Sunday, 30 November 2008

Chicken Pie lagi...


Kali ni aku buat pie ni guna ready made puff pastry jer....Demam Chicken Pie melanda...layan aje ler!!!

Tuesday, 25 November 2008

Chicken and Mushroom Pie


Semalam aku beli buku Pie by Angela Boggiano kat Wheel House...lepas dok belek-belek buku tu...teringin le pulak nak cuba resepi Chicken and Mushroom Pie...At last jam 8.00 malam aku nyer pie tu pun siap.... hmmm...sedapppp!!! Senang nak buat pie ni... aku buat pastry guna food processor jer...senangkan?

Ini rupanya pie aku yang tengah berposing...Sesiapa yang nak mencuba buat pie ni...petang nanti aku taip resepi yer...

Sunday, 23 November 2008

Strawberry Swis Roll

Sumber : Mamafami & Maklang

Diluar..snow turun mencurah-curah... cuaca hari ni sejukkk sekali...hmmm kalau duduk kat oven kurang ler sejuknya...so aku pun decide nak buat swiss roll..hasilnya sungguh membanggakan...swiss roll ku jadi gebu dan sedap pulak rasanya..next time aku nak buat lagi tapi dengan perisa lain pulak!


Ingredients :

(A)

6 nos eggs
4 oz castor sugar
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon vanilla essence
1 tablespoon ovallette
3 oz flour
1 tablespoon milk powder

(B)

4 oz butter ~ melted

(C)

1 tsp strawberry paste

(D)

Strawberry jam

Method :

1. Place ingredients A in a mixing bowl. Beat on high speed for 5 to 7 minutes.
2. Pour in the melted butter. Mix well.
3. Set aside a few tablespoons of the batter and add in strawberry paste. Stir to mix. Pour into a piping bag.
4. Spread the white batter onto the tray layered with greaseproof paper.
5. Pipe lines using the pink batter onto the white batter.
6. Using a toothpick, make lines across the pink batter to create batik effect.
7. Bake in a preheated oven at 170 C for 20 minutes.
8. Once baked, remove the cake from the tray onto a wire rack. Let it cool.
9. Turn the cake onto another piece of paper and spread the jam.
10. Slowly and carefully, roll the cake. Sliced it and ready to serve. But if you're using buttercream for the filling, please refrigerate for a while before cutting.

Saturday, 22 November 2008

Award...

Terima kasih Suzi yang jauh di Adelaide, Australia kerana sudi bagi award ni...hmmm awak ni...buat susah-susah jer...tapi kalu ada..award lagi...boleh bagi lagi..he..he..!

Profiteroles

Sumber : Cook's Bible by Marks & Spencer

Hari ni..lepas dok membelek-belek buku masak ni..terus teruja nak mencuba resepi profiteroles ni...apa lagi..terus ke dapur dan jadi ler juadah minum petang untuk hari ini...sesiapa yang mencuba resepinya kat bawah:


Ingredients
Choux Pastry
5 tbsp butter
200ml fresh milk
100g plain flour
3 eggs, beaten

Cream filling
300ml double cream
3 tbsp sugar
1 tsp vanila essence

Chocolate Sauce
125g plain chocolate, broken into small pieces
2 1/2 tbsp butter
6 tbsp water

Method:

1. Preheat the oven 200 celcius. Grease a large baking sheet with butter.
2. To make the pastry, place the fresh milk and butter in a saucepan and bring to boil. Meanwhile, sift the flour into a bowl. Turn off the heat and beat in the flour until smooth. Cool for 5 minutes.
3. Beat in enough og the eggs to give the mixture a soft, dropping consistency. Transfer to a piping bag fitted with a 1 cm plain nozzle. Pipe small ball onto the baking sheet. Bake for 25 minutes.
4. Remove from the oven. Pierce each ball with skewer to let the steam escape.
5. To make the filling, whip the cream, sugar and vanilla together. Cut the pastry ball across the middle, then fill with cream.
6. To make the sauce, gently melt the chocolate, butter and milk in small saucepan, stirring constantly, until smooth. Pile the profiteroles onto individual serving dishes or into a pyramid on a raised cake stand. Pour over the sauce and serve.

Tuesday, 18 November 2008

'Cik kiah' berjumpa lagi....

Hari ni...cik kiah ada sessi breakfast kat rumah Cik Anizan di Egham...ramai pula yang datang hari ni...2 tetamu baru tu..baru sampai dari Malaysia iaitu Roy dan Ros.

Sambil breakfast kami menonton filem SEPI...hmmm...yang best tu...dok asyik sembang tak sedar filem dah abis...itu ler kalu dah berjumpa...masa rasa sekejap jer...

Terima kasih Anizan selaku penganjur hari ni serta hidangan Chicken Pie yang masih berasap dan sedap itu...next time boleh buat lagi????

Sunday, 16 November 2008

Japanese Souffle Cheese Cake

Gara-gara Cream Cheese dekat nak expired aku pun teringat resepi ni...so terus ler mula membaking...hasilnya sungguh membanggakan..kek ku jadi gebu seperti kapas.....ku hiaskan diatasnya dengan hirisan peach dan jam strawberry...sesiapa yang ingin mencuba resepi ni...silakan...



Sumber : Rinchan

Ingredients

200gm cream cheese (Room temperature)
50ml fresh milk
3 eggs (Seperated)
100gm castor sugar
30gm cornstarch
2 tablespoon lemon juice
1/2 tsp cream of tartar

Instruction

1. Preheat oven at 175 deg cel. Line 18cm cake tin with grease proof paper.
2. Soften cream cheese in large bowl. Add milk and continue mixing with med speed.
3. Add 1/2 of the castor sugar, egg yolks, cornstarch, lemon juice and cream of tartar, combined together.
4. whisk egg whites in seperate large bowl until stiff peak formed. Add the remaining sugar little by little until mixture stands in stiff peak.
5. Fold half of egg whites mixture into cream cheese as gently as possible. Fold the remaining eggs gently but thoroughly.
6. Water bath bake for 45 mins on the lower shelf.
7. Leave in the tin until cool enough to handle.

For topping, aku guna Jam Strawberry dan hirisan buah peach

Kaswi

Resepi ni..ku jumpa semasa melawat ke blog Rinchan...tengok semua bahan-bahan ada...so apa lagi...aku pun mencuba resepi ni...hmmm...sedap betul kuih ni...lembut dan cair di mulut. Aku buat setengah adunan sahaja sebab anak-anak tak suka kuih manis...


Sumber: Rinchan

Bahan-bahan :

1 cawan gula
1 cawan gula merah
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu makan air kapur
Daun pandan
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
Kelapa parut + garam

Cara-cara :

1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan.
2. Ayak semua tepung. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
3. Masukkan air kapur. Tapis air gula ke dalam tepung. Gaul rata.
4. Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
5. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
6. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
7. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
8. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
9. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
10. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.

Cheese Butter Cake

Sumber : Chef Norzailina

Bahan-bahan :

170gm mentega
125gm krim keju
220gm gula castor
5 biji telur, asingkan putih dan kuningnya
210gm tepung serbaguna
1 1/2 camca teh baking powder, diayak bersama tepung
2 camca teh esen vanilla
1/8 camca teh cream of tartar

Cara-cara :

1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Teruskan memutar hingga habis.
3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji. Putar sebati.
4. Masukkan tepung. Perlahankan putaran. Masukkan esen vanilla.
5. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan cream of tartar.
6. Apabila sudah kental, masukkan 1/3 bahagian ke dalam adunan mentega/keju/tepung.
Kaupbalikkan. Ulangi hingga habis.
7. Ratakan adunan ke dalam loyang beralas kertas dan dilengser sedikit majerin.
8. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 1 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
9. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang.

Saturday, 15 November 2008

Orange Butter Cake

Sumber : Maklang

Bahan-bahannya:

200 gram tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar susu tepung
250 gram mentega
5 biji telur
175 gram gula
2 sudu besar orange juice
parutan kulit limau dari sebiji limau

Cara-caranya

1. Pukul tepung, baking powder, susu tepung, mentega hingga gebu dan tidak berbintil-bintil.
2. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga lembut dan pekat. Kemudian masukkan orange juice dan parutan kulit limau kedalam adunan telur dan kacau sebati.
3. Selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter dan adun sebati.
4. Tuang adunan kedalam loyang 9? dan bakar dalam 30 ? 40 minit pada suhu 170?C. Nak masuk dalam cupcake pun boleh jugak.

TIPS : Adunan telur dan gula mesti anda pastikan dipukul dengan betul sehingga gebu, likat dan pekat. Ini yang dapat membantu menghasilkan Orange Cake yang gebu dan sempurna.

Shortbread Cookies

Sumber : Blog maklang & cari.com

Bahan biskut:

240g tepung gandum
100g gula castor
100g serbuk badam
200gm mentega
70g susu tepung

Hiasan diatas

500g coklat masak
125g coklat putih

Cara :

Sapu sedikit mentega diatas loyang cutter. Kemudian alas dengan kertas minyak. Sapu lagi mentega diatas kertas minyak. Ketepikan.

Gaulkan kesemua bahan biskut dengan perlahan-lahan sehingga menjadi sebuku doh yang lembut. Kemudian masukkan ke dalam loyang cutter. Tekan perlahan sehingga rata permukaannya. Tekan ‘cutter’ ke atas adunan tadi. Bakar dengan suhu 180 C selama 12-15 min.

Bila masak, cabutkan alat pemotong biskut (cutter) dan sejukkan biskut. Cairkan coklat masak dan tuang diatas permukaan biskut sehingga rata. Coklat putih yang telah dicairkan dimasukkan dalam piping beg dan lorekkan bentuk zig zag diatas permukaan coklat masak tadi. Kemudian lorekkan dengan lidi untuk hasilkan corak celorang celoreng.

Masukkan semula alat ‘cutter’ ke dalam biskut dan dinginkan biskut dalam peti sejuk selama 10 min. Apabila coklat telah keras, cabut ‘cutter’ dan simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Nota : Adunan ini dapat sedikit sahaja, eloklah digandakan jika ingin shortbread itu tebal sedikit.

Blueberry Cheesecake

Sumber : Maklang / helikonia

Bahan:

250g cream cheese
3 sudu makan gula
1 biji telur gred A
1 sudu teh vanilla essence

6-7 keping biskut digestive - hancurkan
15g butter - cairkan

100g blueberry ready made topping
1 sudu makan apricot gel - cairkan dgn 2 sudu makan air panas

Cara Membuatnya:

1. Gaulkan butter cair dgn biskut digestive, tekan ke dalam loyang bulat 6" x 3"
2. Pukul cream cheese hingga lembut. Kemudian masukkan gula & vanilla essence, pukul lagi serta masukkan telur, pukul hingga rata. Tuangkan ke atas crust yg tlh ditekan ke dalam loyang. Marblekan satu sudu makan blueberry topping ke dlm bancuhan cheese tadi. Bakar pada 170 celcius selama +/- 30minit
3. Setelah kek masak, loosen kek dari loyang tapi keluarkan cuma selepas kek sejuk
campurkan apricot gel dgn blueberry topping hingga rata, tuang ke atas kek
boleh pipekan whipped cream pada keliling kek kalau suka dan sejukkan beberapa jam di dalam peti sejuk sblm dihidang

Wednesday, 12 November 2008

Sessi Breakfast bersama "Cik Kiah".

Hari ni..Cik Ana menjemput sesi breakfast kat rumahnya...Menu hari ini ialah Mee Rebus ditambahkan dengan Kuih Bingka Kemboja - Cik Ros, Sardin Puff - Aku ler, Keropok Goreng - Cik Mas, Popia Goreng - Cik Anizan P dan Salmon with Cheese - Cik Anizan E




Bila 6 "Cik Kiah" berjumpa...banyak gossip sensasi dan terkini...


hmmm...bestkan dapat berkumpul ramai-ramai begini...lepas ni..giliran siapa pulak nak jadi hos sessi breakfast ni yer?

Tuesday, 11 November 2008

Rojak Buah-Buahan

Bahan-bahannya:

Kuah - Sedikit Belacan
1 kg gula pasir
1 botol kecil kicap manis
10 biji cili kering - ikut kepedasan masing-2
3 camb petis

Buah-buahan - timun, nenas, sengkuang, epal, jambu batu @ jambu air, mangga muda

Hiasan:

Sedikit Kacang tanah - ditumbuk kasar.
Sedikit Bijan yang telah disangai terlebih dahulu.

Cara membuat kuah

Masukkan semua bahan kecuali petis ke dalam periuk. Masak sehingga pekat. Kemudian masukkan petis. Kacau sehingga sebati dan masak selama 10 minit kemudian bolehlah tutup api.

Cara menghidang

Potong semua buah-buahan. Ambilkan serba sedikit buah-buahan tersebut dan campurkan dengan sedikit kuah rojak serta kacau sehingga sebati. Taburkan dengan sedikit kacang tanah yang telah ditumbuk serta bijan.

Cornflakes Madu

Kuih ni...paling senang nak buat..sesuai dimakan ketika minum petang atau semasa menonton TV..gerenti tak sedar dah abis..Budak-budak pun suka kuih ni sebab rasanya yang lemak, manis dan rangup.


Bahan-bahan (lebih kurang 150 mini cupcakes)

500g cornflakes
250g butter
1 cawan gula perang
10 sudu makan madu @ golden syrup
Ceri merah }
almond flakes } untuk hiasan
Raisin }

Cara-cara

1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter. Kemudian masukkan madu @ golden syrup. Kacau sampai rata.
2. Kemudian masukkan conflakes, raisin dan almond flakes.
3. Letakkan 1 sudu kecil adunan ke dalam mini cupcake. Taburkan manik warna-warni sebagai hiasan. Bakar selama 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan.

Bahulu Cermai Bonda

Aku buat kuih ni semalam sebab..ada order dari seorang rakan. Aku menggunakan resepi bonda. Sukatannya menggunakan penyukat yang ada di rumah seperti mangkuk atau cawan. Petua membuat bahulu ni...ialah tepung tidak boleh dicampur sekali. Anda perlu mencampurnya sedikit demi sedikit or by batch...pendek kata kalu nak try membuat bahulu perlukan daya kesabaran yang tinggi. Jika sesiapa nak mencuba silalah..


(Menghasilkan lebih kurang 100 biji)

Bahan-bahannya:
1 mangkuk telur (lebih kurang 10 biji)
1 mangkuk gula
Anggaran 500g tepung - diayak
Sedikit esen vanila
Sedikit minyak

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven. Lengser kan acuan dengan minyak dan masukkan ke dalam oven.
2. Kemudian pukul telur dan gula sehingga kembang.
2. Ambil 6 senduk adunan tadi dan campurkan 2 senduk tepung gandun. Kacau sehingga sebati. Keluarkan acuan dan masukkan 1 sudu adunan ke dalam acuan. Bakar sehingga kekuningan.
3. Buat proses ini sehingga adunan tersebut habis.

Petua buat bahulu:

1) Pastikan acuan betul-betul panas
2) Tepung hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit.
3) Bahulu akan melekat di acuan jika adunan terlalu manis.
4) Bahulu akan menjadi keras jika adunan terlebih tepung.

Monday, 10 November 2008

Work Station.....

Ini tag drp Suzi Adelaide...

Rules:

* snap work station anda
* then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
* iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
* tengok contoh yang dibuat nih...
* begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
* sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
* kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
* tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..


So gambar kat atas ni...ialah my old and new 'workstation'...Laptop warna putih ni..aku baru beli....yang lama tu...kena serang dek virus....mana tak nyer..anak-anak selalu main games...entah apa yang depa download...tiba-tiba keluar blank skrin..nasib ler aku boleh repair sendiri...tapi sejak insiden itulah...cik abang belikan aku laptop yang baru...so tak ler kena berebut dengan anak-anak lagi...sementara laptop yang lama bagi terus kat depa untuk main games....


| @LiYaNNuaR | azza |suzi | aniza

Kena tag 7 orang pulak..ala bab ni...susah sikit nak buat...Tapi sebab undang-undang perlukan 7 orang so terpaksa ler tag korang pulak yer...Harap sahabat-sahabat yang kena tag ni harap terima dengan paksa rela...maaflah yer!!!

* ANA
* WANA
* SHADA
* ANNE
* MAS
* IBAH
* ROHA

Selamat meneruskan tag ni.....he..he..

Saturday, 8 November 2008

Dinner at Putney

This evening we had a wonderful dinner at Faiz & Anizan house. Children enjoying it very much with plenty space to move around for sure our 'tuan rumah' having tough time when all the guests gone back. Anyway millions thank to both of you for a lovely dinner especially 'mee mamak' and barbeque.


Looks at this...hmmmmmm so yummy!!!!


Anizan in action...mee mamak on the way..


Waiting to be feed...


Quite reluctant to make a move...


Ladies enough gossip for this evening....

Friday, 7 November 2008

Kuih Cara Manis

Hari ni aku terlebih rajin...so aku mencuba resepi Banana Cupcakes dari buku The Cupcake Book and Baking Kit dan buat Kuih Cara Manis untuk hidangan minum petang. Resepi seperti di bawah....



Bahan-bahannya:

2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan santan
1/2 cawan air daun pandan
1/2 camt garam
sedikit minyak utk melengser acuan
Sedikit gula
sedikit pewarna hijau

Cara membuatnya :

1. Masukkan santan, air daun pandan, telur, tepung dan garam dalan blender. Jika adunan pekat sangat tambah sedikit air sejuk sedikit demi sikit hingga bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

2. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, lengserkan acuan dengan minyak masak, bila dah panas tuang adunan ke dalamnya, dan masukkan setengah sudu kecil gula.

3. Tutup acuan kuih cara dan biarkan 2 - 3 minit. Keluarkan kuih cara yang dah masak dan tangkup dua kuih cara dan hidangkan.

Banana Cupcakes


Sumber : The Cupcake Book by Susanna Tee (makes 12 cupcakes)

Ingredients:

225g flour
1 1/4 tsp baking powder
1/4 tsp bikarbonat soda
2 ripe banana
115g butter, softened
115g sugar
1/2 tsp vanila extract
2 eggs
1/4 cup sour cream

For the frosting
175g butter
3 cups confectioners sugar

Method:

1. Preheat the oven 190 celcius. Sift together the flour, baking powder and bikarbonat soda. Mash the banana.

2. Beat together the butter and sugar and vanilla extract until light and fluffy. Gradually beat in the egg then stir in the mashed bananas and sour cream. Fold in the flour mixture.

3. Fill half of each paper cupcakes and bake for about 25 minutes until risen firm to touch, and golden brown. Leave in the pans for 10 minutes, then transfer to a wire rack to cold completely.

4. For frosting, beat all the ingredients until light and fluffy. Spread the frosting on each cupcake, using star nozzle.

Cara Ikat Tie








Tuesday, 4 November 2008

Sunday, 2 November 2008

Oil Free Donut

My first mini doughnut after bought it from Argos store, not bad..oil free minus the chocolate topping. Worth buying everybodys..shud get commision from argos...


Inilah rupanya Donut bersalut coklat yang sedia untuk dingap!!!..yummy!!!


Sumber : Puan Suria Insani of Resipi.Net

DONUT SURIA

Bahan A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula castor
1 camt baking powder

Bahan B
250 ml air suam
2 sudu teh instant yeast


Kaedah penyediaan

1. Panaskan oven 10 minit. Pastu tutup api.
2. Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. (CATITAN : Adunan donut menggunakan donut maker adalah lembik sedikit compare adunan donut biasa)
3. Masukkan adunan dalam oven (suhu panas oven akan mempercepatkan proses proofing doh) dan biarkan adunan hingga naik dua kali ganda...lebih kurang 30 minit. Ambil 1 sudu doh dan letakkan dalam donut maker. Masak hingga kekuningan.
4. Salut gula icing atau celup dalam coklat cair. Sedia untuk dihidangkan.