Sunday, 27 July 2008

Europe Trip - Part 2

26 July 2008 - Brussels, Belgium

Selepas sarapan di rumah Azri, kami bertolak ke Brussels...mulanya ingat nak pegi Brussel City Tour jer...tapi disebabkan Cik Abang tak larat nak drive..so kami bermalam 1 malam di Hotel Bentley, Brussel...Gambar hotel lupa nak snap...

Selepas check in dan makan tengahari kami pun keluar melawat Bandar Brussel...dengan menaiki Tram di depan hotel...








Gambar kenangan di salah satu stesen metro di bandar Brussel...sedang menunggu tram untuk balik ke hotel.


27 July 2008 - Breda City Tour

Ini Hotel Premiere Classe, Breda, Nederland. Kami menginap di sini selama 3 malam.


Sesi melawat Pekan Breda waktu petang. Kami parking di luar pekan dan berjalan kaki untuk ke pekan. Baru real macam pelancung...he..he..


Waktu ini semua kedai telah tutup (Kat sini jam 5 petang semua kedai dah tutup). So street ni tak de lah busy sangat...


On the way back jumpa pulak restoren Indonesia..SATEHUT..menjual pelbagai jenis satay dari satay ayam sampai ler satay ???!!! tu...itu sebab tak halal! Tak dapat makan satay...bergambar depan kedai pun jadi ler ...




Lepas tu jumpa ler pulak kepala orang ni...hai..sibuk le bebudak ni nak posing kat sini...ikut aje ler labu...layannn....


Tak sangka kat Breda kami jumpa Oriental Shop...banyak juga produk Malaysia di jual di situ seperti Maggie, Petai, Tempe...opssss! ini bukan produk Malaysia ler... setelah ditelek dan dibelek rupanya Made in Belgium!...


Ini satu lagi kegemaran orang Mesia..Petai...pun ada dijual di sini ..aku sempat membeli sepaket untuk santapan dinner nanti...


Tak sangka ikan bilis goreng dan sambal goreng tempe pun ada dijual di Pekan Breda, Nederland ni...

No comments:

Post a Comment