Sunday, 20 July 2008

Resepi Buttercream Icing

4 RESIPI MEMBUAT ICING

Bagaimana ingin mendapat buttercream yang agak putih macam yang dijual di kedai2 kek selain dari resepi yang telah berikan didalam website ini (untuk membuat hiasan kek plain colour). Untuk pengetahuan puan resepi aising puan sama dengan aising yang telah saya pelajari dengan menggunakan krimwell, marjerin dan icing sugar (kadang2 saya gunakan golden syrup).

Aising Mentega (1)

Bahan-bahannya:
Mentega 90 g
Susu cair 2 sudu besar
Gula aising 460 g
Esen vanila 1 sudu teh

Cara membuatnya:
1. Cairkan mentega di dalam periuk besar yang diletak di atas api perlahan. Pastikan supaya mentega tidak sampai mendidih.
2. Tuangkan susu cair dan panaskan selama 2 minit.
3. Campurkan gula aising dan terus ketepikan dari api.
4. Menggunakan pemutar letrik, pukul bahan-bahan tadi hingga ringan dan kembang.
5. Masukkan esen vanila dan putar lagi hingga sebati.

Aising Mentega (2)

Bahan-bahannya:
Mentega 250 g
Marvello atau krimwell (sejenis marjerin
yang khusus) 250 g
Gula aising 250 g
Putih telur 3
Esen vanila 1 sudu teh

Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan marvello atau krimwell hingga ringan dan gebu.
2. Masukkan sedikit demi sedikit gula aising dan putar hingga sebati.
3. Campurkan sedikit demi sedikit putih telur dan pukul rata-rata setiap kali selepas memasukkannya.
4. Bubuh esen vanila dan kacau sebati.
5. Jika tidak terus menggunakannya, simpan aising di dalam bekas bertutup rapat.

Aising Mentega (3)
1/4 cawan air panas (bukan mendidih)
1 camt esen mentega/butter oil
500-700 g gula aising, diayak
3/4 cawan lemak sayuran
Putar lemak sayuran dan air dengan pemutar letrik hingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit gula aising hingga mendapat kepekatan yg diinginkan untuk disapu pada kek. Akhir sekali, campurkan dengan esen mentega.

Aising Mentega (4)
1/2 cawan lemak sayuran
1/2 cawan marjerin atau menteg
1 camt vanila
2 camb susu segar
4-4 1/2 cawan gula aising, diayak
Putar mentega dan lemak sayuran hingga gebu, masukkan vanila dan kacau rata. Masukkan 1 cawan gula aising pada satu masa, putar pada kelajuan sederhana. Pastikan keliling mangkuk dikaup selalu supaya semua bahan sebati. Campurkan susu dan pukul lagi hingga gebu dan ringan. Simpan di dalam peti sejuk (bekas bertutup) jika tidak digunakan tetapi hendaklah diputar semula sebelum digunakan.

5 comments:

  1. slm kak..

    ape beza resepi2 ni ye? yg mane paling sedap bg akak?

    ReplyDelete
  2. sye ni btol2 nk bwat krim yg pling bes la. sbb b4 ni prnh gak bwat tp yg majerin tu, yg krim msin tu. tak suka sgt. ni nk sgt bwat yg krim die putih tu yang manis tu.. reply komen ni ye kak. sbb nk tau sgt cne..

    ReplyDelete
  3. saya pernah guna krim well semata2 untuk wat icing cupcake.. mmg putih gebu dan rasa pun sedap.... just putar krim well smpai kembang n leh masukkan susu manis atau icing sugar untuk maniskan icing tu.. slamat mencuba:))

    ReplyDelete
  4. dah ambik resepi ni arap-arap menjadi amin.~

    ReplyDelete
  5. lame cari resepi ni. .baru skrg dapat. .thanks kak

    ReplyDelete