuesday 9 September 2008

Karipap Pusing



Bahan-bahan (Menghasilkan lebih kurang 60 biji)

Doh berminyak:
* 150 gm (margerin + shortening)
* 300 gm tepung gandum

Doh biasa:
* 700 gm tepung gandum
* 1 camb butter
* 1 camb gula
* 1 camt garam
* 2 cawan air (anggaran dlm 2 cawan, kalu doh lembik tambah sedikit tepung)

Cara-cara

1. Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.

2. Ambil margerine + shortenig, di uli dgn 300 gm tepung. uli hingga doh licin dan tidak melekat.

3. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.

4. Campurkan 700gm tepung gandum + air + gula + garam + butter + air garam.

5. Uli hingga licin dan bahagikan kepada 8 doh.

6. Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.

7. Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. Memandangkan saya tak boleh nak upload gambar step seterusnya sila ke link di sini utk penerangan gambar yg lebih jelas.

8. Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong)spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya.(Proses menggulung adalah sbyk 2 kali di sini).

9. Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.

10.Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.

11. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.

* Untuk gambar step by step sila ke http://www.freewebs.com/recipe2u/kuihmuih.htm

1 comment:

  1. salam...
    saya ambil resepi karipap sardin tu...kena dgn citarasa my hubby kulitnya...

    ReplyDelete