Sunday 16 November 2008

Kaswi

Resepi ni..ku jumpa semasa melawat ke blog Rinchan...tengok semua bahan-bahan ada...so apa lagi...aku pun mencuba resepi ni...hmmm...sedap betul kuih ni...lembut dan cair di mulut. Aku buat setengah adunan sahaja sebab anak-anak tak suka kuih manis...


Sumber: Rinchan

Bahan-bahan :

1 cawan gula
1 cawan gula merah
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu makan air kapur
Daun pandan
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
Kelapa parut + garam

Cara-cara :

1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan.
2. Ayak semua tepung. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
3. Masukkan air kapur. Tapis air gula ke dalam tepung. Gaul rata.
4. Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
5. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
6. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
7. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
8. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
9. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
10. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.

No comments:

Post a Comment