Sunday 20 July 2008

Butter icing - My Resepi

Sumber : umi_e@myresipi.com

Butter cream untuk apa jua jenis kek

Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo )

* 250gm butter
* 150gm shortening
* 250gm icing sugar (diayak dulu)
* 2 sudu besar susu segar
* Pewarna ikut suka

Cara-cara

1. Pukul_sampai_kembang. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut
3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata...

2 comments:

  1. bila dh siap dia boleh tahan brp lame?n boleh simpan dlm peti sejuk ke

    ReplyDelete
  2. pearl jelly mcm kt coolblog.contact me at 013-7150571 to order

    ReplyDelete