Showing posts with label Sembang2. Show all posts
Showing posts with label Sembang2. Show all posts

Saturday, 27 February 2010

Makan-makan

Dah lama aku tak update blog aku ni...dah banyak sawang...hari ni...aku nak letak gambar projek makan2 hari ni...actually hari ni..ada tetamu datang ke rumah...cousin dari kajang dan kesuma lakes and depa request nak makan roasted chicken...so sesudah subuh aku dah ke pasar borong...beli 6 ekor ayam...layan gambar yer....

Sunday, 21 February 2010

Bunga Api di Karnival WOW Putrajaya

Ni gambar bunga api masa di Karnival WOW ari tu...terpaksa tangkap dari jauh sebab area berdekatan tak de parking...ramai nyer orang....gambar tak berapa cun sebab photograper masih belum khatam...tersilap setting...sepatutnya untuk tangkap gambar bunga api aku kena set ISO 100 tetapi terlupa lak..guna ISO 400...so gambar tak berapa cantik...next time kena cuba lagi...



Sunday, 16 August 2009

Tutorial Fotografi

Malam ni...untuk mengisi masa yang terluang...aku mencuba tutorial DSLR : cara-cara nak snap gambar waktu malam....selalu tu aku tangkap pakai belasah jer....so gambar tu jadi juga tapi gelap jer...Selepas mengikuti tutorial yang ditunjukkan dalam video tu...terhasil ler gambar di bawah...Gambar ni..aku snap dari bilik tidurku jer...so nampak apartment ni je ler...


Lepas ni...aku nak pergi..snap gambar Putrajaya di waktu malam...Nanti aku letak kat blog ni...tunggu...

Anakku No-3 dah rabun

Hari ni...aku pegi Warta Bangi terus buat spec mata untuk Saiyyidi...Hai...kesian...baru 10 tahun dah rabun jauh...ha..ni wajah Saiyyidi versi pakai sepek...handsome tak??

Friday, 23 January 2009

Tuesday, 30 December 2008

Selamat Kembali! Malaysia Tanahairku

Hari ni..kami sekeluarga berangkat ke Malaysia... selesailah tempoh 3 tahun di UK ni.. hmm entah bila aku dapat datang ke sini lagi...hu..hu..hu..

Wednesday, 24 December 2008

Happy Birthday Along


Hari ni..24 Disember 2008, genap umur anak sulongku, Along 15 tahun...kami doakan moga Along menjadi anak yang soleh dan taat pada ibubapa serta berjaya dalam apa jua bidang yang dia minati.

Sempena ulangtahun Along ke-15 ni..kami menghadiahkan dia handphone Samsung..Ni dia gambarnya..

Saturday, 20 December 2008

Good Bye! Putney

Hari ni Anizan & co serta Kak Ani & co menjemput kami 3 keluarga lunch...lepas ni..tak tahu bila dapat datang kat Putney lagi...hu..hu..hu...Jom kita tengok gambar-gambar majlis tadi! layannn...







Friday, 19 December 2008

Good bye! Foxborough Primary School

Hari ni..Shauqi dan Saiyyidi last day sekolah...Next year depa akan sambung belajar di Malaysia pulak...sian depa berdua ni..sedih nak tinggalkan sekolah ni..mana tak nyer..belajar kat UK ni...seronok! dan cikgu-cikgu pula friendly....nanti kalau depa balik Malaysia mesti terasa...nak buat camner...sabo aje ler!!


Shauqi dan Saiyyidi bersama kawan-kawan dan guru kelasnya.

Tuesday, 16 December 2008

Saiyyidi Carol Concert

Hari ni tiba ler giliran Saiyyidi pula buat konsert...hmmm...tak best langsung!!! Kalu Sauqi ari tu..ada juga dancing...ini tak...1/2 jam dia berkonsert...asyik duk atas lantai jer sambil menyanyi 'lagu raya'...boring sesangat..cik abang pun sampai kuyu mata mengantuk..duk asyik tengok jam jer....tak sabar nak tunggu konsert tu abis...


Sebelum balik rumah sempat lagi aku snap gambar kenangan Saiyyidi di kawasan sekitar sekolah dia...




Sunday, 14 December 2008

Farewell Party - Satay House

Malam ni, kami 3 keluarga diraikan di Satay House, London...nak berpisah ler katakan...hmmm....sedih pulak rasanya malam ni...hu..hu..hu....Mari kita layannn gambar-gambar di majlis tu...

2 model sambilan sedang bergaya di depan Satay House....


Ni pula juadah yang dihidangkan...Satay, Sambal Tumis Udang Petai, Gulai Lemak Ayam, Rendang Daging dan Sayur Goreng.


Kek Selamat Tinggal...hu..hu..hu..


Mari kita tengok..muka-muka yang kelaparan...






Hari ni juga..genap Amirul 2 tahun..."HAPPY BIRTHDAY AMIRUL"! Amirul ni..lahir kat UK 2 tahun lepas...


Nasib baik Yeop (T'shirt merah) boleh jadi Penglipur Lara pada malam ni...kalau tak boring juga budak-budak ni, sementara menunggu kaum ibu dan kaum bapa bersembang......







Bon Voyage Guy!

Thursday, 11 December 2008

My Darling Shauqi

Petang ni..aku dan cik abang menghadiri X'Mas Concert Shauqi kat sekolah..Dia terpilih untuk beraksi dalam 'Cleaning Dancing'...di bawah ni...gambar shauqi tengah beraksi..layannn...







Lepas konsert sempat lagi aku snap gambar kenangan Shauqi di kawasan sekolah..


Toqi berposing di pintu masuk sekolah.


Beraksi bersama arca yang terdapat di hadapan sekolahnya...


Hai...sempat juga dia bergambar dekat Christmas Tree dalam pejabat sekolah tadi...


Ni pula gambar kenangan kat Dewan Makan sekolah...

Monday, 8 December 2008