Tuesday 11 November 2008

Cornflakes Madu

Kuih ni...paling senang nak buat..sesuai dimakan ketika minum petang atau semasa menonton TV..gerenti tak sedar dah abis..Budak-budak pun suka kuih ni sebab rasanya yang lemak, manis dan rangup.


Bahan-bahan (lebih kurang 150 mini cupcakes)

500g cornflakes
250g butter
1 cawan gula perang
10 sudu makan madu @ golden syrup
Ceri merah }
almond flakes } untuk hiasan
Raisin }

Cara-cara

1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter. Kemudian masukkan madu @ golden syrup. Kacau sampai rata.
2. Kemudian masukkan conflakes, raisin dan almond flakes.
3. Letakkan 1 sudu kecil adunan ke dalam mini cupcake. Taburkan manik warna-warni sebagai hiasan. Bakar selama 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan.

1 comment:

  1. terima kasih untuk resepi sebab I nak cuba maybe this weekend jika Azrin datang for visit.

    ReplyDelete