Saturday, 7 November 2009

Karipap Rangup (30-40 Biji)

Bahan Inti:

1. Kentang - 1 kilo (dipotong dadu)
2. Rempah kari ikan (1/2 rempah baba's + 1/2 rempah adabi)
3. Udang kering - lebih kurang 1/2 genggam (ditumbuk/dikisar)
4. Gula (3 - 4 sudu)
5. Garam secukup rasa

Bahan Kulit Karipap (Doh):

1. Tepung gandum - 1/2 kilo
2. Minyak masak/margerin (dicairkan) - 1/2 cawan - ni bahan rahsianya
3. Air garam - secukup rasa

Cara-caranya:
Inti

1. Panaskan sedikit minyak
2. Tumis rempah (api jangan terlalu besar)
3. Masukkan air + kentang + garam + gula
4. Sekiranya air sudah kering tetapi kentang belum empuk, masukkan air lagi sehingga empuk dan kering. siap!

Kulit (Doh)

1. Gaul rata tepung dan minyak (sehingga boleh dikepal) jika tidak tambah sedikit minyak lagi.
2. Masukkan air garam, dan adun sampai licin permukaannya.

Seterusnya, masukkan inti dalam tepung yang diuli (kalau guna mesin tu ambil saiz 4 baru..rangup!).. dan goreng dalam api yang sederhana.

Jelly Kelapa Muda

Bahan-bahannya:

1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ ikut citarasa masing2
3 helai daun pandan

Cara membuatnya:

Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

Thursday, 15 October 2009

Fruit Cocktail - Azrali

Bahan2nya:-

1 biji honey dew (sederhana)
1 tin susu cair Ideal/F & N
1 tin laici
1 tin nenas
1 bekas nata de coco
1 tin buah campuran (ikut suka tapi kalu nak meriah... masukkan la..)
1 cawan sagu = 3 cawan air
sedikit pewarna hijau
sedikit gula - dalam 3 sudu @ ikut suka hati - agak2 tahap kemanisan
masing2)

Cara membuatnya:

1) Potong honey dew kecil2 dan blend menggunakan air2 buah tadi dan susu
cair (jgn sesekali mencampurkan air - takut terlalu cair)
2) Masukkan laici/nenas/nata ke dalam honey dew yg telah di blend tadi utk
jadikan cocktail.
3) Masak sagu dgn air dan campurkan sedikit pewarna hijau. Masak dgn api yg
kecil. Kacau hingga nampak berkilat. Angkat & sejukkan. Apabila sudah sejuk
sedikit, boleh la di masukkan kedalam cocktail tadi dan kacau hingga sebati
(tiada ketulan2 besar la sagu tadi...)
4) Hidangkan dengan ais.

Tuesday, 13 October 2009

Kek Pandan Sarawak - Nurulfadzilla


Bahan-bahannya:

16oz butter
1/2 gelas gula
10 biji telur ayam
1 tin susu manis
1 tin kecil kaya
200gm horlicks
2 gelas tepung gandum
2 botol pandan pes (btl kecil)

Cara membuat:

1. Pukul butter & gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
3. Masukkan susu manis, kaya dan horlick, gaul sebati.
4. Masuk tepung sedikit demi sedikit sampai habis then gaul sebati.
5. Last sekali masukkan pandan pes dan gaul lagi hingga sebati.
6. Kemudian masukkan dalam acuan dan kukus selama 3 - 4 jam.

p/s: untuk rasa lebih sedap gune pandan pes made in sarawak

Sunday, 16 August 2009

Tutorial Fotografi

Malam ni...untuk mengisi masa yang terluang...aku mencuba tutorial DSLR : cara-cara nak snap gambar waktu malam....selalu tu aku tangkap pakai belasah jer....so gambar tu jadi juga tapi gelap jer...Selepas mengikuti tutorial yang ditunjukkan dalam video tu...terhasil ler gambar di bawah...Gambar ni..aku snap dari bilik tidurku jer...so nampak apartment ni je ler...


Lepas ni...aku nak pergi..snap gambar Putrajaya di waktu malam...Nanti aku letak kat blog ni...tunggu...

Anakku No-3 dah rabun

Hari ni...aku pegi Warta Bangi terus buat spec mata untuk Saiyyidi...Hai...kesian...baru 10 tahun dah rabun jauh...ha..ni wajah Saiyyidi versi pakai sepek...handsome tak??

Friday, 23 January 2009