Tuesday, 7 August 2012

Kek Pisang (resepi akak Yati)

Bahan-2nya

120g  mentega
120g  margerin
1tbs  ovallet
225g  castor
225g  telur
300g  tepung               }
1tsp  soda bicarbonat      } dicampur dan ayak
1tsp  baking powder        }
45g  susu segar
300g  pisang emas/rastali  } dilenyek / blend
30g  glyserin

1tsp  garam
1tsp  esen pisang (optional)

Cara membuatnya:

1.  Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
2.  Kemudian masukkan ovallet, glyserin, garam, esen pisang dan telor.  Gaul hingga  rata. Kemudian masukkan campuran tepung dan pisang dan gaul.
4.  Akhir sekali masukan susu segar dan kacau hingga sebati. Tuang adunan dalam loyang dan bakar dengan suhu 150 celcius

Resipi Nasi Mandy Nasi Daging), Ayam Panggang dan sos arab



Bahan:
11/2 kg tulang lembu/kambing yang ada daging
15 biji buah pelaga
15 kuntum bunga cengkih
15 biji lada hitam
1 sudu kecil jintan putih
1 biji buah pala (diketuk)
3 helai daun salam aka bay leaf  (Boleh rujuk disini, terima kasih tuan rumah...)
1 inci halia (diketuk)

Nasi Mandy

Bahan
3 cawan beras basmathi
4 cawan air rebusan tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
2 sudu minyak sapi atau minyak zaitun (yatie guna minyak zaitun)
1 labu bawang besar yang besar (dipotong dadu)
1 tomato yang kecil (dipotong)
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1)Rebus tulang/daging sehingga empuk bersama rempah ratus yang disediakan.
2)Keluarkan daging berserta tulang.Tapiskan air rebusan untuk asingkan rempah ratus didalamnya.Simpan air rebusan tulang dan daging untuk memasak nasi.
3)Di dalam periuk lain, tumiskan bawang besar didalam minyak zaitun.Tunggu sehingga bawang layu dan wangi
4)Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan air rebusan bersama daging serta tulang.
5)Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu.Tutup periuk nasi dan kecilkan api.
6)Setelah nasi masak, titikkan pewarna kuning atau air safron.Tutup api dan biarkan seketika sebelum menghidangnya.Taburkan bawang goreng untuk menghidang.

Ayam Panggang (roasted chicken)

Bahan:
1 ekor ayam (anggaran 1.5kg beratnya)
1 sudu besar madu atau jem aprikot
5 Ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu kecil daun bawang (dicincang)
1 sudu kecil taragon (jika suka)
1 sudu kecil thyme (jika suka)
Garam secukup rasa
50gm mentega (suhu bilik)
2 biji limau (dicincang isinya)

Cara-caranya:
1)Masukkan garam, madu atau jem, bawang putih dan herba didalam mangkuk besar.Sapukan kesemuanya pada ayam
2)Sapukan pula mentega dicelah-celah antar isi dan kulit ayam.
3)Panaskan ketuhar pada kepanasan 250 degree celcius.. 
4)Sumbatkan isi oren ke perut ayam.Biarkan ayam diperapkan selama 15-30 minit.
5)Masukkan ayam ke dalam dulang pembakar yang telah disampul dengan kerajang (aluminium foil), letakkan dengan cara dada ayam di sebelah atas.Bakar selama 15 minit.Kemudian kecilkan suhu ketuhar kepada 180 degree celcius.
6)Sampulkan ayam dengan kerajang aluminium, biarkan selama 45 minit ata sehingga masak.Sesekali percikkan seluruh ayam dengan cecair yang keluar semasa memproses membakar.Keluarkan lebihan cecairnya untuk dijadikan gravy.
7)Bagi memastikan ayam telah masak, cucuk isinya dengan lidi sate atau garfu sehingga cecair jernih mengalir keluar.
8)Perlahankan kepanasan Ketuhar kepada 150 degree celcius
9)Bungkus ayam dengan aluminium dan bakar ayam selama 10 minit agar garing di bahagian kulitnya.
10)Tutup ketuhar dan keluarkan ayam.Biarkan selama 10 minit didalam kerajang aluminium sebelum dihidangkan bersama kentang, lobak merah dan salad...

Salatah (sos arab)

Bahan
2 biji tomato
2 biji cili  merah
1/2 biji bawang besar
Beberapa tangkai daun ketumbar
1 biji lemon (diambil jusnya)
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1)Kisar kering kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon (kisar tanpa air)
2)Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan buah lemon.
Hidangkan salatah bersama nasi mandi lahm, dan acar timun